BLOGGERIANS

Tuesday, November 29, 2016

dari Kuantan ke Terengganu

Mujur pagi tadi tak terlajak komuter haha. Tersedar eh dah kat KL Sentral. Penatnya badan oi. 9 jam dalam kereta. Mujur la kampung daku bukan kat pantai timur hewhew. Tapi bestla jalan tengok tempat orang.. budaya orang... 

Plan asal sebenarnya nak pergi kenduri je kat Kuantan... sekali terlajak sampai Terengganu kiteeee. Mujur tak direct sampai Kelantan. Hahahah. Sampai jugak kat ganu wehh. Last pergi masa rombongan sekolah tahun 2000 - aku Tingkatan 2. Kahkah. 

Tak ada beli beriya pun... jalan- jalan dan makan- makan je..

Tepek la gambar sini buat kenang-kenangan ;)




naik kereta kuda... bergegar-gegar... pastu aku nampak lidah kuda tu terjelir keluar.. hahaha kelakar + kesian pula, haha






tuuu... lidah terjelir keluar... hahaha





hari Sabtu menyinggah ke Masjid Kristal... sebenarnya ni gambar candid tapi nampak macam cantik pulak gambar ni dengan memek muka Aqeef tu.. haha.. nak lari je kerjanya... hihi




Faiq pun sama.. nak lari jeee.. dia ni lagi lasak ok.. hehe nasib la hoi ada anak bujang 2 ketul ni :D





adik sibuk dengan sandal je .. hehehe





naik basikal yang ada 3 row tu.. RM43 kot.. best pulak, siap lumba dengan geng budak-budak... hihi









barisan hadik-hadik ipar yang sporting.. hewhew. 


Kami pergi 4 kereta... aku gerak lambat sikit... pukul 8pm dari Senawang... pukul 1am++ sampai Kuantan... masa kat Kuantan duduk di homestay... 2 tingkat... Thea Homestay kalau tak silap... ok selesa. RM250 ke RM300 per night... 2 tingkat.. semua bilik ada aircond.

Masa kat Terengganu... duduk di Mawar Homestay... rumah kampung..  mak aih bilik air nya... geli geleman mak noks. Husband kata berus gigi kemain banyak dalam bilik air.. berus gigi yang dah busyuk-busyuk tu... euwww! Hihi... Bilik atas ada aircond... bilik bawah tak ada aircond... toto macam tak basuh je.. keronyok- keronyok gitu.. hihi... seriously aku tak selesa... dengan sakit kepala nya... kang nak menghadap anak-anak yang super cranky... nak menyusu tak selesa... mak-mak faham la yer :) ajak husband booking hotel... dengan harapan mil faham lah :)  lepas makan malam... g survey hotel, maka jumpa lah TY Hotel.. rasanya hotel baru... 1 malam RM150 inc breakfast.. RM20 deposit return balik bila check out. Tak sempat amik gambar sebab kepala dah berat. Anak-anak pun tidur tak sedar hengat dah... hihi. Penat sangat lettew. Sian budak-budak... nanti ibu bawa pergi Legoland yer... :)


Overall, pengalaman yang best. Nanti boleh la repeat lagi dengan pengajaran - sila bawak baju lebih. HAHAHA.


Monday, November 21, 2016

Thank You Lazada!

Amboi siap ada appreciation post 😎 Hehehe. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa πŸ€— Kisahnya last two weeks kot aku beli pool dari Lazada... kalau tak silap masa 11.11.2016 tu kot, dah check out... laaa baru perasan ada discount RM30.. patutnya harga RM72, alahai rugi pulak rasanya kan...  terus aku email ke Lazada, kot-kot la boleh revert? Hahaha. Walhal salah sendiri yang terlupa 😬✌️️

Aku ingat Lazada tak layan email aku.. haha. Sekali dia reply yang menyatakan tak boleh revert sebab aku dah bayar. Aku ok jela.. dah bukan rezeki aku haha. Tapi aku rate situ BAD, UNSATISFIED. Kahhh! Kejam pulak. Hewhew 😈

Tak sangka pulak esoknya tu Lazada call. Slow talk boleh tak kita gantikan dengan Voucher Code yang bernilai RM30 jugak? Dan tutup kes? Wahh, aku terasa begitu dihargai sekali! Hehehe.




Ihiks! 😜 Thank you Lazada ☺️

Friday, November 18, 2016

Pegawai Pengiring

Nak taip pun rasa geli hati. HaHa. Anak bujang yang kedua ni dapat nick name baru - Pegawai Pengiring. 😝 Dah la sado, kuat sentap, suara kasar, gigi jarang, jalan terkedek-kedek, mana ibu ada kat situ la Aqeef ada. Sudahnya baba panggil adik - Pegawai Pengiring Ibu. Hahaha lawak pulak rasanya.

