BLOGGERIANS

Friday, December 29, 2017

Kegilaan baru ahaks

Aku memang suka buat kek, makan kek kurang sikit sebab manis haha. Aku kurang suka manis- manis. Kadang tu saja je bukak channel omputeh sebab nak tengok dorang buat pavlova. Nampak senang yakmat! Haha. Dan akhirnya aku berjaya buat LOL. Hoi masuk kelas berbayar ok. Belajar dengan cikgu safura. Hehhe. Pergi tengok ig dia @sugarlandbyrara.

Aku rasa macam boleh buat dah ni sebab rasa faham dah step dia. Cuma kena banyak latihan and kesabaran. Heheheh.




Ni aku nak buat version XL tapi tak XL sangat laaa sebab oven aku kecik. Pinjam oven mak pulak tu hahaha


Ni aku try piping atas paper cup. Huduh betul rupanya hahaha maklum laa tak pernah pegang piping bag lololol. Dah tu terkepet- kepet je paper cup aku tu... ate tak ada tray untuk letak paper cup hahaha.





Ni keratan rentas pavlova size besar tadi. Pavlova yang perfect adalah crunchy di luar tapi marshmallow di dalam nya. Yang aku punya ni sikit je marshmallow eh. Hehe. Kena main dengan suhu kata cikgu✅



Ni pulak 1st time aku try buat hahahaha sedih betul rupanya. Tak jadi sebab tak cukup gula. Bahahah.  Pavlova kena banyak gula baru meringue jadi cantik huhu. 



Alolo dak abang ni siap kiss -kiss ibu cakap sedap la kek ibu ni hahaha. TQ abang. Selalu appreciate apa ibu buat walaupun krik krik je hahaha.


Kena asah bakat lagi ni. Lepas ni nak masuk kelas brownies pulek. Haha.

Thursday, December 7, 2017

Ikut Nenek Pergi Farm in The City





Minggu lepas abang Faiq ikut cikgu nenek pergi rombongan tadika ke Farm in The City. Akhirnya sampai juga Faiq kat sana. Nak tunggu ibu dengan baba entah bila la kan... HAHA. 

Pagi- pagi lagi baba dah mandikan and siapkan Faiq. TQ baba. HIHI.




 Naik bas uols... kemain excited dia haha. Duduk sebelah nenek. Faiq cakap "ibu, nenek kata nenek pening kepala sebab Faiq tak berhenti bercakap" HAHAHA






 Bagi rabbit makan... tak mau tanggal tu sweater dia... tak panas ko apo? hehe


















 
Meremang tengkuk ibu tengok abang Faiq pegang ular. Euwww!


Malam baru sampai rumah balik. Balik terus peluk adik. Rindu sangat la tu... adik pun macam blur je nak main tak ada kawan hehe. 

TQ nenek belanja coklat lagi. Sedap! =)
Next time, boleh ikut nenek lagi hehe.

Tuesday, November 7, 2017

Tak Boleh Move On HAHA



Sedap betul suara si Aqasha ni kot. Baru tahu haha. Macam lagi sedap pulak dia bawak dari M Nasir. Kofkof.  Tak boleh move on sebab ni lagu fav aku hahaha. Semoga Aqasha lepas ke final Gegar Vaganza. HAHA.

Thursday, October 26, 2017

Dah 2 tahun anak bujang ibu

Hai blog. Lama tak update. Kehkeh. 

Hari ni 26hb. Laaaa rupanya hari ni dah genap 2 tahun hero nombor dua aku tu. Hero bambam. Paling pak lawak setakat ni. HEHE. Perangai dia memang aneh. Sebijik macam baba. HAHA. 


Alololo gomok nya! Geram!

Happy birthday sayang ibu!  Ibu doakan semoga adik sentiasa dalam lindungan Allah. 

Balik kang kita tiup lilin naaa! 😇

Thursday, October 12, 2017

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, akhirnya permohonan untuk memiliki rumah akhirnya lulus. 
Dah sampai final step. 
Rumah yang aku beli ini adalah LEASEHOLD.
Proses sangat lama sebab rumah tersebut dalam sekatan kerajaan negeri (CONSENT)
Bapak laaa lama aku menunggu. 




