BLOGGERIANS

Tuesday, July 26, 2016

Selamat hari pipi

Faiq suka menyanyi. Walaupun lirik tak betul. Hehehe. 

Tapi lagu2 fav dia semuanya bermusim. Macam dulu musim akim stacy kan... dok la hadap nyanyi lagu jauh.. potret.... sampai ibu pun terngiang2. Pftt!

Itu tak pela lagi sebab aku pun boleh layan lagu akim tu.

Sekarang asyik lagu hang p mana hang p mana... sayang aku kau lupa aku kau luka. Siap pakej sengau kat sayang tu. Aku dah la tak suka dua2 lagu tu. Hahaha. Siap suruh cari kat youtube. Ibu nak lagu sayang. Pfttt!

Ni malam tadi lagu baru
SELAMAT HARI PIPI..  SETAHUN SEKALI. 

Mula2 aku buat tak reti je.. ye balik kerja sibuk handle Aqeef yang nak berdukung jee... dah relax2 baring baru la boleh menghayati bait2 lirik Faiq tadi. Haha. 

Rupa2 nya lagu selamat hari raya. Kahkah. 
SELAMAT HARI PIPI = SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 

Ok ibu faham. Maka tersipu2 la Faiq kena bahan kat ibu n baba. Haha.

1 comment:

.hasina. said...

Haha comel je faiq ni :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...