BLOGGERIANS

Tuesday, June 7, 2016

sempena sambut bulan Ramadhan

Orang nogoghi memang macam ni... nak raya kena ada lemang... nak puasa pun kena ada lomang. Hihi. Lemang tak susah sangat kerjanya... jaga api je.. tak macam dodol... tak boleh berhenti mengacau... hihi.

So minggu lepas aku balik kampung. Mak abah nak buek lomang. Takde nak makan beria pun.. saja suka ramai2 tu ;) 

Tapi Faiq memang hantu lomang. Bergasak dia makan lomang. Osah boto anak cucu n9 ni hehe.

Masa nak belah buluh lemang yang dah masak tu.. dia sama sekali jadi penonton.. siap tanya atok "susah ke nak buat lemang ni atok?"

Atok jawab susah..

"Oh susah... time kasih atok"  

Hehehe. Pandai ye bodek atok.

Kita perlukan beras pulut 5kg. Santan campur2 kelapa masak and kelapa tua.. garam kasar segenggam.. agak2 jelah.. fuh sedap giler.. behehe. Yela buat untuk makan sendiri.. adjust suka hati lah heee. 


Bab2 penyediaan buluh lemang ni.. abah sorang je pandai. Kami tak pandai :(


Eksen je dia ni.. bukan pandai pun. Buahaha


Tu dia... bersusun lemang..erm tahun ni dah ada tempahan 15 batang. Erm. Maybe malam raya baru buat. Panas2 sedap makan :) 

Ada sapa2 nak order? Hihi kualiti dijamin terbaik. HEHE. Suka hati aku je amik order. Hahaha. Matikla kalau mak abah tau. HIHI



Gulai ayam denak aka ayam hutan comel2. Kami request gulai... instead of rendang. Rendang kering sangat. Iols kurang suka :)


Orang sibuk2 kat luar.. budak2 ni la kerjanya hehe. Berendam :) kenapa la zaman ibu dulu takde mende ni ahaha




Aku inovasikan sikit. Letak dalam air. Haha. 

Rupa sebenar. Aku beli secara ansuran ni. Main kutu selama 6 bulan - monthly RM75. Beli kat IG - Littleazalea. Owner ig sangat friendly. Senang berurusan. Dah macam tadika kat rumah uwan ni. Hahaha.



Adik Aqeef yang awalnya takut2 pun jadi riang ria kanak2. Ehehe. Tengok tu bahagianya muka dia haha. Abam kawasan yang 2 orang tu discuss apa entah serius je hehe. 


Ok la bai. Selamat berpuasa readers blog sendu ni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...