BLOGGERIANS

Thursday, August 4, 2016

Underwater World Langkawi

Amaran_ INI ENTRI BASI. Amek kau capslock sudah. Hewhew.

Entri sebelum ini:



Balik dari Makam Mahsuri... memang tak ada la nak balik homestay. Kalau balik for sure semua sambung tergolek. Hihi. Ok lepas ni no more homestay. Hotel better. Lesson learnt. Hihi


Petang tu kami decide ke Underwater World Langkawi. Mahal tiket masuk sini. Tak ingat lah berapa... banyak diskaun bila tunjuk mykad mykid.. and untung siapa yang kerja government.. lagi banyak diskaun. Kena bawak passcard ok. 1 paskad valid untuk 2 orang kot? Eh ke sorang? Aku lupa la. Heboh kat anak2 yang super aktif je. Hehe. Tapi walaupun tiket mahal... tapi sangat lah berbaloi! Panjang gila perjalanan dalam underwater world nih. Klcc tu kan pendek.. kat sini panjang ok. Sampai lenguh2 berjalan. Banyak berhenti.... banyak berlari kejar Faiq... pastu pusing pulak balik. Haha ;)




ini budak bantai mentido. Terpaksa kejut. Hihi. Kang tak berbaloi masuk.. 



penyambut tetamu hihi




Lovebirds ;)




Sedih pulak tengok gambar ni. Ada sedikit konflik pada hari percutian kami... mujur sempat diselamatkan. Kalau hati dah terluka... memang payah kan... ;)





Kelakar mak aku. Hehehe






Ada satu seksyen untuk budak2. Color2 gambar binatang yang disukai... lepas tu tekan enter.. terus keluar binatang yang kita color tadi kat skrin.. siap melompat2 lagi. Lawak pun iye.. sebab color caca marba je hehehe.





Sayu je hati tengok kedua dua orang tua aku. Dua dua pun aku sayang :)




Panjang tempat ni... sempat la jugak kami duduk duduk berehat. Lenguh berjalan dey




Ni dikira dah penghujung sangat ni... jalan mati. Huhu





See! Lasak betul anak aku tu! Pitam mak kau nak. Jangan besar cepat sangat eh. Nanti ibu rindu. Siapa la nak buat sepah rumah nanti selain baba. Eh? Haha. 








Nanti mesti nak ulang lagi datang Langkawi! Tapi tunggu adik besar sikit. So boleh pergi naik kereta. Bosan la pulak naik flight. Macam kejap sangat eh dah sampai? HEH.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...