 Semoga semuanya dipermudahkan. 
Tak sabar dah rasanya nak duduk rumah sendiri... HEHE.


Tuesday, September 12, 2017

Raya Haji 2017

 Raya Haji hari tu cuti panjang jugak kan... ye bersambung-sambung dengan cuti Merdeka lagi. Pening jugak cuti lama-lama ahaha. Jem sebab kepala otak tak jalan. LOL. Selalu weekdays kan hidup aku kelam kabut. AHAKS! Cuti lama dapatlah spend time lama sikit dengan anak-anak. Buat lawan gaduh 😑



 Tahun ni raya haji sebelah keluarga aku sebab mak pak mertua ke Filipina, beraya dengan anak perempuan dorang kat sana. 



 Lets go guys! Lelaki -lelaki kesayangan 💛 Faiq cakap, kesian ibu sorang gegurl. HEHE. Ibu kau Queen. 😏



 Keluarga aku biasa lahhh... setiap kali raya... setiap kali tu la ada lemang. Ahaks! Tapi kali ni lemang tak berapa menjadi, keras sikit di luar lepas tu dalam macam mentah sikit. Ini semua sebab bukan abah yang jaga api lemang. Kalau abah yang jaga api lemang... memang perfect lemang weols 😇


 Uwan pun datang tolong haaa



 Orang sibuk kat luar bakar lemang, mengacau dodol/ penganan. Aku kat dalam masak laaa untuk lunch. Masak dengan adik ipar, sambil bergaduh dengan anak masing- masing. Haha seronok pulak. 


 Konon nak buat tomyam poktek, tapi tak berapa poktek sangat laaaa sebab mana ada seafood! haha belasah je apa ada dalam peti ais hehehehe. Tapi not bad jugak rasa dia hehehehe.



 Mengacau dodol pulak wehhh....





 Setelah beberapa jam.... siap pun! Yang ini rasa dia sedap betul hehe. Sedap dari yang pernah buat sebelum ini 👏





 Orang sibuk kat luar... dak Faiq dengan Muizz p berendam dalam kolam, penuh mainan dorang je... HAHAHA. Berenang-renang je dinasour dalam tu...  hehe




Baby- baby ibu main la berdua ye... macam itik cakap dengan ayam. hehe.
 






 Penat main kejar-kejar... dorang pergi melukis pulak dalam bilik 😆😇




 Alolo budak manja ni 😘



Aku balik sendayan awal sehari sebab nak elak jam. Ko tau jela jalan Kuala Pilah Seremban tu macam mana 😏
 Sempat masak Rendang Ayam. Aku try guna pes rendang brand apa entah. Ya ampun bapak la sedap! Haha. Sori terpuji diri sendiri. Kahkah. Aku tak boleh move on rasa dia yang pergh meletop. KAHKAH.



Daging korban banyak lagi tu... boleh try buat ke daging pulak. Hahahaha.

Sekian.

Tuesday, September 5, 2017

Susu Kambing yang Sedap! Tak Ada Bau Kambing Langsung!

Dulu-dulu masa  mengandungkan Faiq... aku tercari-cari kot susu kambing. Lepas satu-satu brand aku cuba, beli peket kecil jela. Tapi bau nya tu... tak hilang. Lama2 aku fed up, terus minum susu Anmum je haha. 

Yelah orang kata susu kambing ni adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Tapi make sure jangan minum yang fresh ye... cari yang dah diproses. Kalau beli yang fresh, ada 1 bakteria yang susah nak mati, patient kena on antibiotic.  Aku cerita berdasarkan pengalaman adik ipar yang bertugas kat bahagian lab hospital selayang. Dah 2 kes pasal susu kambing fresh.  Ermm... dorang yang bertugas untuk cek kuman tu pun terpaksa on ubat TB untuk prevent dari terjangkit kuman dalam susu kambing. So bila staff on ubat TB, dorang dapat effect jugak macam simptom orang mengandung... dah kesian kat staff pulak hihi. Nanti aku update pasal kuman tu. Mak lupa banyak urat putus khen... LOL😜

Update : Kuman Brucella.


