BLOGGERIANS

Tuesday, May 17, 2016

mujur tak buat banyak

Aqeef dah 6 bulan ++ memang nampak sangat suka makanan. Asal nampak ibu masuk makanan dalam mulut je... dia toleh penuh berminat. Alolo tian dia... 

Gigih la ibu menyiapkan makanan baby. Yang boleh buat stok - ikan bilis, beras. Konon2 nak bangun awal pagi. Boleh buat bubur hantar ke pengasuh. Hewhew. Nan hado. 


Sangai dulu (goreng tanpa minyak) sampai garing 


Biar sejuk then blend pakai blender kering sampai hancur menjadi debu. Amboih. Hihi



Basuh beras bersih2... lepas tu keringkan. Melalui pembacaan google... boleh keringkan pakai kuali (kaedah yang sama - sangai) atau pakai microwave.


Aku tak ada microwave. Pakai ler kuali sajo. Behehe



Beras tu jadi begini. Err macam bertih pulak. Aku try rasa. Erm macam dah masak ke apa ni? Haha. Mak takde pengalaman. Dulu masa Faiq gigih la tanak bubur atas dapur gas. Haha.




Stok beras dan ikan bilis yang dah dikisar. Letak dalam tupperware comel



Testing masak bubur Aqeef - guna beras yang dah dikisar tadi.



Campur stok carrot 


Jadi la bubur nasi campur carrot.


Guess what? Aqeef tak suka. Reject mentah2. Hahaha. Kesian ibu kau tau. Berejam kat dapur buat stok. Haha. 


 Tapi kalau bubur nasi tanak macam biasa campur carrot tu dia suka pulak... maybe dia tak suka rasa dan bau beras blend tu kot? Ke dia tak suka ikan bilis? Aku perasan Aqeef ni suka benda manis2. Eh sebiji la time aku mengandungkan dia dulu. Faiq suka masin2. Bubur nasi n ikan bilis tu memang fav dia. Adik suka manis2 pulak. Hehe.


Takpela... bereksperimen dengan deria rasa anak. Hehehe. 


Esok nak try up cerita Langkawi :)

Byee.

2 comments:

Yana MIB said...

alaa baru ingt nk buat stok gini jugak...tetibe u ckp ank rejek terus seram kang ank rejek sentap pulak dh penat² kt dapur sukati je rejek...hahaha adoi

Cik Puan Eka said...

anak kita pon x suka bubur yg beras dah dikisar tu. Rasa dia mcm kasar. Dia lagi suka bbur yg fresh hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...