BLOGGERIANS

Monday, February 22, 2016

kedai bangla

Harap post ini tak disalah tafsir. Saja je nak buat memori untuk tatapan masa tua nanti. Hewhew. 

Semalam balik dari Mydin... husband singgah kedai bangla kat bawah rumah sebab terlupa beli topup. Aku dengan anak - anak duduk ler dalam kereta diam - diam. 

Tapi FAIQ TAK DIAM. Heh.

"Ibuuuu... Faiq nak turun jugak....  nak ikut Baba.... nak beli gula - gula"...

Bla bla bla.... mood = merengek.

Lemas ibu. Cepatla Baba oi. Beli topup pun lama ke? 

Lepas dah 40 kali Faiq ulang ayat yang sama... ibu pun cakap "tak payah la turun... tau tak kedai tu busuk... kotor.... Faiq kan geli"

Faiq terdiam kejap. Memang kedai tu kotor pun. Busyuk lagi bau guni. Harhar.

Ingatkan jawapan itu boleh diterima akal budak 4 tahun... tapi ada je jawapan dia. 

"Yeke busuk? Faiq pergi dengan Cik Ja ... dengan pakcik.. elok je.... tak busuk pun?"

Tak lama pastu baba pun sampai. Beli sugus. Phew. Selamat. 

Tuesday, February 16, 2016

wah dah pandai perli ibu

Faiq suka jerit - jerit. 


Satu hari ibu cakap - "Faiq tak payahla jerit2. Pening ibu dengar. Tau tak, budak perempuan je jerit2 ni tau"


Faiq terdiam kejap.


"Ibu tolong jerit untuk Faiq".


Mula - mula ibu blur. Lepas tu baru terfikir. Eh. Bukan ibu perempuan ke??

OK FINE. Haha.

Thursday, February 4, 2016

semoga istiqamah

Aku perasan sejak2 bertambahnya ahli dalam family kecik ku itu.. Faiq semakin banyak buat perangai. Maksud aku, dia faham tu adik dia... nampak penyayangnya tu... cuma perangai dia kuat nau memberontak. Bila tak dapat apa2.. terus jerit kuat2 sampai bingit telinga aku nih. Lepas tu menyepak2 orang. Aku ni dah la balik kerja penat2... kadang tak ter handle perangai dia... sudahnya aku terjerit2 kat anak tu..  cubit dia. Tepuk mulut dia. Alahai terasa sangat jadi ibu yang loser.. sebab bila aku jerit.. Faiq pun sama memekik.. sudahnya aku penat.. aku stress.. anak pun sama stress. Bukan hari bekerja je... hari cuti pun kadang.. aku terjerit2... bukan salah apa pun... maybe Faiq nak kan perhatian aku je... perhatian ibu baba... hmm... mujurla adiknya tak terkesan langsung dengan perangai abang yang suka menjerit terpekik2 


Petang semalam waktu husband jemput balik kerja.... dia cakap "hari ni abg rasa nak try... tak marah langsung Faiq. Apa dia cakap... kita reverse dengan benda lain"


Ok lah. Ibu pun sama lah. Kadang tu terkesan jugak sebab Faiq cakap " Ibu dengan baba ni garang! Cik Ja je baik!"

Cik Ja = Pengasuh

Sedih hati mak nak. 

Nak tahu malam tadi kami mak pak tak marah langsung Faiq.. layan je kehendak dia... ya Allah mood dia baik sangat! Rasa nak menangis huhu. Terbayang2.. kalau lah Allah tarik balik pinjaman anak ni.. huwaaaa.. :(



Buah hati ibu :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...