 So hari tu, aku saja2 la nak try susu kambing coklat ni pulak. Saja nak bagi ke Faiq. Dia kuat makan tapi badan keding sangat. Nak kata cacing.... setahun sekali makan ubat cacing. Genetik keding barangkali 😕😅 

Setakat ni, Milo aku dah gantikan Tamar Koko. Dengan aku pun sekali minum Tamar Koko sebab sedap! Lagi sedap dari Milo! Tekak aku laa HEHEHE.


 Soooo, mari kita cuba susu kambing perisa coklat ni. 😋😋


 Konon cantik la tu photoshoot camtu? BAHAHA.




 Terus bancuh segelas. MasyaAllah sedap sangat! Tak ada bau kambing langsung! Selalu kan susu kambing memang ada bau hamis tu, susah nak describe bau hamis tu cane... hehehe tapi tak best la nak minum kalau ada bau hamis 😝 Sedap betul susu Etsumell ni rupanya... rasa susu tepung yang dirindukan. AMBOI! HAHA. Tapi memang sedap. Rugi tak cuba tau.



 MACAM MANA NAK BANCUH?
"Oh senang sangat. Ambil 3 scoops terus bancuh dengan air panas secawan. Agak2 je... aku suka pekat2 sikit. Baru feel macam minum Hot Choc SF. HAHA. "








Nampak scoop comel tu? Haaa, memang disertakan dalam kotak tu ya... 👆👍




Apa kandungan susu Etsumell ni ya sampaikan dia begitu sedap?
  • Susu Kambing
  • DHA 
  • Oat
  • Krimer tanpa Tenusu
  • Serbuk koko
  • Delima
  • Madu
  • Kurma 
  • Gam Arab
  • Habbatus Sauda
  • Kismis
  • Ekstrak Biji Aprikot 
  • Gula Perang

Oat tu penting tau. Patut aku hari tu minum pagi sampai ke tengahari kenyang. Bahaha. Rasa pelik pulak apesal la tak lapar2 perut ni. KAHKAH. Tapi tak ada pulak rasa2 oat dalam susu ni. Kalau tak memang tersekat la kat tekak ni. LOL.








Siapa je yang boleh minum?
Semua boleh minum! Kanak2, wanita hamil atau berpantang, menyusukan anak, remaja, dewasa, warga emas. Pendek kata, sesuai untuk semua golongan 👍😃







 Dan lagi satu, simpan 10 keratan untuk dapat FREE 1 KOTAK. WOW sangat!!





 Jom cuba? Untuk pembelian:
FB: Etsumell Goat Milk HQ
IG: @etsumell_hq
HP : 6011-23451742

Monday, August 28, 2017

Kalam dan Bacalah Anakku

Minggu lepas Faiq cakap dengan aku

Faiq: Ibu, kawan-kawan Faiq dah dapat buku Kalam 3 yang baru dah. Faiq tak dapat lagi pun. Faiq kena pergi kelas cikgu lain. 

Terdiam kejap aku. Aku check balik buku Kalam dia, memang setiap page cikgu akan letak date, kalau date tu ada banyak je memang anak belum berapa mahir la gayanya,..


Kalam 1 - kenal abjad



Dah hancur bukunya 😔







OMG! Aku rasa macam terlepas pandang nak ajar Faiq baca buku bila kat rumah. Maksud aku, aku tak duduk ajar dia dengan betul. Aku just buat ulangkaji gitu-gitu je. Asal boleh. 

Terus aku p beli buku Bacalah Anakku. RM35 kat kedai buku kat ofis. Sampai rumah aku terus tunjuk kat Faiq. Faiq blur dan aku pun blur sekali. HAHAHA. 

Contoh blur tu bila :

n________a

kalau ikut fonetik kena sebut NEH untuk abjad (n)

Faiq eja macam biasa cikgu ajar. 
na, ne, ni, no, nu

 ibu yang cuak lelebih kot. Nak sangat anak pandai baca cepat. 😝

Aku rasa Faiq tak boleh follow buku Bacalah Anakku. Kena buat ulangkaji jela dari buku Kalam itu. 
 

