BLOGGERIANS

Tuesday, August 30, 2016

Ada beli apa-apa tak?

Aku tak tahu la cara ni betul ke tak? Huhu. Tiap kali balik kerja.. jemput dari rumah pengasuh mesti Faiq akan tanya "ada beli apa-apa untuk Faiq tak ibu?" 

Kalau ada hari yang aku tak beli langsung.. mood dia memang kelaut sampai la malam. Dia tak kisah pun dapat sugus je semata-mata. Asalkan ada something untuk dia. Hihi. 

So, hari ni ibu rasa bersalah sebab pagi tadi nak cepat tak sempat nak salam kiss pipi... maka ibu beli banyak 'apa-apa' untuk Faiq ni. Hehehe.



Nampak je macam ni.. dia bukan makan habis pun. Makan sikit masuk fridge. Ibu ler jadi tong sampah tukang habiskan. 

Mujurlah aku beli jajan macam ni pun.. selera dia kat nasi tak berubah. Makan nasi tetap banyak. 

Dulu kecik- kecik pun abah praktik macam ni. Balik kerja mesti ada sumi jelly untuk kami 4 beradik. Pastu berebut pilih color fav masing masing. Haha.

Oh tak sabarnya esok. Cuti. Boleh bangun lambat bergolek golek dengan 2 hero. Eh 3 hero. And am the queen. Kehkeh.

Wednesday, August 24, 2016

bagus jugak ada reminder

FB sekarang canggih eh. Dia remind balik apa kita buat on the date.... tahun2 tok kaduk dulu. Mujur lah tak up status bukan2. Abis kuat meroyan pun kat blog je. Kehkeh. 


So hari ni FB shared memory gambar ini. Member aku yang tagged ni... masa pergi kenduri kahwin beliau. Sekarang pun beliau dah ada sepasang anak :) betapa mengimbau memori betul. 



Gebunya anak dara tu :) bila la aku nak ada anak dara? Ehem! Faiq kiri kanan pegang buah. Masa ni dia baru dapat kaki. Ke hulu hilir je kerjanya. Penat mengejar dia je :D



Member ofis. Susah senang bersama ye tak? Kehkeh. 






3 tahun berlalu... tiba2 Faiq dah ada adik yang dipanggilnya kereta kebal. Haha bertabahla adik. 


Adik yang sado tapi manja hihi. Abang Faiq muka lembut tapi ya rabbi garang betul. Haha. 

Sayang dua2 anak ibu. 

Tengah recall mood nak menulis. Busy oi. Grrrr!

Wednesday, August 17, 2016

grab car yang best!

Aku jarang guna teksi... selalu booking kat Blue Cab je.... itu pun untuk cik bos. Tapi ada satu hari tu nak dijadikan cerita.... Blue Cab fully booked la pulak. Kelam kelibut la aku mencari taxi lain yang available... warisan ... sinaran.. .semua kena booking last minit. Aku syak punca Blue Cab cakap taxi tak available adalah puncanya sebelum itu cik bos aku ada cancel kan booking.... kau bayangkan lagi setengah jam... cik bos suruh cancel - change in plan. Pulak. Grrrr! 


So.. hasil pencarian aku jumpa la Grab ni ha. Terus call nak booking untuk cik bos. Tak boleh la pulak nak advance booking sebab kalau nak advance booking grab car kena at least 1 jam sebelum.... . ataupun nak gerak baru try booking balik. End up, Blue Cab available... so cik bos aku naik Blue Cab jela. 


Grab ni kena install kat Play Store. 

So semalam kebetulan ada hal yang perlukan aku naik taxi.... so aku try la Grab ni. Grab ni detect melalui location di mana kita berada. So Grab akan detect mana2 driver yang berhampiran. Berlambak2 la driver keluar... ko select je mana2 yang berkenan. HEHE. Grab ni pakai kereta persendirian ye.... dan tambang yang ditulis tu adalah FIX! Tapi semalam aku lalu tol... kitorang kena bayar tol pulak. So rasanya tol ditanggung oleh penumpang kot. Kehkeh. 


Highly recommended la rasanya. Tak perlu risau kalau jam sebab tambang fix. Hehe. Pergi aku naik Myvi baru... balik naik Saga flx. Ok la.... kalau pergi ramai2 memang berbaloi.


