Dua tiga menjak ni aku asyik terfikir nak tukar tempat kerja je... hmm... maklum la tahun depan Faiq dah masuk tadika. Aku masih mencari rezeki kat KL nih. Sampai bila entah? Rasa macam huru hara je rumah tangga. Ibu keluar pagi balik malam. Balik for sure dah penat. Pergi kerja dapat gaji. Gaji habis buat pergi kerja. Transport monthly RM380. Belum campur kos makan lagi... penat ulang alik lagi. Hampir 8 tahun jugak la kerja TM nih... sayang nak berhenti sebab company besar... itu ke sebab utama? hadoi! Stress mak! Kena solat istikharah ni mintak petunjuk. Hmm... semoga dipermudahkan urusan aku :(
Keutamaan aku hanya anak2 yang masih kecik... sob sob.
Dah lama terfikir nak tukar environment kerja ni... tapi tu la hati tak kuat lagi... semalam rasa macam baru tersedar dari lena yang panjang. Huhu. Masa on the way balik dalam komuter.. ada sorang lelaki ni tegur... 40an kot... duduk sebelah aku.
Dia : Kerja ke belajar dik?
Aku : Kerja
Dia : Kerja? Yeke ni. Kecik je nampak ha.. ingat belajar lagi. Kerja mana?
Aku : 30 dah umur saya ni ha... kerja kat TM.
Dia macam terkagum - kagum aku kerja TM. -_-
Kisahnya lelaki tadi tu ada course kat Ampang - Bank of China... ape bende entah aku tak faham sangat... dia berulang la selama 4 hari untuk course tersebut. So dia pilih naik komuter and lrt instead of drive. Dari Tampin ok. Tak kan nak drive. Buat penat je.
 |
Penat sangat sangat. Kalau nasib tak baik, berdiri la kau sampai ke destinasi. Haha |
Dia argue la aku berulang selama 4 tahun. Aku rasa macam baru tersedar bila dia tanya
TAK PENAT KE?
Tiba - tiba macam tersedar - terlalu banyak aku berhutang dengan anak - anak dan suami. Iaitu MASA. Tak boleh nak undur dah. Kan?
Semoga aku dapat buat pilihan yang betul. No turning back please.