Sekarang dah setahun sebulan. Mulut bising gak tapi pandai panggil mama, baba, babang. Babang tu abang Faiq. Kembang je hidung Faiq bila Aqeef panggil BABANGGG!! Hehehe.😎












Merajuk tak tentu halaπŸ™„πŸ™„


Tuesday, November 15, 2016

Ehem

Lama tak update blog. Terasa kaku nak menulis. Haha. Sedang dalam train mengelamun sorang-sorang... adoi kepam betul bau ketiak cik adik kat sebelah ni. Tengik. Mujur mak tak pitam noks 



Dulu-dulu masa baru bekerja, aku selalu membayangkan umur aku pada 25, 28 dan 30 tahun. Aku bayangkan pada usia 25 aku dah kahwin dan pada usia 30 tahun aku dah stabil. Huwaa rupanya masih belum stabil lagi. Sobsob. 

Mungkin kalau diberi peluang, aku tak mahu terlintas sesuatu di hati.. 16 tahun lepas... smk zaaba kuala pilah.

Hey, move on please.

Monday, November 7, 2016

Cerita tamil

Aku kan sejak-sejak kahwin dengan lelaki yang giler cerita Tamil nih... aku jadi kenal pulak hero heroin Tamil. Hehehe.

Kau sebut je... aku kenal ok. Haha. Kalau tak ingat nama pun... aku ingat muka dia tu untuk cerita yang mana. Kahkah. Begitu sekali yer. LOLOLOL

Aku dah tak minat pula cerita sweet-sweet macam Suri Hati Pilot ke Awak Sangat Nakal ke? Suamiku Encik Beruang ke? Eh? Bukan apa, terasa tak boleh nak terima dunia khayalan dah. Haha. Cuba jugak nak layan cerita sweet begitu.. rekod lepas tu try nak layan tapi ai iz kenot. Bukan sis tak cuba. HEHE. Sebab realitinya tak ada yang sebegitu kan? Kan?

Anyway, hari tu terlayan cerita CITYLIGHTS


suami, isteri dan seorang anak perempuan


Cerita ni inspiring jugak lah.

Deepak Singh's life as an ex-Army driver who owns a garment store is tangled in the midst of poverty, hope and despair. Deepak's family consists of his ever-supporting wife and his little daughter. They tag along his journey to Mumbai as he is unable to repay money he owes on his store. With no contacts and addresses, except that of his friend, Omkar, Deepak takes extreme measures when stepping to Mumbai while searching for him.

Deepak ni ex driver Askar. Balik kampung sebab nak jagak anak bini. ada kedai kain tapi kena ambik sebab tak mampu nak bayar hutang. Dorang berhijrah ke Mumbai untuk jumpa kawan Deepak (Omkar). Sekali sampai Mumbai, Omkar yang dicari tak ditemui. Konon-konon Omkar ni yang akan tolong Deepak and family. Jumpa rumah tapi kena tipu pulak. Yer orang kampung datang bandar.. lurus bendul pulak. Kesian giler. Isteri Deepak terpaksa kerja kat club menari-nari serve arak sebab nak tampung hidup dorang. Rumah tak ada, tinggal kat tempat pembinaan.


He is easily tricked by two con-men who sold him a Flat for 10,000 RS, only to find out while searching them for the documents. With no details on them, the Mumbai police refuse to file an F.I.R. His wife meets an escort working at a night bar who provides them an unconstructed flat for time being and convinces her to be a bar dancer till Deepak becomes stable.


Deepak gets hired as driver for a security bureau with a monthly pay of 15,000 Rs. Deepak's senior realizes that he is far too innocent and does various favours for him in order to gain his trust to loot the security agency. Deepak is extremely against the theft when the senior first mentions it. Then the senior blackmails him saying that a previously stolen box is currently kept in Deepak's house. Feeling cornered , Deepak agrees to the risky plan of stealing the keys for this box when suddenly they are both robbed again and the senior is killed. Meanwhile Rakhi loses her job tragically. Deepak finds the box stolen by his senior in his house and comes up with a plan to ensure Rakhi and Mahi's safe return to their village.

Ada ek kerja macam ni kat Mumbai?

The movie ends when his attempt to steal the keys from the agency cost him his life but through a shrewd tactic he is able to pass on Rakhi the key for the stolen box. Rakhi and Mahi return to the village with Rakhi lost in memory of Deepak and their happy past.

Ending agak sadis sebab Deepak mati kena tembak sebab nak curi kunci box . Isteri dan anak Deepak balik kampung dengan duit yang banyak tapi tak ada makna pun sebab Deepak dah mati. Gituuu.

Cerita ni rasanya lebih kepada sokongan isteri yang tak berbelah bahagi pada suami yang tak ada apa-apa. Sob sob.



Wednesday, November 2, 2016

Kek nan sepotong

Bukan sambut sangat pun.. sekadar beli kek nan sepotong. Tiup lilin dan sambung normal routines. Haha mak bukan kejam tapi adik bukan paham pun kan? Kan? 




monyok je muka adik pun... hehe









Happy birthday sayang ibuu! Manja sangat ini budak ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...