BLOGGERIANS

Wednesday, April 20, 2016

butter prawn first time buat haha

Haha tu penting sebab aku tak pernah rasa butter prawn.. and tak pernah buat jugak hahaha. 

Tiap kali balik kerja mesti laki aku tanya nak makan apa? Nak masak ke nak tapau? Kalau ikutkan hati memang aku nak masak.. sebab Faiq and baba nya akan makan bertambah2 walaupun lauk ala2 je haha  :) tapi kalau ikutkan kadar kepenatan tu.. beli je boleh tak? Huwaa... ibu dah habis bateri. 

Tapi tengok gaya semalam.. macam nak suruh masak je..  hmm baiklah! Aku kan supermak! Haha. Tapi awok pegi siang udang. Mak malas. Nak nenen adik lagi kan. Kang adik pukul 8pm dah kiok. Semalam pun tertido sendiri.. letak je atas tilam.. dia tengok upin ipin.. pastu tertido sendiri.. ibu lak rasa terkilan sebab ibu kat dapur :( 

Ok back to butter prawn. Husband p beli daun kari and butter je. Ok fine. Kita buat jela pakai apa ada kat rumah je. Hahaha. Tepung pun tak ada kat rumah. Kuikui. Eh tapi ada tepung beras. Belasah jela ahaks! 

Kalau ikut resepi.. bahan2 yang kena ada... udang, tepung jagung, telur, lada putih, susu cair, daun kari, cili api

Tapi semalam aku takde lada putih and tepung jagung. Aku bantai je letak tepung beras and lada hitam. Haha. Boleh la kan? Hihihi



Ada la juga rupa butter prawn. Laki cakap sedap boleh buat lagi maka mak pun upload dalam instagram. Hahaha.

Tadi laki aku dah request gulai sardin. Adeh. Hahaha. 


Aqeef cucuk 5 bulan

Lagi 6 hari je pun Aqeef nak masuk 6 bulan. Tapi sebab lambat p cucuk 3 bulan hari tuh... maka kena jarak2 kan lagi lah... tak pela janji aku vaksin kan anak2 aku. Macam2 penyakit sekarang. Langkah berjaga2 katanya...

Sebelum datang klinik... aku call dulu buat appointment sebab masa Aqeef 4 bulan aku tak datang buat check up.. ala ukur tinggi and berat je... aku rasa tak penting sangat... bukan apa.. aku ni payah sikit sebab opis aku jauh nun di kl... nak ke hospital private mak tak mampu... huhu... pernah la pergi hari tu ... hospital colombia seremban 2... untuk cucuk Aqeef 3 bulan.. aku datang pagi... tengahari baru jumpa doktor.. dah tu kena bayar rm200.. tak boleh claim. Company tak cover. So kau rasa? Baik aku p kkia je.. hihi... tunggu lama pun free je :)


So tadi hantar Faiq dulu ke rumah pengasuh. Faiq ok je.. dah besar.. dah faham... siap risau lagi "tak payah la cucuk adik.. kalau adik nangis macam mana?"

Sayang adik dia.. sejuk hati ibu :)

lagi 6 hari nak 6 bulan dah ;)

740am...kami yang first sampai. Terkejut gak. Last time 730am sampai dah penuh kereta. Masa sampai tadi.. nurse tengah menyapu sampah ... bersihkan klinik.. bersihkan toilet.. kesian cik nurse...


Rezeki dapat nurse yang baik. Boleh la nak borak2 kosong :) ukur tinggi... timbang.. berat 9.2kg. Eh hampir tak muat dok dalam tempat timbang tu kahkah. Bulat je seketul dalam tu. Cucuk.. nangis sekejap pastu ok. Dapat ubat demam aka tahan sakit jugak... kena bagi terus... lepas 6 jam if tak demam... tak payah bagi dah.. dos 3.8ml sebab ikut berat. Hihi. Time Faiq dulu 1.5ml je.. hehe


Dapat time slip sampai 930am. Husband ajak breakfast dulu. Lapar dey. Aku ingat malas nak teman.. kang pukul berapa pulak sampai ofis... tapi teringat lak blog hamka kereta mayat ada share... "kena teman suami makan.. nanti setan dok hasut2 cari lain... " erk sentap den. Ok lah jom breaksfast dulu.. kejap je pun.


