BLOGGERIANS

Tuesday, May 31, 2016

follow the flow

 Hai. Acah acah segan pula letak gambar sendiri. Tu yang kecik je di sudut itu. Hahaha. Situasi sekarang tengah menaip kat handphone sambil tunggu laki datang jemput.



Kulit sangat teruk sejak balik Langkawi yang panas. Habis naik jeragat. Aduh. Penat nak recover balik. Aku pakai je skincare NourAin yang biasa pakai... lepas tu malam malam aku jadikan makan 2 biji tomato sebagai rutin. Katanya makan sebiji tomato boleh muda 5 tahun.. haha. Alhamdulillah dapat balik kulit asal. Nak make up aku tak pandai. Tak confident nak pakai hoi. Kena bahan pulak kat laki. Nak tak nak kena la jaga kulit. Ingat senang? Kulit cerah lagi payah jaga sebab jeragat senang sangat nak naik. Yela umur pun dah 30. Bertabahlah nak.  


Laa dah kenapa cerita pasal kulit pulak ni? Kahkah. Sori.

Ehem. Berita terbaru... sekarang aku bukan lagi seorang setiausaha. 

What??? Wah. Jangan terkejut sangat. Haha. Well... cik bos kesayangan kan dah lama naik pangkat. Makanya aku ni digantung tak bertali. Macam bagi ke tak nak lepaskan aku... hee... dan sejak akhir akhir ni... cik bos dah kenapa nak sweet sweet dengan aku? Behehe. 

Anyway, untuk career development juga... aku kena ambil jawatan pembantu pegawai kewangan sekarang ni. Wah! Tak sangka... selepas 7 tahun 5 bulan aku jadi setiausaha... dan aku dah selesa dengan jawatan setiausaha ni.. baru aku dapat jawatan yang pernah aku idamkan masa kerja kat Kolej Negeri dulu ;)

Ya... Allah kan lebih tahu.. bila masa sesuai untuk aku hadap semua ni ;)

So tadi... aku pergi menuntut la cara cara buat shopping cart... purchase order.. goods received... pe benda entah lagi term term baru yang aku belajar... memang 360 darjah lari dari kebiasaan. Its ok... aku kena fikir positif... kutip pengalaman dan peluang yang diberi...  mana tahu satu hari nanti nak resign... boleh demand gaji. Eh? Hehehe. Eh yela dah ada value added di situ. Wahaha.


 Jauh kita menuntut. Heh.





Dari tingkat 47. Dan kenapa nak tangkap gambar pulak kan... hehehe. Padahal naik tingkat 55 tak tangkap gambar. Oh belum pernah naik helipad lagi :(  one fine day....


Eh. Driver dah sampai. Ok sambung esok dengan entri Makam Mahsuri. Ahahaha.


2 comments:

.hasina. said...

Wahh da naik pangkat tahniah2...

Liyana said...

eh x naik pangkat.. hehe
pangkat yg sama just job function tu berbeza... heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...