BLOGGERIANS

Tuesday, May 3, 2016

sonotron dak aqeef

Aqeef dah hamper sebulan batuk berkahak… aku pergi 2 -3 klinik .. dapat ubat macam biasa.. siap dapat antibiotic lagi… still tak elok2 lagi.. last klinik aku pergi… 10 April -  maybe paediatric kot? Klinik Anjung Karisma Seremban 2… dia marah weols.. kenapa lambat jumpa dia? Sebab Aqeef dah habiskan antibiotic pun still tak ok sebab tu dia risau. Takut kuman merebak ke paru2.  Erk… doc tu tak bagi ubat langsung ye… Aqeef kena sedut gas… untuk cairkan kahak… melalak 1 klinik…  dia bagi surat refer ke KPJ bertarikh 10 April untuk buat chest x ray. Sebab aku tak nak ke GH. Padahal company tak cover pun kos anak ke KPJ. Sendirian berhad kekdahnya.

3 minggu lepas sedut gas …  kahak Aqeef still banyak lagi… aku still tak bawak lagi ke Paediatric KPJ. Aku risau kena caj ribu riban.. haha… tapi naluri mak2 cakap anak aku kuat2. Aku dok tunggu hujung bulan dapat bonus… haha… prepare jela kan

Akhirnya 26 April baru aku bawa Aqeef ke KPJ Seremban. Tapi sehari sebelum, aku call dulu untuk buat appointment dengan paediatric… staff sangat friendly.. siap bagi option nak paediatric yang mana? Yang garang ke? Nak refer MO untuk ke chect x ray OR jumpa terus paediatric .. baru paediatric decide perlu chest xray ke tak. Kalau terus jumpa MO untuk chest xray nanti takut kena double charge… kot2 MO tolak kes ke paediatric… gituuuu… so aku decide terus jumpa Paediatric – Dr Syed Jefrizal. Doc paling best dengan kanak2 mengikut kata staff nya. Aku siap google doc yang mana. Haha.

26 April – sampai KPJ Seremban pukul 8am. Register kejap sebab 1st time datang. Dapat giliran yang 1st. Tapi appointment doc pukul 1030am. Lambat lagi ni. So weols pergi la mencari sarapan dulu. 1030am tepat2 terus jumpa doc. Doc sendiri yang bukakan pintu. Pergh. Ada Al Quran atas meja dia. 1st impression aku wah best doc ni. Cakap lembut je tau. Sambil bercakap sambil dia letak mainan budak2 yang macam bola tapi boleh kembang kuncup tu haha apa ke namanya? Bukan Aqeef je.. aku pun jadi ralit tengok benda tu hahaha. Doc check dada Aqeef… anak tekak… belakang… so kesimpulannya.. anak tekak sedikit bengkak…. maybe kerap batuk2 tu… Aqeef ni budaknya tembam.. so kahak tu terkumpul kat leher dia yang pendek.. sebab dia gemuk.. hihi. Dada tak ada masalah insyaAllah. Fuh lega mak noks. Doc tak akan bagi ubat apa2 sebab keadaan Aqeef tak merisaukan.. tak perlu chest xray… tapi doc nak jumpa lagi 2 minggu untuk tengok perkembangan.

Doc cakap antara 5 punca anak batuk lama:
1.      Ada construction dekat2 rumah
2.      Aircond overnight sampai ke pagi
3.      Merokok
Lagi 2 aku dah lupa. Hahahhaa

Doc kata boleh kalau nak aircond overnight… letak sebaldi besar air kat area kita pasang aircond… so ada flow yang baik kat situ.. aircond ni kan udara kering… baby cepat batuk…

Doc tak bagi ubat sebab katanya ada 3 jenis ubat yang bahaya untuk baby:
1.      Ubat batuk
2.      Ubat selsema
3.      Ubat cair kahak
Sebab semua ubat di atas boleh melalaikan… means baby mengantuk… and kita tak tahu apa kandungan dalam ubat tersebut. Ada kes kat Ipoh.. baby 6 bulan meninggal sebab makan ubat tersebut. Ni doc yang cakap eh, bukan aku. Aku share je apa doc cakap. Tapi ubat demam & antibiotic tak bahaya. Selama ni aku fikir antibiotic tu bahaya untuk budak2. Aku tanya jugak SONOTRON boleh ke? Doc kata ok, sebagai alternative, boleh bagi madu sikit… rawatan sonotron… sapu vicks.. minyak angin kat dada.. tapak kaki… gitu jela.

Ok puas hati dapat jumpa Paediatric. Total caj kena bayar RM68.90 sahaja... maybe untuk consultation fees je... Bersusun mainan dalam bilik doc. Kalau Faiq ikut ni habislah doc melayan Faiq je. Faiq si budak leter.

Disebabkan doc tak bagi apa jenis ubat pun…. Aku direct terus ke sonotron area senawang… aku call sehari sebelum… katanya tak payah appointment… walk in je…

Pusat rawatan komplimentari
Ozone Healing Sdn Bhd
No 40, Jalan Cattleya 4,
Taman Cattleya, 70450 Seremban
06 678 1111 OR 019 750 4447

Aku share kot2 ada yang mencari? Aku punya tak tahu ada sonotron kat senawang... sampai aku p buat appointment kat klinik dr fauziah batu caves.. kemain jauh! ye mana mak tahu ada kat senawang je. Dekat je pun dengan rumah mertua iols! haha.










Masuk je rasa sejuk hihi. Sebab ada kolam ikan.... ada bunyi air terjun.... nyaman je rasa. HIHI.

Tak ada orang pun.. masa aku sampai tu ada sorang je tengah sonotron.. agaknya resdung kot? 






Aqeef godobot relax je mula2 :)





tembak dada dia dulu... laki aku cakap cantik cahaya dari sonotron tu.. color ungu





Nak tembak kat leher .. aqeef start meragam dah





kat dahi pulak





kat belakang









RM15 je. Murah giler! Ada 7 shoots. Sepatutnya RM35 tau. Aku tak ada cash. dorang tak boleh debit pulak. So dorang bagi RM15 je.... alhamdulillah.. terima kasih. 




pukul 12pm baru settle semua... memang aku EL la hari tu. Faiq tengok gambar adik kena sonotron. Dah dia p amek pistol .. tembak adik konon2 sonotron. Kahkah. Berbulu je adik tengok abangnya. 


So ok tak sonotron ni?

OK SANGAT! pergi lah cuba. Aqeef dah tak ada kahak lagi. Batuk pun hilang. Balik dari sonotron tu Aqeef tak berak lagi.. esoknya baru berak.. pengasuh cakap berak dia busuk giler. rasa nak muntah haha. tak macam selalu. Agaknya kahak dah keluar ikut najis dia. HEHE.


Eh penatlah aku menaip panjang2.

2 comments:

.:Yana:. said...

memang kesian kalo anak2 batuk & sesema lelame..
dari bg ubat, baik lg sonotron ni kan?
boleh cube lain kali..

.hasina. said...

Sebelum adik baby lahir ada bwk Naurah pi Kpj.. kena 600++ pengsan mak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...