BLOGGERIANS

Friday, May 13, 2016

secretaries week Siti Nordiana - Menara KL

Malas giler nak update pasal secretaries week ni. Ahaha. Tapi takut gambar hilang.. maka marilah kita update. Untuk tatapan akan datang ;)

Antara yang terbest jadi PA is boleh join  secretaries week. Berkenal kenalan dengan ramai PA dari company lain. Makan best2 sambil dengar artis menyanyi. Table VVIP. Siapa nak bagi kan? Heh. 

Sepatutnya tahun ni kami pergi yang M Nasir punya on 28th...  tapi rupa2 nya date 28hb tu ada AGM meeting... shareholders meeting.. staff kat menara TM semua kena cuti takut sesak katanya... maka kami semua decide tak nak pergi... kuasa la datang ofis semata2 nak pergi tengok show MNasir yang tak sampai 2 jam tuh. Ahaha. So exec secretary weols suruh cari event date yang lain.... rugi la kan.... akhirnya jumpa Siti Nordiana. Eh tak tahu pulak Nana join secretaries week. 

Semua setuju. Maka on  the 27th kami semua pergi la beramai2 naik hiace. Panjang nya intro aku. Kahkah.


Harus selfie dulu ;) aku duduk belakang sekali. Berbuai2 hoi. Senak perut den. Mujur tak mengandung. Eh last year pregnant kan Aqeef pun dok belakang jugak --'


Selalunya kami ke megaview banquet. Betul ke eja? Erk. Makanan serve sambil dengar artis nyanyi.

Tapi this year kami try yang lain.. restoren berputar tu... so buffet la kan? Pergh ini best giler ni haha. Ada macam 1 pulau (pulau ye tak? Bahaha)  kat atas tu tempat letak makanan je... chef (chef ke?) keluar masuk dok top up food yang dah habis... pheww... Sesuatu yang baru nih. Hewhew. Agak pening masa mula2... ye kampung.com. haha. Mende baru kan ... gayat sikit la. Terasa gak tak balance bila berdiri.. tapi okay je :)



Kami table VVIP. Katanya lagi murah dari show M Nasir. Tapi ada aku kesah? Lagi enjoy Nana punya show.. sebab tak kedekut lagu wey... banyak lagu dia nyanyi... sampai 430pm pun dia masih nyanyi lagu ungkit membangkit tu.. haha apetah aku tak tahu tajuk tapi best lagu tu. Suara dia memang power. Meremang bulu roma den.



Harusla aku terkam buah dulu.  Kenyang hoi. Aku makan lauk je kot. Macam2 lauk ada. Nak muntah tengok food... dengan kuih lagi... fuhh. Kalau boleh tapau kan bagus. Hahaha.




Acah2 minum air. Haha. Hai aku pun ada tudung fareeda sweet love tu. 3 color lagi. Lama dah aku beli. Murah saje. Hehe. Kbai.






Manis je Nana nih. Ada berduet dengan adik arwah Achik Spin. Alahai terbuai2 rasa. Tapi den lagi syok makan hahahahaha.





Tengah enjoy2 makan... pengasuh whatsapp - Aqeef dedar2... tak sihat ni... alahai tak syok pulak rasa.. habis je event terus balik. Mujur malam tu adik tak demam. Good! Kuat anak ibu ni ;)


Mintak2 tahun depan buat kat restoren berputar tu lagi haha. Best weyh. Kuikui.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...