Boleh pilih nak teksi mahal ke murah. HOHO




Siap dapat resit lagi. 


Sekian review ikhlas mak. HAHA.



Wednesday, August 10, 2016

jam dari Zalora yang smart dan murah

Jam yang pertama aku beli pakai duit sendiri. Ketiga - tiga jam aku sebelum ni orang hadiahkan. 2 jam dari husband. 1 lagi dari kenalan rahsia. Kahkah. Cite lama. 

Walau bagaimana pun... ketiga - tiga jam tersebut dah KO. Behehe. Bateri yang KO. Aku punya la malas nak pergi kedai jam. Sanggup pergi beli online yang baru. LOL. Asyik la dok riki website Zalora. Hahaha. Website macam- macam ado kan. Sudahnya terberkenan design ni. Murah pun murah. Total semua RM74. Hahaha. 


Balik terus pakai. Menjeling laki sebelah. Kahkah. Amboi hensem jam katanya. Dia pun boleh pinjam. ERK! Pfttt! Sebok je



smart kan? Haha




ada tulis zalora lagi. hehehe.


Esoknya pakai pergi ofis. Sekali masa jumpa bos.... terperasan dia pakai jam yang sama sebijik macam aku! kaler pun sama! OMG! For sure brand lain lah. 

Terus tak mau pakai dah jam itu. Tak suka barang- barang aku sama sejibik dengan bos. HAHA. Tengah riki2 nak beli jam lain tapi kat zalora jugak. Sekian entri jam zalora. Hehehe.


Friday, August 5, 2016

kilim geoforest park

Sebelum penyakit lupa aku jadi semakin parah... moh la kita update entri terperam ni. Wahaha. 

Aku ke Langkawi ni bulan 5 hari tu kot? See banyak lupa ni. Pfttt! Ditaja sepenuhnya oleh encik abah. Tq abah. Semoga murah rezeki abah. 

Masa kat homestay lagi... dah ada tampal banner harga pakej sama ada nak ke Tasik Dayang Bunting ataupun Klim Geoforest Park. Harga lebih kurang. Niat hati aku ni nak ke Dayang Bunting sebab nampak lagi best je tapi memikirkan mak aku tak larat jalan so kami pilih la Klim Geoforest ni je. Naik bot je sepanjang perjalanan. Stop kejap kat Laut Andaman 1 jam... lepas tu bot datang pick up.

Ada banyak pit stop jugak. Stop kat Gua Kelawar yang busuk hancing itu... stop kat laluan gua yang ada buaya keluar masuk (tapi buaya dah tak ada) kalau ada mak aih scary hoi! Lepas tu ke fish farm... tengok helang merah. Pakej yang paling murah rasanya kami ambil. RM250 1 bot untuk 1 jam. 



1st sekali kami dibawa tengok helang merah. Tengok je sebab ada bot dah bagi helang tu makan. Helang tu sambar jela kat air. Banyak betul helang merah tu. Dikatakan Langkawi dapat nama dari si helang merah ini. Gituu.







Best naik bot ni. Kadang laju. Rasa nak terbang pulak aku dok dalam tu. Aku risau Faiq terbang je hahah. Dia kan ringan melayang2. Masa abam bot tu bawa laju... best betul. Nak tertido pulak rasnaya. Adik siap tidur la kejap. Behehe.







Ada bentuk kasut kan? Hehehe. Pulau apa ni eh? Pulau kasut ke? Kahkah. Memory tak boleh recall. Bahaha.







BAT CAVE

Ini lah bat cave. Ada laluan nak masuk. Bergantungan je kelawar dalam ni. Terus teringat cerita upin ipin kelawar. Hari2 hoi tengok tu je dengan Faiq. Hahah. Busuk hancing ok dalam ni. 



kena tunduk sikit nak masuk dalam gua kelawar nih



kelawar yang bergantungan




yang bergantungan stalaktit and stalagmit tu sebiji macam kepala buaya. Eee scary!



see! stalaktit and stalagmit tu macam kepala buaya kan? 



FISH FARM

Lepas tu kami dibawa ke fish farm. Banyak ikan kat sini. Boleh bagi makan kat ikan pari... terus rasa tak mau makan dah asam oedas ikan pari. Geli pulak. HEHE.







