BLOGGERIANS

Tuesday, May 31, 2016

follow the flow

 Hai. Acah acah segan pula letak gambar sendiri. Tu yang kecik je di sudut itu. Hahaha. Situasi sekarang tengah menaip kat handphone sambil tunggu laki datang jemput.



Kulit sangat teruk sejak balik Langkawi yang panas. Habis naik jeragat. Aduh. Penat nak recover balik. Aku pakai je skincare NourAin yang biasa pakai... lepas tu malam malam aku jadikan makan 2 biji tomato sebagai rutin. Katanya makan sebiji tomato boleh muda 5 tahun.. haha. Alhamdulillah dapat balik kulit asal. Nak make up aku tak pandai. Tak confident nak pakai hoi. Kena bahan pulak kat laki. Nak tak nak kena la jaga kulit. Ingat senang? Kulit cerah lagi payah jaga sebab jeragat senang sangat nak naik. Yela umur pun dah 30. Bertabahlah nak.  


Laa dah kenapa cerita pasal kulit pulak ni? Kahkah. Sori.

Ehem. Berita terbaru... sekarang aku bukan lagi seorang setiausaha. 

What??? Wah. Jangan terkejut sangat. Haha. Well... cik bos kesayangan kan dah lama naik pangkat. Makanya aku ni digantung tak bertali. Macam bagi ke tak nak lepaskan aku... hee... dan sejak akhir akhir ni... cik bos dah kenapa nak sweet sweet dengan aku? Behehe. 

Anyway, untuk career development juga... aku kena ambil jawatan pembantu pegawai kewangan sekarang ni. Wah! Tak sangka... selepas 7 tahun 5 bulan aku jadi setiausaha... dan aku dah selesa dengan jawatan setiausaha ni.. baru aku dapat jawatan yang pernah aku idamkan masa kerja kat Kolej Negeri dulu ;)

Ya... Allah kan lebih tahu.. bila masa sesuai untuk aku hadap semua ni ;)

So tadi... aku pergi menuntut la cara cara buat shopping cart... purchase order.. goods received... pe benda entah lagi term term baru yang aku belajar... memang 360 darjah lari dari kebiasaan. Its ok... aku kena fikir positif... kutip pengalaman dan peluang yang diberi...  mana tahu satu hari nanti nak resign... boleh demand gaji. Eh? Hehehe. Eh yela dah ada value added di situ. Wahaha.


 Jauh kita menuntut. Heh.





Dari tingkat 47. Dan kenapa nak tangkap gambar pulak kan... hehehe. Padahal naik tingkat 55 tak tangkap gambar. Oh belum pernah naik helipad lagi :(  one fine day....


Eh. Driver dah sampai. Ok sambung esok dengan entri Makam Mahsuri. Ahahaha.


Monday, May 30, 2016

homestay dan van di Langkawi

Homestay and van ni aku yang uruskan. Disebabkan kami ramai... 11 orang...  nak cari yang jimat2 .. sebab motif utama datang Langkawi nak jalan2 bukan tido hotel. Buhuhu.


Sebulan sebelum pergi... aku dah booking dengan deposit RM50. 
Sekali dengan van Hiace 12 seater.. RM420/ night * 3  = RM1260. 


Adik aku kata murah dah tu. Ok la aku iyakan saja. Hoho. 

Sepatutnya aku book homestay Dzul Busu dan van Hiace. Tapi di hari kejadian... aku dapat Angah Homestay dan van Nissan. Huhu. Hentam jela. 

Angah Homestay ni ok2 jela... 4 bilik semua ber 'aircond' . Tak ada astro. Pakai NJOI. Homestay ni betul2 depan Idaman Suri je.... 


Review aku - 

Rumah ok bersih
Toilet kotor sikit 3/10
Dapur gas ada boleh masak.. just macam ngeri sikit la tengok peralatan memasaknya.. macam tak pernah guna ke apa?...
Kedekut cawan... ada 4 je cawan.. semua cawan uzur2 je.. macam cawan zaman tok kaduk je... invest la sikit beli dinner set murah2 kat Idaman Suri tu... kata murah kat sana.. hehehe 


Overall OK2 jela...





Van dapat masa kat airport Langkawi... kena bayar deposit RM100. Masa kami pulangkan hari terakhir kat Langkawi... deposit burn sebab guna lebih masa... 1 jam RM20 ke RM50 dia caj.. tak ingat dah...  pastu ada calar2 kat depan van... kena bayar lagi RM150. 