Wednesday, August 23, 2017

Perabot in the making

Sebagai isteri, kena la support minat suami. Disebabkan ada modal sikit... untung buat upah design rumah, kami laburkan buat beli mesin. Aku tak tahu nama mesin ni apa, tapi bapak mahal. HEHE. Yang penting bukan duit loan. 


Kilang pun tak ada weh, menumpang surau lama yang dah tak guna... pelan-pelan lah kan. Sampai bila nak makan gaji. Makan gaji tu penting untuk back up. Kami laki bini masih bekerja tetap tapi adalah tidak cukup untuk menampung keperluan dan kehendak kami. Eh? KEHENDAK pun? HEHEHEHE. Eh mestilah, hidup mesti ada angan-angan dan impian. Kita kena USAHA. Jangan putus asa walaupun entah berapa ratus kali terjatuh tergolek-golek.😞😢



 





Mohon doa dari semua. Amin.... cita-cita aku besar. Semoga tahun 2021 nanti tercapai. Amin. 💪

Pursuit of Happiness

Malam tadi aku terlayan cerita Pursuit of Happiness. Laki aku kata dia dah tengok banyak kali. Inspiring story katanya. Based on true story. Aku pun layan lah. 

Sedihnya oi. Lagi la bab anak, duit, etc. 

 Ceritanya bermula bila Chris Gardner ni melabur semua duit simpanan dia untuk beli mesin mudah alih scanner tulang. Kena jual kat doktor-doktor la kiranya. Banyak gila dia beli OK. Aku rasa macam mesin air Hai-O kot yang pernah hot dulu huhuhu. 

So berbalik pada cerita ni, Chris kena jual mesin ni untuk cover balik segala belanja dorang 1 family. Tapi bila tak terjual tu yang tak boleh nak cover financial demands dorang.... duit sewa rumah tak bayar dekat 3 bulan... duit day care anak bayar lambat... bini sorang yang kerja sampai ber shift-shift... lama- lama bini nya fed up... cari kerja kat New York... anak tinggal dengan Chris




Kagum la dengan dia dalam cerita ni, walau macam mana susah pun, anak dia tak tinggal langsung, ke sana sini usung anak, jual mesin scanner tulang tuh. Menitik air mata den tengok anak beranak tido sama-sama berpeluk sambil ternganga dek penat sangat. Sob sob. 


 

Tapi, walau macam mana susah pun, Chris ni angan-angan tinggi. Dia nak kerja sebagai broker saham kat satu company yang besar. Entah macam mana satu hari tu, masa dia nak jual mesin scanner tulang tu, dia terserempak dengan manager kat company yang dia teringin nak kerja situ. Dia cuba untuk impress manager tersebut. Dia cuba selesaikan Rubik Cube. Rubik Cube masa zaman tu tengah hot... dalam tv bagitahu pakar matematik dapat selesaikan dalam masa 30 minit untuk dapat semua color. Tapi Chris dapat selesaikan in less than that! Manager tu impress! 😆



Kagum manager ni tengok rubik cube yang dah lengkap hehe




 

 ðŸ˜¢


 Tak mampu nak bayar sewa rumah, kena halau kat tuan rumah, tuan rumah bagi masa seminggu tapi Chris kena cat satu rumah. Huhu. Masa tengah mengecat tulah polis datang ... keluar waran tangkap sebab ada saman parking tickets ke apa entah. Kena bermalam dekat lokap. 930am esoknya baru release. Dah la esoknya pukul 10am ada interview kat syarikat yang dia teringin nak kerja tuh.


 Sudahnya dia pergi jugak dengan comot-comot kena cat, dari lokap, interviewer terkejut tengok penampilan tapi yang bestnya dia diterima sebagai intern kat company tuh. Tapi UNPAID! Selama berapa bulan entah. Yela nak belajar main saham mahal kot bayar, aku pernah tanya laki cik epal dulu RM600. Huhuhu.

 



Isteri dia tak setuju. Intern tapi tak bergaji. Dorang bergaduh besar. