BLOGGERIANS

Friday, March 25, 2016

bazir masa

Semalam hari gaji.

Ibu pun bawa anak bujang ke 7e. Pilih la apa Faiq nak. Ibu belanja. 7e sebab ruang kecik then senang nak kawal si anak yang full of energy. Heh.

Yeay!

Girangnya budak bertuah tu.

Dah pilih barang yang dia nak... terus letak semua atas kaunter bayar.

Staff 7e tu leka borak - borak sambil tergelak - gelak dengan member dia. Key in apa entah. Dalam 10 second jugak lah.

Faiq tengok je. Agaknya tertanya - tanya apa hal tak kira cepat ni? Ibu nak bayar. Faiq tak sabar nak makan apa yang Faiq ambil nih.

Hewhew.

2 saat berlalu.

Dan akhirnya, sambil bercekak pinggang,

"Cepatlah kira.. jangan membazir masa"

Erk. Anak aku ke tu??

OMG. Terus tergelak staf 7e itu.

Tuesday, March 22, 2016

datang

Hari - hari bekerja memang aku akan sampai rumah masa Maghrib. Turutan yang akan aku lakukan adalah:-

(sambil mendukung Aqeef si tembam 9kg)

1. letak susu - susu perahan di ofis... direct masuk fridge. 

Sementara tu Faiq akan masuk ke bilik mainan dia .... dan buat sepah ala - ala ribut taufan.  Baba pulak sembur Ridsect - kita skuad bebas denggi.

2. On TV. Dan azan Maghrib pun berkumandang. 

Semalam, sambil main, Faiq pun berkata:

"Dah azan, IBU TAK PAYAH LA SEMBAHYANG, IBU KAN DAH DATANG".

Terkedu.

Datang apa Faiq??

Faiq: ENTAH??

Adeh. Siapa tak faham lantakla. Hahaha.

Tuesday, March 15, 2016

life updates


Hi. Mood blogging memang kelaut la lately. Idea tu ada. Tapi masa tu tak ada. Oh well. Mak anak dua sangat katanya kan. 

Bab anak - dalam proses sesuaikan diri lagi. Haha. Sorang toddler. Sorang baby. Mujur baby tak banyak ragam. Dak abang pun sayang sangat adiknya. Tak sabar tunggu adik besar. Boleh main sama2. Mak nak proses adik gegurl pulak. EH? Lulz. Relax dulu 3 tahun. Tak pun... cukup la dua tu. Haha. Penat hoi mengusung perut sebab aku ni mak yang travel hari2. Kesian pulak kat anak2 sedia ada. 



Latest pic of us. Baba kat luar. Kita wefie bertiga jela macam biasa. HEHE.


Kat ofis. Sambut birthday cik bos. 8 tahun aku jadi PA dia. Paham sangat dah perangainya. Now tak jaga dia sangat sebab aku dah ada madu. Muahaha. Cik bos dah jaga 2 job function. So aku ni kejap2 cover bos kepada cik bos aku. Erk. Aku okay je.... (setakat ni hehe) Buat jela yang terbaik since orang dah percaya kat kita kan. Kali ni bos lelaki. Yes. Lebih simple dan tak terlalu detail macam cik bos. Tapiiii still aku nak keluar dari secretarial scope. Sebab aku bukan ambil secretarial course pun dulu. Haha. Tolongla dengan kuasa doremon. Aku nak transfer Seremban. Omg. Entah bila.





Disebabkan hari bekerja sampai rumah around 730pm onwards... makanya tidaklah aku memasak. Kadang tu aku order je. Cik abang tolong masak. Aww so sawit of u. Mujur cik abang pandai masak. Kalau tidak... kesian la jugak. Hoho. Tapi hari cuti memang aku masak .. sebab aku suka masak. 
fav iols! :D



Yang bestnya jadi PA ni adalah minggu setiausaha! Hohoi





Balik rumah dok melayan dak Faiq sambil iron baju.. sambil kemas beg anak2. Aku tengah membayangkan macam mana la anak dah sekolah nanti. Terurus ke tak rumahtangga ku? OMG OMG. Semoga dapatla pertukaran dalam tahun ni. Or else aku resign je. Sonang! hehe


Seperti biasa entri tergantung. Nanti la aku tulis lagi. Dok mencari mood. Skill menulis pun dah kelaut. Booooo!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...