So total kami burn untuk homestay dan van. 
Asalnya RM1260.

Add on deposit van RM100
Caj calar2 kat van RM150

Total = RM1510

Tak tahu la mahal ke murah tu? Aku argue jugak nak bayar caj calar tu. Tapi adik aku bayar je.... erm. 

Aku rasa macam tak berbaloi. 

Next time p Langkawi... aku tak nak homestay... i iz prefer hotel. Banyak lagi kot yang murah2 ;)



1st time ke Langkawi naik flight

Baru ada mood nak cerita. Macam2 hal berlaku. . berkaitan job rotation... ku terima seadanya gitu ;) tak pela bak kata laki aku yang sentiasa positif itu... terima je.. maksudnya orang percaya dengan kebolehan kita. Hehehe... kerja 3 - 4 tahun.. then resign.. baru boleh demand gaji. Whoahh! Hehehe


Anyway... aku ke Langkawi ni sebab puan emak yang bising2 ajak p sana.... dan disupport 100% oleh encik abah. Orang dapat duit pencen.. hihi... tak luak pun setakat 4- 5 ribu... auww! TQ abah! Kalau tak... tak merasa la aku naik flight. Haha. 1st time wey... jakun mak noks... terasa kampung.com di situ.. hihi.. selalu booking flight untuk cik bos je.. 


Flight pukul 830am.. kena 2 jam awal kan? Means aku kena sampai KLIA2 dalam 630am. Pukul 530am dah kena gerak dari umah la.. Nilai dengan KLIA2 tak jauh sangat pun.. mak abah tido umah aku malam tu.  Pengasuh anak2 aku tolong hantar kitorang ke KLIA2. Ye membazir pulak nak parking kat sana. 


Esok nak gerak.. malam tu baru nak packing barang. Serabut gak wey.. katanya tak boleh lebih 7kg hand carry. Haha. Aku siap beli luggage scale tu haha. Kang terlebih berat payah lak. Maafkan jela aku yang 1st time naik flight ni. Behehehe. 



Dua2 tak mandi lagi hahaha. Amik seat tepi tingkap. Gayat! Masa nak take off tu perghh ngilu telinga den. Berdesing haha. Dah sampai kat atas . .. wah nampak awan je... eh macam cite katun pulak... boleh lompat2 atas awan.... imaginasi tak boleh blah ;)  ehem maafkan saya ;)






Tengah syok2 selfie .. wefie... ye masing2 first time naik flight.. gayat...hehehe... boleh pulak tak perasan Faiq. Tau2 masuk je dalam.. Faiq tengah lepak kat tempat nak ambil luggage. Nasib kat tempat luggage yang tak bergerak. Elok je dia silang kaki kat situ. Omg anak aku -_-' nasib tak hilang hahah.


Dok la melangut kat airport langkawi sambil tunggu driver pick up. Huhu driver kan... macam orang kaya pulak haha. Van n homestay aku dah book sebulan sebelum. Lepas ni aku cerita pasal homestay n van kat Langkawi ni... book lain tapi dapat lain. 


Wednesday, May 25, 2016

nasi ayam sedap di Sendayan

Eh dah bersawang pulak blog nih. Ahaha. Apa hal la malas giler nak update blog ni. Erm tak boleh jadi. Cerita Langkawi belum up lagi. Kuikui. K promise esok insyaAllah if ada masa. Hihi. Bukan apa nak menulis ni kena ada mood. Cerita tu ada tapi alahai malasnya nok. 


Anyway, hari tu aku keluar ofis awal sikit . So sampai awal jugak lah. Husband ajak makan dulu sebelum amik anak2. Dating sat noo.. kami dok berlegar2 kat area My Rail.. Secret Recipe sendayan... speedmart... eh tetiba nampak macam ada kedai baru .. specialised jual nasi ayam je. Takde menu lain. Haha. Aku ni dah la kureng makan nasik. Aku gemar goreng2 lagi. Hehe. Dasar suka makanan berminyak2 :D


Tapi laki aku ajak try. Aku follow jela walaupun dalam hati meronta2 nak makan kuetiow goreng yang pedas meletup kat kedai fav. Haha.


Nama kedai ni Delight Chicken Rice Station. Tak ada orang pun masa kami sampai. Tapi orang datang tapau sampai berbelas2 bungkus. Wah. 