Breakfast kat kedai kopitiam 73 area sendayan.. Kedai baru kot. Mak aih 2-3 kali si tukang amek order datang... tak faham kot. Tengok muka laki aku dah lain je. Bengang lettew orang tu tanya banyak kali.. dah la perut lapar ye tak ...haha. Mak ok je. Cool bebeh.



Dah namanya kedai kopitiam.. order set yang ada roti bakar and telur separuh masak lah. Sedap! 4/5 bintang. Behehe.







Telur separuh masak ni mengingatkan aku memori sekolah rendah... dulu2 mak mewajibkan anak2 dia makan telur separuh masak ni sebelum pergi sekolah. Hihi.



Ok lah.. tu je nak cerita.. aku menulis ni pun kat dalam komuter... belum sampai Kl Sentral lagi. Haha.

Friday, April 15, 2016

cara lipat baju yang sangat best


Dalam banyak2 kerja rumah... ai iz paling tak suka lipat baju! kadang sampai menggunung... hihi.. bukan tak suka apa.. renyah hoi... tapi sakit mata tengok bertimbun2 dalam bakul. Mampu tengok sambil berHUHUHU jela... 


Hari tu siapa entah ada share.. alamak serius tak ingat... mintak halal naaa... tapi tengok cara dia lipat baju memang terbaik. Sangat memudahkan nak amek... nak susun... takdelah bersepai2 dikerjakan anak -____-


senang nak susun... sebab boleh tido baring pulak lipatan gini hehehe





butangkan baju .... atas dan bawah je... kalau rajin butang la semua hihi





terbalikkan....


letak seluar dia....



lipat macam ni untuk both sides


lipat 1/3 


buat poket sikit... masukkan yang hujung ke dalam. eh tak reti la nak terangkan hahaha



dah siap! siap boleh berdiri. Kuikui


ok babai. nak lipat kain berbakul2 tuh haa -_________________- 


pantas betul zalora ni


Aku ada bad habit. Suka beli bag kecik2 macam ni. Tak tahu la kenapa. Tak faham dengan diri sendiri. Ahaha. 

Hari Rabu dok meng'google' website Zalora.... maka...  pergi taip pulak kat kotak search 'make up bag'.... hadoi. Kan dah terjatuh hati. Klik klik terus on9 payment. Aduh siapa suruh memudahkan kerja aku ni.... aishhhh....

Hari Khamis pagi dah sampai barang aku. Pergh cepat giler ahah.








kan i dah kata... murah saje. behehe



siap bagi slip poslaju ni if tak puas hati


TQ Zalora. More to come.... ahahaha


Thursday, April 14, 2016

kitkat green tea

Sejujurnya, ni first time rasa kitkat green tea. Ni pun sebab budak2 ni bagi hadiah birthday semalam. Haha. 

Review aku - bau dia macam pelik sikit... rasa ok... macam coklat.. haha... tapi macam rasa coklat putih.... bila kau dah habis makan... rasa pelik2 kat lidah. Haha. Tak tahu laa nak describe camne.



aku prefer yang biasa punya kot... hihi


Sekian review mak haha. Eh mood nak update blog dah mariii. Ahaha. 

Wednesday, April 13, 2016

30

Sebetulnya malas nak taip pasal birthday sendiri... tapi disebabkan ni tahun pertama masuk 3 series.... ok la... jom tulis sikit. Kenangan hari tua. HEHE

Di usia 30... ermm masih banyak impian yang belum tercapai. Tapi syukur punya suami, anak2, family dan kawan2. Tidaklah aku lone ranger..  macam looser.. hehehe.

Kalau dulu... apa orang cakap... semua pendam dalam hati .... terasa yang amat2. .. Allah je tahu... tapi bila dah masuk 3 series ni... ermm lantak lah! Aku banyak benda nak fikir. Please la get a life pls. Ahaha. 


hadiah dari kawan2 ofis yang baik hati. Tq uols! :D



dapat cupcakes lagi :)



yummy! :))


and a card!


auww! 


Semoga wishlist aku dari 2008 dulu tercapai. Mohon doakan :'D


adik Aqeef


Asyik cerita pasal abang je... meh kita upload cerita adik pulak :)

Aqeef lahir 26.10.2015....5 bulan ++ dah sekarang ni. Sama date dengan zafran anak yanamib. Aku nampak dia update status kat fb... dah masuk labour room.. dah sakit2.. aku masa tu tak rasa apa2 lagi... terus seram sejuk... aku patutnya dah overdue... petang tu jugak buat jalan itik 10 kali pusing dari ruang tamu ke dapur. Hahaha. Jalan itik dengan Faiq. Memang berkesan! Pukul 3 pagi aku pecah ketuban. Yeah! 


