BLOGGERIANS

Thursday, July 28, 2016

Sudah jatuh ditimpa tangga

Hai. Rentetan dari kereta yang rosak kelmarin tu... dah hantar bengkel... tukar bateri baru... tukar alternator... should be ok lah...  tapi semalam masa husband pick up aku... tiba tiba je bunyi tegedek2 dalam tempat enjin. Cuak jap. Macam bunyi benda putus. Pastu stereng jadi berat. Tak power stereng dah laaa. Ah sudah! Haha. Aku dah pening memikirkan bajet. Yela aku menteri kewangan dalam rumah kecik kami haha. 

Kebetulan bengkel tu sekali jalan je dengan laluan aku pergi kerja. So berhenti la kejap tanya apa apa yang patut. Kisahnya belting kena tukar. Aisehman duit lagi. Pening mak. Haha. Aku pun bukan faham sangat kaitan antara bateri... alternator dengan belting ni. Aku nak tau kos je. Baru bajet bulan ni nak tukar spec. Pfftt! 




So total burn dalam 2 hari je = RM542. Sekian terima kasih. Sob sob. Robek hatiku. 

Wednesday, July 27, 2016

Berbezanya

Hai. Mood menulis dah kembali. Hewhew. Sekarang pukul 1228pm.. aku baru otw nak ke ofis. Ofis yang jauh itu... mungkin akan sampai dalam pukul 130 - 145pm. Bertabahlah. Tq to adik ipar tolong hantar ke stesen komuter.





Tak tahu la patut tulis ke tak. Hari ni patutnya ada check up Aqeef 9 bulan. Inject sekali lah. Semalam aku dah bagitahu bos. Aku amik inject petang.. sebab aku boleh balik terus... time slip provided lah. 


Mana la nak tahu... malam tadi kereta buat hal. Bateri low sangat2. Mujur la sempat sampai Petron untuk berhenti. Minta sepupu husband rescue. Kereta dah lama kan... banyak la rosaknya. Hmm. Merata jugak cari bateri.. tapi tak jumpa yang bersesuaian dengan bajet. 400 mahal sangat kot. So tunggu la hari ni... means pagi tadi.. tunggu bengkel bukak... ganti bateri baru... then pergi klinik cucuk Aqeef.. baru aku p kerja. 


Tapi rupa2 nya bateri baru tu tak boleh cas pun. Tak tahu la apa masalahnya. So now kereta kat bengkel. Petang baru boleh amik. Total kena bayar RM400. Nasib tak beli bateri baru malam tadi. Pagi tadi beli bateri baru RM159. Habis short duit aku. 





Now aku bukan lagi seorang setiausaha. Aku sekarang kerani akaun. Sebab bos aku dah naik pangkat. Tak boleh bawa aku sebab dia pergi ke Group Finance. GF rotate secretary yang ada. Kalau bos nak bawak pun aku tak nak pergi sebab aku kalau boleh nak job rotation. Dah 7 tahun aku jaga dia. Aku perlukan value added untuk aku dapatkan transfer ke state. Bos pun ada discuss dengan aku face to face.. untuk career development jugak. Aku sukakan cabaran. Dan aku suka akaun. Sebab itu challenge accepted. Dan dalam masa sebulan aku dah boleh tangkap apa itu shopping cart... purchase order... goods received...  petty cash journal.. business license. Aku suka. Alhamdulillah. 


Now, berbalik pada cerita kereta yang kat bengkel tadi. Aku pun whatsapp la bos. Bos baru. Yang baru bekerjasama selama 2 bulan. 




Aku agak terkilan dia boleh query EL aku last week. Dan dia boleh cakap lagi dia call je battery sampai rumah. Hehe. Ok la whatever. Mungkin aku belum biasa cara dia. Dan dia belum percaya aku 100%.  Yela baru 2 bulan bekerjasama. Terima seadanya. 





Btw, aku rindu bos lama aku. Dia sangat cerewet dan mood dia unpredictable. Tapi kalau melibatkan kebajikan staf.. dia sangat tak berkira. 

Rasa nak nangis. Sob sob. 