Order 2 set. 1 set bungkus untuk Faiq. Hihi. Ibu baba makan dulu noo ... hehehe.



Ayam perapannya.. sedap giler ko... sos cili dia tu pedas berapi.. kicap tu masin.. oh sedapnya. Terliur pulak menaip ni. Lulz




Portion nasi banyak. Aku rasa macam nak habiskan tapi mak mampu makan suku je. Haha taknak gomok punya pasal. Balance nasi pass ke laki. Kahkah. Biar dia je gomok. Hihi.

Nasik dia tak rasa macam nasi ayam tau.. maksud aku tak hanyir bau ayam.. nasi lembut je.. macam nasi goreng tapi bukan nasi goreng. Ah tak tahu nak describe camne. P la try sendiri. Haha.




Oh sedapnyaa... pengsan




Sup dia tak masin.. kurang masin. Maybe sebab ada kicap masin. Tapi sedap sup ni... macam rasa sup kedai mamak. Ada rempah2 kurma sikit rasanya..



Nasik yang lembut lembik2 itu.. sedapnyaaa...





 Ada sos tambahan if tak cukup hihi




Kedai bersih. Tempat potong2 ayam tu pun bersih :)




Kedai ini baru lagi.. macam belum siap sepenuhnya tapi dah beroperasi. Semalam lalu tutup pulak. Tak sure pukul berapa buka dan tutup.





Habis licin! Hehehe. 

1 set yang ditapau pun Faiq bertambah 2 pinggan. Terbaik. Definitely will come back ;')


Thursday, May 19, 2016

Women's Bags

Cliche sangat tajuk entri aku hari ni. Hihi.

It cannot be denied any women will be spotted donning a bag of their own and at times switching it daily to match their OOTD’s. But there are certain type of Women’s bags design which are perfect to be flaunted around at work due it its style and size. If you have no idea what we are talking about, take a look at the bags for every career woman to own. Trust us, you will find these three bags a handy to carry all your necessary belongings.


Aku memang bagaholics. Selagi tak jumpa beg yang sesuai... selagi tu aku akan keep on searching .... pastu terbeli.. pastu menyesal... pastu rasa nak jual... pastu rasa nak beli lagi... mende tah. Dasar pembeli online tegar. Hahaha.


Ada 3 jenis pilihan bag yang selalu kita nampak perempuan bekerjaya pakai. Cewah bekerjaya ye tak? :D





TOTE BAG
Tote bags are perfect if you have to carry a laptop and files around. For the busy ladies, tote bags are easy for you to throw in anything in due to its easy bag opening. You can drop anything in fast especially when you are in a hurry. The perfect bag for the career ladies who are always in a rush to meetings. Sebiji macam cik bos aku yang busy itu. Sumbat laptop, note, purse... etc2.. TOTE BAG lah. sumbat semua dalam tu. Berat giler kot! Haha. 








SATCHEL BAG


Satchel bag comes back from the old school design but nowadays are designed with a trendy touch to it. Women can choose from the various colours available and pick the one which suits their style. If you love a pop of colour to your wardrobe, a coloured design will be the great choice. Meanwhile, if you prefer a versatile bag, go for classic black, nude or brown satchel bags.






Satchel bag pilihan aku sebab boleh sling.. maka bag tak jatuh bila dukung anak. Melekap je kat badan. Hihi. Lepas tu boleh sumbat pampers setakat 2 - 3 keping... baju sepasang, wet tissue, mainan sikit. Eh banyak barang anak je. Beg doremon. Segala mak apak atok nenek nak sumbat sampai senget bahu. HIHI. Aku tak boleh harap laki pegangkan beg. Laki aku pencuai orangnya. Selalu tinggal kunci rumah merata2 -_____-'

Eh, nampak sangat aku old school. HAHA





SHOULDER BAG

This is the go-to bag for a majority of women. Men not know this fact but us women, well, we definitely love the shoulder bags. Shoulder bags are the common choice for most career ladies as it has that simple yet sophisticated appeal to it. Besides that, it can be carried around not just for work but also to other occasions as well. Don the bag with confidence and never worry looking out of style.

smart dan nampak angkuh gitu. Hihi




Tepuk dada tanya poket. Hihi. 