Pencapaian terbaru - angkat bontot tapi belum lepas lagi. Bulat sangat. Asyik mengah je kerjanya. Hihi. 

Adik cool tapi suara kasar... sekali nangis.. phew.. bergegar rumah kecik den. Kuikui.

Dah ada 2 batang gigi bawah. Asyik nak menggigit je. Seram ok. Dia lapar pandai menyusu laju2... dah kenyang.. mula la menggigit.. pastu dongak pandang muka ibu. Nak suruh ibu geletek dia. Haha. 

Penggeli macam baba. Haha.









Adik banyak ikut baba rasanya. Faiq yang banyak ikut ibu :)

Lain anak lain perangainya. Sayang dua2 hero ibu. Tak lebih dan tak kurang. Walaupun member2 cakap sayang anak sulong tu lebih sikit dari anak2 yang lain...aku rasa macam sama je... dan aku tak nak beza2 kan anak aku.. sebab aku pernah rasa dipinggirkan masa kecik2 dulu huwaa... aku berazam tak nak buat macam tu kat anak2 aku... seriously perasaan itu sangat tak best... boleh effect anak2 sampai besar :( 

Tak sabar nak tunggu adik besar sikit.. boleh bergabung tenaga dengan abang... buat sepah! Haha.




Adik moncit macam baba! Kahkah larik!


Tuesday, April 12, 2016

bos

Hari ni macam pening2 lalat masuk ofis. Ni semua gara2 si Faiq tido lambat. Eh sebenarnya dia dah tertido pukul 7pm… lepas tu tersedar pukul 11pm. Terus sugar rush! Hadoi nak pitam mak kau nak.

Bangun2 mintak nasi. Ok la fine. Ibu layankan. Sian anak bujang lapar tak sempat dinner lagi dah terlelap. Baba keluar pulak ada kerja sikit. Makan sambil tengok upin ipin depan tv. Aku baru nak terlelap..  "ibu… tolong tukar cerita lain. Dah habis cerita upin ipin yang ni…"

Erghh! Geramnya. Sakit kepala den. Ye la baru nak terlelap. Secara tiba2 sakit kepala sebab terkejut Faiq suruh tukar channel. Dah 2 - 3 kali asyik terlelap - terkejut - tukar channel. Akhirnya aku marah dia.

"Tutup TV sekarang. Dah pukul 3 pagi ni. Kang ibu terbangun lewat nak pergi kerja. Nanti bos ibu marah"

Terkebil2 budak tu. Haha. Aku salah cakap kah? Off tv. Eh akur pulak budak nih. Haha.

Terus peluk dia … slow talk dalam selimut.

"Dah malam ni.. mana boleh tengok tv lagi.. tadi kan dah tengok upin ipin 400 kali… esok ibu kerja… nanti ibu lambat pergi kerja.. bos ibu marah ibu macam mana? Kesian ibu kan. Faiq kesian ibu tak?"

"Ohh… ok baik ibu." Sejuk hati den. Cakap elok2 dengan anak memang bagus. Tak payah tengking2 :)

"Ibu tolong picit belakang Faiq… Faiq nak tido ni… nanti lambat bangun… bos Faiq marah"

HEHEHE. Perli ibu nampak.



Monday, April 4, 2016

jual susu ibu

Malam tadi ada terbaca... seorang suri rumah menjual susu sendiri... dan berpendapatan RM5000 sebulan. Pergh. Boleh pulak jual eh? Setiap 150ml bersamaan 5oz dijual pada harga 30 - 50 ringgit 😱😱

Dan menurut sumber, dia ada 8 anak susuan.... yang mana... tak lagi berhubung selepas dah habis jual beli susu .... erk? 😕 apa nak jadi lahhh donia

Macam mana kalau anak2 susuan itu dah besar? Huish. Pembeli dan penjual susu itu sama2 ngokngek. Haha  😂


Sehari aku akan gigih dapatkan 30oz...  setiap 5oz dijual RM50... kalau sebulan? Perghh! Dasyat dasyat. Kuikui. 


isnin memang macam ni

Lrt problem... pukul berapa la nak sampai ni. Hoi. 😰😰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...