BLOGGERIANS

Friday, December 30, 2016

Babai 2016

Hari ni last day kerja untuk tahun 2016. Tahun yang banyak negative vibes... rasanya.. hmm

Dengan harapan tahun 2017 nanti banyak lagi wishlists yang akan tercapai. Aminnn.
Semoga kehidupan keluarga kecil aku akan lebih lancar perjalanannya... rezeki melimpah ruah... misi aku nak perabihkan hutang supaya hidup aku lebih aman tanpa hutang. HAHA.

Ofis riuh rendah dengan anak-anak staff. Semua pakat bawa anak ke ofis. Meriah hoi. Teringin pulak nak bawak anak den. Tapi guane nak bawak naik komuter? Hahaha

Thursday, December 15, 2016

borak mak dan anak

Baring depan tv sambil borak-borak dengan Faiq malam tadi.

Ibu : abang Faiq, tolong picit kaki ibu.. lenguh betul la ibu ni... kesian ibu .. tadi kan ibu balik kerja naik train tadi... ibu tak dapat duduk pun...  - buat muka kesian here 


Lama Faiq diam.

Faiq : ish ibu ni asyik tak dapat duduk je... asyik-asyik tak dapat duduk. Lain kali ibu call la Faiq.. nanti Faiq bertukar jadi superhero.. Faiq datang selamatkan ibu

HEHEHE. Kembang hati ibu. Cerita dengan baba tak kena layan, cerita dengan anak wahh siap nak selamatkan ibu. 

Ibu iz terharu nak. Herher.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...