BLOGGERIANS

Wednesday, June 1, 2016

makam mahsuri

Dari airport Langkawi... amik van... bayar deposit RM100... terus bergegas cari tempat makan. Lapar giler. Tak sempat sarapan kot. Beli roti je kat klia2 .... terus naik flight. Pedih perut masing2. Hehehe. Langkawi agak susah cari kedai makan eh? Tapi... walaupun kebanyakan kedai caj bapak mahal... tapi makanan sangat sedap! Ada 1 kedai tepi jalan.. kami berhenti makan.. tapi aku makan dalam van sebab Aqeef tido hehe.. husband amek kan nasi.. lauk kari telur sotong? Mak aih sedap giler! Tak silap aku kedai tu berdekatan dengan sky cab. Sebelah kedai tu ada jual minyak gamat.


Oh ok. First lunch kami kat kedai kak tie nasi campur ... area mana aku tak ingat.... sila jangan tanya hahah.. Eh 2 kali mengulang makan kat kedai tu sebab lauk semua sedap walaupun mahal. Hehe. Cendawan goreng dia sedap giler ;) 


Lepas lunch... kami ke homestay. Nak letak bag2... zuhur kejap... lepas tu keluar terus ke Makam Mahsuri. Boleh pulak time ni hujan lebat kawkaw. Mula la perut tu lapar sokmo... kat luar Makam Mahsuri tu bersusun gerai2 cendol la... roti canai la... acaner nak keluar makan ni... hujan lebat...  dasar nak mengunyah je kan... hehe

Walaupun hujan lebat.. kami turun van jugak... beli tiket kat kaunter dalam. Extra caj 2 ringgit sorang... kalau nak beli tiket.. sila beli dekat luar tu ya... mula2 nak masuk tu. Sorang 10 ringgit dewasa kot... kalau beli kat dalam dah kena 12 ringgit. Kalau 8 orang? Budak2 lagi?  Mana la aku tau kena beli kat luar?


Ngam2 sampai dalam... hujan berhenti. Yeay!


Jalan2....





Ni kat pintu masuk... semua sinsing kaki seluar sebab hujan lebat... basah kaki seluar. 



Ada 1 pondok tu bunyi orang berendoi. Aku ingat ada orang ke apa.. bising je kan.. rupanya rekod je.. hihi




Faiq ya rabbi lasak ya ampun. Cepat2 istighfar. Hihi. Semoga awak jadi bijak la anakku. Lasak sangat2. Bateri full bar je..  haih. Nak pengsan mak kau ni.







Aqeef behave je... dia penat dia mentido dalam stroller tu ha. Hihi. Ye ibu tak larat dukung awak... semangat nau. Sado sebelah tangan ibu tau. Ber passing2 dukung adik aqeef. Semua pakat jadi sado. Hihi.












Boleh pulak time ni dia mengamuk sebab Ashu kacau... dia nak naik sorang2 buai tu. Sorang pun tak boleh duduk sebelah -_-'



Ibu pun nak jugak. Wakaka.




Otw nak keluar. Ada persembahan kejap. 


Sebenarnya aku dah tak berapa nak ingat apa ada dalam Makam Mahsuri ni haha. Tapi ok la.. aku ingatkan sekadar kubur. Luas dalam tu kan.. ada rumah2 panglima apa entah... ada 6 - 7 rumah jugak... macam kita masuk kat perkampungan melayu dahulukala.... Best.


Dan sebenarnya aku malas nak taip. Haha. Nanti lah kalau ingat aku tambah later ok. Behehe. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...