Layari ZALORA untuk keterangan lanjut ;) Rambang mata hoi :D



Tuesday, May 17, 2016

mujur tak buat banyak

Aqeef dah 6 bulan ++ memang nampak sangat suka makanan. Asal nampak ibu masuk makanan dalam mulut je... dia toleh penuh berminat. Alolo tian dia... 

Gigih la ibu menyiapkan makanan baby. Yang boleh buat stok - ikan bilis, beras. Konon2 nak bangun awal pagi. Boleh buat bubur hantar ke pengasuh. Hewhew. Nan hado. 


Sangai dulu (goreng tanpa minyak) sampai garing 


Biar sejuk then blend pakai blender kering sampai hancur menjadi debu. Amboih. Hihi



Basuh beras bersih2... lepas tu keringkan. Melalui pembacaan google... boleh keringkan pakai kuali (kaedah yang sama - sangai) atau pakai microwave.


Aku tak ada microwave. Pakai ler kuali sajo. Behehe



Beras tu jadi begini. Err macam bertih pulak. Aku try rasa. Erm macam dah masak ke apa ni? Haha. Mak takde pengalaman. Dulu masa Faiq gigih la tanak bubur atas dapur gas. Haha.




Stok beras dan ikan bilis yang dah dikisar. Letak dalam tupperware comel



Testing masak bubur Aqeef - guna beras yang dah dikisar tadi.



Campur stok carrot 


Jadi la bubur nasi campur carrot.


Guess what? Aqeef tak suka. Reject mentah2. Hahaha. Kesian ibu kau tau. Berejam kat dapur buat stok. Haha. 


 Tapi kalau bubur nasi tanak macam biasa campur carrot tu dia suka pulak... maybe dia tak suka rasa dan bau beras blend tu kot? Ke dia tak suka ikan bilis? Aku perasan Aqeef ni suka benda manis2. Eh sebiji la time aku mengandungkan dia dulu. Faiq suka masin2. Bubur nasi n ikan bilis tu memang fav dia. Adik suka manis2 pulak. Hehe.


Takpela... bereksperimen dengan deria rasa anak. Hehehe. 


Esok nak try up cerita Langkawi :)

Byee.

Friday, May 13, 2016

secretaries week Siti Nordiana - Menara KL

Malas giler nak update pasal secretaries week ni. Ahaha. Tapi takut gambar hilang.. maka marilah kita update. Untuk tatapan akan datang ;)

Antara yang terbest jadi PA is boleh join  secretaries week. Berkenal kenalan dengan ramai PA dari company lain. Makan best2 sambil dengar artis menyanyi. Table VVIP. Siapa nak bagi kan? Heh. 

Sepatutnya tahun ni kami pergi yang M Nasir punya on 28th...  tapi rupa2 nya date 28hb tu ada AGM meeting... shareholders meeting.. staff kat menara TM semua kena cuti takut sesak katanya... maka kami semua decide tak nak pergi... kuasa la datang ofis semata2 nak pergi tengok show MNasir yang tak sampai 2 jam tuh. Ahaha. So exec secretary weols suruh cari event date yang lain.... rugi la kan.... akhirnya jumpa Siti Nordiana. Eh tak tahu pulak Nana join secretaries week. 

Semua setuju. Maka on  the 27th kami semua pergi la beramai2 naik hiace. Panjang nya intro aku. Kahkah.


Harus selfie dulu ;) aku duduk belakang sekali. Berbuai2 hoi. Senak perut den. Mujur tak mengandung. Eh last year pregnant kan Aqeef pun dok belakang jugak --'


Selalunya kami ke megaview banquet. Betul ke eja? Erk. Makanan serve sambil dengar artis nyanyi.

Tapi this year kami try yang lain.. restoren berputar tu... so buffet la kan? Pergh ini best giler ni haha. Ada macam 1 pulau (pulau ye tak? Bahaha)  kat atas tu tempat letak makanan je... chef (chef ke?) keluar masuk dok top up food yang dah habis... pheww... Sesuatu yang baru nih. Hewhew. Agak pening masa mula2... ye kampung.com. haha. Mende baru kan ... gayat sikit la. Terasa gak tak balance bila berdiri.. tapi okay je :)



Kami table VVIP. Katanya lagi murah dari show M Nasir. Tapi ada aku kesah? Lagi enjoy Nana punya show.. sebab tak kedekut lagu wey... banyak lagu dia nyanyi... sampai 430pm pun dia masih nyanyi lagu ungkit membangkit tu.. haha apetah aku tak tahu tajuk tapi best lagu tu. Suara dia memang power. Meremang bulu roma den.



