BLOGGERIANS

Wednesday, May 25, 2016

nasi ayam sedap di Sendayan

Eh dah bersawang pulak blog nih. Ahaha. Apa hal la malas giler nak update blog ni. Erm tak boleh jadi. Cerita Langkawi belum up lagi. Kuikui. K promise esok insyaAllah if ada masa. Hihi. Bukan apa nak menulis ni kena ada mood. Cerita tu ada tapi alahai malasnya nok. 


Anyway, hari tu aku keluar ofis awal sikit . So sampai awal jugak lah. Husband ajak makan dulu sebelum amik anak2. Dating sat noo.. kami dok berlegar2 kat area My Rail.. Secret Recipe sendayan... speedmart... eh tetiba nampak macam ada kedai baru .. specialised jual nasi ayam je. Takde menu lain. Haha. Aku ni dah la kureng makan nasik. Aku gemar goreng2 lagi. Hehe. Dasar suka makanan berminyak2 :D


Tapi laki aku ajak try. Aku follow jela walaupun dalam hati meronta2 nak makan kuetiow goreng yang pedas meletup kat kedai fav. Haha.


Nama kedai ni Delight Chicken Rice Station. Tak ada orang pun masa kami sampai. Tapi orang datang tapau sampai berbelas2 bungkus. Wah. 

Order 2 set. 1 set bungkus untuk Faiq. Hihi. Ibu baba makan dulu noo ... hehehe.



Ayam perapannya.. sedap giler ko... sos cili dia tu pedas berapi.. kicap tu masin.. oh sedapnya. Terliur pulak menaip ni. Lulz




Portion nasi banyak. Aku rasa macam nak habiskan tapi mak mampu makan suku je. Haha taknak gomok punya pasal. Balance nasi pass ke laki. Kahkah. Biar dia je gomok. Hihi.

Nasik dia tak rasa macam nasi ayam tau.. maksud aku tak hanyir bau ayam.. nasi lembut je.. macam nasi goreng tapi bukan nasi goreng. Ah tak tahu nak describe camne. P la try sendiri. Haha.




Oh sedapnyaa... pengsan




Sup dia tak masin.. kurang masin. Maybe sebab ada kicap masin. Tapi sedap sup ni... macam rasa sup kedai mamak. Ada rempah2 kurma sikit rasanya..



Nasik yang lembut lembik2 itu.. sedapnyaaa...





 Ada sos tambahan if tak cukup hihi




Kedai bersih. Tempat potong2 ayam tu pun bersih :)




Kedai ini baru lagi.. macam belum siap sepenuhnya tapi dah beroperasi. Semalam lalu tutup pulak. Tak sure pukul berapa buka dan tutup.





Habis licin! Hehehe. 

1 set yang ditapau pun Faiq bertambah 2 pinggan. Terbaik. Definitely will come back ;')


2 comments:

Farhana IezAna said...

kt mana ni??nmpk sedap je..

CikNaa said...

alahai tengok ayam dia tu kemain lah nampak sedap! sendayan adehh jauh le plak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...