Tuesday, July 26, 2016

Bertahan

Allah datangkan ujian nih dalam berbagai bagai cara. Ada yang diberikan ujian dalam urusan rezeki, urusan rumah tangga, urusan perjalanan dan lain lain lagi.
Bila Allah uji tu sebenarnya Dia nak kita ingat lebih lagi pada Dia, sebab kadang kala kita nih rasa senang jer dalam segala perkara atau urusan.
Sesekali Allah duga sedikit, jangan mengeluh. Cuba sedaya termampu dan usaha sehabis baik. Kalau dah tertulis itu rezeki kita, inshaaAllah tak ke mana.

C&P ayat di atas.. sekadar menyedapkan hati. Kalau dulu aku menangis mengenangkan dugaan yang bertimpa2. Tapi sekarang rasa dah matang. Setiap kali diduga.. benda yang sama saja. Kering dah air mata. Mampu senyum jelah. Semoga semuanya baik2 aja. Aku bertahan selagi aku mampu.

Selamat hari pipi

Faiq suka menyanyi. Walaupun lirik tak betul. Hehehe. 

Tapi lagu2 fav dia semuanya bermusim. Macam dulu musim akim stacy kan... dok la hadap nyanyi lagu jauh.. potret.... sampai ibu pun terngiang2. Pftt!

Itu tak pela lagi sebab aku pun boleh layan lagu akim tu.

Sekarang asyik lagu hang p mana hang p mana... sayang aku kau lupa aku kau luka. Siap pakej sengau kat sayang tu. Aku dah la tak suka dua2 lagu tu. Hahaha. Siap suruh cari kat youtube. Ibu nak lagu sayang. Pfttt!

Ni malam tadi lagu baru
SELAMAT HARI PIPI..  SETAHUN SEKALI. 

Mula2 aku buat tak reti je.. ye balik kerja sibuk handle Aqeef yang nak berdukung jee... dah relax2 baring baru la boleh menghayati bait2 lirik Faiq tadi. Haha. 

Rupa2 nya lagu selamat hari raya. Kahkah. 
SELAMAT HARI PIPI = SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 

Ok ibu faham. Maka tersipu2 la Faiq kena bahan kat ibu n baba. Haha.

Tuesday, July 19, 2016

Update heh

 Rindu pulak kat blog. Lama tak menulis. Banyak benda baru jadi dalam hidup aku. Yelah, kadang2 hidup ini perlukan perubahan. Asyik benda yang sama... memang membosankan. Hewhew.


Eh. dah berapa hari raya? Selamat hari raya korang. Hehehe.


Walaupun baru 2 anak bujang... busy betul rasanya. Rasanya tahun ni raya paling bosan sebab sepanjang 30 tahun hidup...  tahun ni 1st time tak ada baju raya. Kahkah. Bukan tak mencari... dah cari ready to wear... sekali saiz Faiq tak ada... makanya terus mak mood kelaut... masa makin suntuk. Hmm tak payah la baju raya. Duit pun jimat. Hahaha. Just beli baju jalan anak2 je. Ahahaha. Baju pattern sama.. color sama... just saiz je lain2. Hehehe.


Hai adik. Rindu si bulat ibu yang gigi jarang ni. Hahaha. Nampak je sado tapi dalam hati ada taman. Manja kemain. Lain betul karakter adik and abang ;)




Abang Faiq balik kampung je.. habis segala ceruk kampung dia merayap. kejar kambing sampai dalam reban. Dah kenapa pakai songkok pergi halau kambing tu? Hahahaha. 



Ikut paklang jalan2 naik motor pusing kampung :)





Raya pertama malam2 sikit baru balik kampung sebelah husband. 




Raya ketiga petang baru balik kampung mak abah aku. Biasa2 je raya tahun ni. Tema bersederhana tahun ni. Kewangan tak mengizinkan hehehe. Okbai. Cerita Langkawi pun tak khatam lagi. Ada 3 entri dok peram dalam draft. Mood menulis kelaut. Hahaha. 


Sunday, July 3, 2016

4 tahun dah anak ibu

3.7.2012 - 3.7.2016
Besar dah anak ibu. Leter ya rabbi hihi. Tak ada lain yang ibu mintak... semoga jadi anak yang soleh... mendengar kata... maafkan ibu andai belum jadi ibu yang terbaik buat awak.. sob sob... banyak ibu belajar dari awak



abang yang sangat2 penyayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...