BLOGGERIANS

Tuesday, August 30, 2016

Ada beli apa-apa tak?

Aku tak tahu la cara ni betul ke tak? Huhu. Tiap kali balik kerja.. jemput dari rumah pengasuh mesti Faiq akan tanya "ada beli apa-apa untuk Faiq tak ibu?" 

Kalau ada hari yang aku tak beli langsung.. mood dia memang kelaut sampai la malam. Dia tak kisah pun dapat sugus je semata-mata. Asalkan ada something untuk dia. Hihi. 

So, hari ni ibu rasa bersalah sebab pagi tadi nak cepat tak sempat nak salam kiss pipi... maka ibu beli banyak 'apa-apa' untuk Faiq ni. Hehehe.



Nampak je macam ni.. dia bukan makan habis pun. Makan sikit masuk fridge. Ibu ler jadi tong sampah tukang habiskan. 

Mujurlah aku beli jajan macam ni pun.. selera dia kat nasi tak berubah. Makan nasi tetap banyak. 

Dulu kecik- kecik pun abah praktik macam ni. Balik kerja mesti ada sumi jelly untuk kami 4 beradik. Pastu berebut pilih color fav masing masing. Haha.

Oh tak sabarnya esok. Cuti. Boleh bangun lambat bergolek golek dengan 2 hero. Eh 3 hero. And am the queen. Kehkeh.

2 comments:

Zhi said...

Seronoknya jadi Faiq..
Saya tgk anak-anak buah selalu kena pantau bab pengambilan 'jajan' ni .. Kalau dapat pun very limited sebab mak ayah nak jaga kesihatan anak-anak dia. But ye lah kan. nama pun budak-budak. As long as makanan lain dia seimbang, saya tak rasa masalah pun kalau makan junk food sesekali ..

hehee.. take care .. =)

.hasina. said...

Ehh sama la kita kak.. Wajib beli 'apa-apa' utk anak dara sorang tu.
Kalau tak beli kang rasa kesian je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...