BLOGGERIANS

Friday, August 5, 2016

kilim geoforest park

Sebelum penyakit lupa aku jadi semakin parah... moh la kita update entri terperam ni. Wahaha. 

Aku ke Langkawi ni bulan 5 hari tu kot? See banyak lupa ni. Pfttt! Ditaja sepenuhnya oleh encik abah. Tq abah. Semoga murah rezeki abah. 

Masa kat homestay lagi... dah ada tampal banner harga pakej sama ada nak ke Tasik Dayang Bunting ataupun Klim Geoforest Park. Harga lebih kurang. Niat hati aku ni nak ke Dayang Bunting sebab nampak lagi best je tapi memikirkan mak aku tak larat jalan so kami pilih la Klim Geoforest ni je. Naik bot je sepanjang perjalanan. Stop kejap kat Laut Andaman 1 jam... lepas tu bot datang pick up.

Ada banyak pit stop jugak. Stop kat Gua Kelawar yang busuk hancing itu... stop kat laluan gua yang ada buaya keluar masuk (tapi buaya dah tak ada) kalau ada mak aih scary hoi! Lepas tu ke fish farm... tengok helang merah. Pakej yang paling murah rasanya kami ambil. RM250 1 bot untuk 1 jam. 



1st sekali kami dibawa tengok helang merah. Tengok je sebab ada bot dah bagi helang tu makan. Helang tu sambar jela kat air. Banyak betul helang merah tu. Dikatakan Langkawi dapat nama dari si helang merah ini. Gituu.







Best naik bot ni. Kadang laju. Rasa nak terbang pulak aku dok dalam tu. Aku risau Faiq terbang je hahah. Dia kan ringan melayang2. Masa abam bot tu bawa laju... best betul. Nak tertido pulak rasnaya. Adik siap tidur la kejap. Behehe.







Ada bentuk kasut kan? Hehehe. Pulau apa ni eh? Pulau kasut ke? Kahkah. Memory tak boleh recall. Bahaha.







BAT CAVE

Ini lah bat cave. Ada laluan nak masuk. Bergantungan je kelawar dalam ni. Terus teringat cerita upin ipin kelawar. Hari2 hoi tengok tu je dengan Faiq. Hahah. Busuk hancing ok dalam ni. 



kena tunduk sikit nak masuk dalam gua kelawar nih



kelawar yang bergantungan




yang bergantungan stalaktit and stalagmit tu sebiji macam kepala buaya. Eee scary!



see! stalaktit and stalagmit tu macam kepala buaya kan? 



FISH FARM

Lepas tu kami dibawa ke fish farm. Banyak ikan kat sini. Boleh bagi makan kat ikan pari... terus rasa tak mau makan dah asam oedas ikan pari. Geli pulak. HEHE.







Boleh pegang belangkas. Siap tunjuk lagi yang mana satu jantan and betina. 





Masa ni adik haus sangat2. Kesiannya anak ibu. Ibu tak well prepared :( takpe lesson learnt.



Ada ikan sumpit tau kat bawah... orang tu kata sebab tengah hari kan panas.. so ikan sumpit tu berkumpul kat bawah... kita bagi roti... nanti dia sumpit. Merecik2 sampai atas hihi.


Ni la rupa ikan sumpit tu hehehe



Muizz dengan spek merahnya... Hahaha




Ok ini katanya laluan buaya. Tapi buaya dah tak ada lah... mengikut pakej.. kitorang akan menyusur laluan ni dengan bot.. tapi disebabkan air pasang... tak boleh la masuk.... pfftt! Rugi kan! Hmmm




LAUT ANDAMAN

Lepas tu kami berhenti kat sini. Tak ada orang kat sini tau! Hanya kami 1 family dengan ada 3 orang lelaki (tak tahu itu staff atau pelancong jugak macam kami?) Dorang duduk kat 1 pondok. Hanya 1 pondok di situ. 




Terpaksa la kami bersidai kat sini. Hmmm. Dah la lauk yang kami tapau siap2 kat food court Klim Geoforest Park tu tah hape rasanya. Tapi kat Langkawi ni tempat makan memang mahal2 ek?


Bangunan kuning tu toilet. Mak kata kotor sangat. Euw geli. Aku rasa Laut Andaman ni kalau tak masuk pakej pun takpe. Tak ada apa yang menarik lah kat sini. Bazir masa je. HAHA.



Ok dah cukup masa. Boleh balik dah... 




Ok babai .

1 comment:

Cik Puan Eka said...

penah pegi sini gak masa pegi langkawi tahun 2012. pastu masa tu ada lagi boat berlakon ombak rindu hehe.

pasni takmau pi sini lagi. nak try tasik dyg bunting lak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...