Boleh pegang belangkas. Siap tunjuk lagi yang mana satu jantan and betina. 





Masa ni adik haus sangat2. Kesiannya anak ibu. Ibu tak well prepared :( takpe lesson learnt.



Ada ikan sumpit tau kat bawah... orang tu kata sebab tengah hari kan panas.. so ikan sumpit tu berkumpul kat bawah... kita bagi roti... nanti dia sumpit. Merecik2 sampai atas hihi.


Ni la rupa ikan sumpit tu hehehe



Muizz dengan spek merahnya... Hahaha




Ok ini katanya laluan buaya. Tapi buaya dah tak ada lah... mengikut pakej.. kitorang akan menyusur laluan ni dengan bot.. tapi disebabkan air pasang... tak boleh la masuk.... pfftt! Rugi kan! Hmmm




LAUT ANDAMAN

Lepas tu kami berhenti kat sini. Tak ada orang kat sini tau! Hanya kami 1 family dengan ada 3 orang lelaki (tak tahu itu staff atau pelancong jugak macam kami?) Dorang duduk kat 1 pondok. Hanya 1 pondok di situ. 




Terpaksa la kami bersidai kat sini. Hmmm. Dah la lauk yang kami tapau siap2 kat food court Klim Geoforest Park tu tah hape rasanya. Tapi kat Langkawi ni tempat makan memang mahal2 ek?


Bangunan kuning tu toilet. Mak kata kotor sangat. Euw geli. Aku rasa Laut Andaman ni kalau tak masuk pakej pun takpe. Tak ada apa yang menarik lah kat sini. Bazir masa je. HAHA.



Ok dah cukup masa. Boleh balik dah... 




Ok babai .

Thursday, August 4, 2016

Underwater World Langkawi

Amaran_ INI ENTRI BASI. Amek kau capslock sudah. Hewhew.

Entri sebelum ini:



Balik dari Makam Mahsuri... memang tak ada la nak balik homestay. Kalau balik for sure semua sambung tergolek. Hihi. Ok lepas ni no more homestay. Hotel better. Lesson learnt. Hihi


Petang tu kami decide ke Underwater World Langkawi. Mahal tiket masuk sini. Tak ingat lah berapa... banyak diskaun bila tunjuk mykad mykid.. and untung siapa yang kerja government.. lagi banyak diskaun. Kena bawak passcard ok. 1 paskad valid untuk 2 orang kot? Eh ke sorang? Aku lupa la. Heboh kat anak2 yang super aktif je. Hehe. Tapi walaupun tiket mahal... tapi sangat lah berbaloi! Panjang gila perjalanan dalam underwater world nih. Klcc tu kan pendek.. kat sini panjang ok. Sampai lenguh2 berjalan. Banyak berhenti.... banyak berlari kejar Faiq... pastu pusing pulak balik. Haha ;)




ini budak bantai mentido. Terpaksa kejut. Hihi. Kang tak berbaloi masuk.. 



penyambut tetamu hihi




Lovebirds ;)




Sedih pulak tengok gambar ni. Ada sedikit konflik pada hari percutian kami... mujur sempat diselamatkan. Kalau hati dah terluka... memang payah kan... ;)





Kelakar mak aku. Hehehe






Ada satu seksyen untuk budak2. Color2 gambar binatang yang disukai... lepas tu tekan enter.. terus keluar binatang yang kita color tadi kat skrin.. siap melompat2 lagi. Lawak pun iye.. sebab color caca marba je hehehe.





Sayu je hati tengok kedua dua orang tua aku. Dua dua pun aku sayang :)




Panjang tempat ni... sempat la jugak kami duduk duduk berehat. Lenguh berjalan dey




Ni dikira dah penghujung sangat ni... jalan mati. Huhu





See! Lasak betul anak aku tu! Pitam mak kau nak. Jangan besar cepat sangat eh. Nanti ibu rindu. Siapa la nak buat sepah rumah nanti selain baba. Eh? Haha. 








Nanti mesti nak ulang lagi datang Langkawi! Tapi tunggu adik besar sikit. So boleh pergi naik kereta. Bosan la pulak naik flight. Macam kejap sangat eh dah sampai? HEH.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...