Harusla aku terkam buah dulu.  Kenyang hoi. Aku makan lauk je kot. Macam2 lauk ada. Nak muntah tengok food... dengan kuih lagi... fuhh. Kalau boleh tapau kan bagus. Hahaha.




Acah2 minum air. Haha. Hai aku pun ada tudung fareeda sweet love tu. 3 color lagi. Lama dah aku beli. Murah saje. Hehe. Kbai.






Manis je Nana nih. Ada berduet dengan adik arwah Achik Spin. Alahai terbuai2 rasa. Tapi den lagi syok makan hahahahaha.





Tengah enjoy2 makan... pengasuh whatsapp - Aqeef dedar2... tak sihat ni... alahai tak syok pulak rasa.. habis je event terus balik. Mujur malam tu adik tak demam. Good! Kuat anak ibu ni ;)


Mintak2 tahun depan buat kat restoren berputar tu lagi haha. Best weyh. Kuikui.




Thursday, May 12, 2016

preloved topshop backpack


Dasar suka membazir! Amalan syaiton betul. Hoih

Aku pakai sekali je p Langkawi baru2 ni.... konon2 nak fefeeling bergaya dengan back pack yang cantik ini hahaha. Kelaut. Huru hara dengan anak2 je. Hahaha. 

So daripada aku peram .... baik aku jual semula...  preloved tapi condition 10/10. Aku berani jamin. Heh. Harga Zalora RM229. Aku kan beli online je... harga kedai tak sure mak noks. Aku jual balik RM150 termasuk postage (boleh runding lagi) 

Whatsapp 0173743670





Beg ni cantik. Ada tulisan topshop kat zip. Eh macam teragak2 pulak nak jual. Hahaha. Whatsapp cepat sebelum aku tukar fikiran tak jadi jual. Kahkah.













baju maroon itu contoh aku pakai. hahaha kbai

Tuesday, May 3, 2016

sonotron dak aqeef

Aqeef dah hamper sebulan batuk berkahak… aku pergi 2 -3 klinik .. dapat ubat macam biasa.. siap dapat antibiotic lagi… still tak elok2 lagi.. last klinik aku pergi… 10 April -  maybe paediatric kot? Klinik Anjung Karisma Seremban 2… dia marah weols.. kenapa lambat jumpa dia? Sebab Aqeef dah habiskan antibiotic pun still tak ok sebab tu dia risau. Takut kuman merebak ke paru2.  Erk… doc tu tak bagi ubat langsung ye… Aqeef kena sedut gas… untuk cairkan kahak… melalak 1 klinik…  dia bagi surat refer ke KPJ bertarikh 10 April untuk buat chest x ray. Sebab aku tak nak ke GH. Padahal company tak cover pun kos anak ke KPJ. Sendirian berhad kekdahnya.

3 minggu lepas sedut gas …  kahak Aqeef still banyak lagi… aku still tak bawak lagi ke Paediatric KPJ. Aku risau kena caj ribu riban.. haha… tapi naluri mak2 cakap anak aku kuat2. Aku dok tunggu hujung bulan dapat bonus… haha… prepare jela kan

Akhirnya 26 April baru aku bawa Aqeef ke KPJ Seremban. Tapi sehari sebelum, aku call dulu untuk buat appointment dengan paediatric… staff sangat friendly.. siap bagi option nak paediatric yang mana? Yang garang ke? Nak refer MO untuk ke chect x ray OR jumpa terus paediatric .. baru paediatric decide perlu chest xray ke tak. Kalau terus jumpa MO untuk chest xray nanti takut kena double charge… kot2 MO tolak kes ke paediatric… gituuuu… so aku decide terus jumpa Paediatric – Dr Syed Jefrizal. Doc paling best dengan kanak2 mengikut kata staff nya. Aku siap google doc yang mana. Haha.

26 April – sampai KPJ Seremban pukul 8am. Register kejap sebab 1st time datang. Dapat giliran yang 1st. Tapi appointment doc pukul 1030am. Lambat lagi ni. So weols pergi la mencari sarapan dulu. 1030am tepat2 terus jumpa doc. Doc sendiri yang bukakan pintu. Pergh. Ada Al Quran atas meja dia. 1st impression aku wah best doc ni. Cakap lembut je tau. Sambil bercakap sambil dia letak mainan budak2 yang macam bola tapi boleh kembang kuncup tu haha apa ke namanya? Bukan Aqeef je.. aku pun jadi ralit tengok benda tu hahaha. Doc check dada Aqeef… anak tekak… belakang… so kesimpulannya.. anak tekak sedikit bengkak…. maybe kerap batuk2 tu… Aqeef ni budaknya tembam.. so kahak tu terkumpul kat leher dia yang pendek.. sebab dia gemuk.. hihi. Dada tak ada masalah insyaAllah. Fuh lega mak noks. Doc tak akan bagi ubat apa2 sebab keadaan Aqeef tak merisaukan.. tak perlu chest xray… tapi doc nak jumpa lagi 2 minggu untuk tengok perkembangan.

Doc cakap antara 5 punca anak batuk lama:
1.      Ada construction dekat2 rumah
2.      Aircond overnight sampai ke pagi
3.      Merokok
Lagi 2 aku dah lupa. Hahahhaa

Doc kata boleh kalau nak aircond overnight… letak sebaldi besar air kat area kita pasang aircond… so ada flow yang baik kat situ.. aircond ni kan udara kering… baby cepat batuk…

Doc tak bagi ubat sebab katanya ada 3 jenis ubat yang bahaya untuk baby:
1.      Ubat batuk
2.      Ubat selsema
3.      Ubat cair kahak
Sebab semua ubat di atas boleh melalaikan… means baby mengantuk… and kita tak tahu apa kandungan dalam ubat tersebut. Ada kes kat Ipoh.. baby 6 bulan meninggal sebab makan ubat tersebut. Ni doc yang cakap eh, bukan aku. Aku share je apa doc cakap. Tapi ubat demam & antibiotic tak bahaya. Selama ni aku fikir antibiotic tu bahaya untuk budak2. Aku tanya jugak SONOTRON boleh ke? Doc kata ok, sebagai alternative, boleh bagi madu sikit… rawatan sonotron… sapu vicks.. minyak angin kat dada.. tapak kaki… gitu jela.

Ok puas hati dapat jumpa Paediatric. Total caj kena bayar RM68.90 sahaja... maybe untuk consultation fees je... Bersusun mainan dalam bilik doc. Kalau Faiq ikut ni habislah doc melayan Faiq je. Faiq si budak leter.

Disebabkan doc tak bagi apa jenis ubat pun…. Aku direct terus ke sonotron area senawang… aku call sehari sebelum… katanya tak payah appointment… walk in je…

Pusat rawatan komplimentari
Ozone Healing Sdn Bhd
No 40, Jalan Cattleya 4,
Taman Cattleya, 70450 Seremban
06 678 1111 OR 019 750 4447

Aku share kot2 ada yang mencari? Aku punya tak tahu ada sonotron kat senawang... sampai aku p buat appointment kat klinik dr fauziah batu caves.. kemain jauh! ye mana mak tahu ada kat senawang je. Dekat je pun dengan rumah mertua iols! haha.










Masuk je rasa sejuk hihi. Sebab ada kolam ikan.... ada bunyi air terjun.... nyaman je rasa. HIHI.

Tak ada orang pun.. masa aku sampai tu ada sorang je tengah sonotron.. agaknya resdung kot? 






Aqeef godobot relax je mula2 :)





tembak dada dia dulu... laki aku cakap cantik cahaya dari sonotron tu.. color ungu





Nak tembak kat leher .. aqeef start meragam dah





kat dahi pulak





kat belakang









RM15 je. Murah giler! Ada 7 shoots. Sepatutnya RM35 tau. Aku tak ada cash. dorang tak boleh debit pulak. So dorang bagi RM15 je.... alhamdulillah.. terima kasih. 




pukul 12pm baru settle semua... memang aku EL la hari tu. Faiq tengok gambar adik kena sonotron. Dah dia p amek pistol .. tembak adik konon2 sonotron. Kahkah. Berbulu je adik tengok abangnya. 


So ok tak sonotron ni?

OK SANGAT! pergi lah cuba. Aqeef dah tak ada kahak lagi. Batuk pun hilang. Balik dari sonotron tu Aqeef tak berak lagi.. esoknya baru berak.. pengasuh cakap berak dia busuk giler. rasa nak muntah haha. tak macam selalu. Agaknya kahak dah keluar ikut najis dia. HEHE.


Eh penatlah aku menaip panjang2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...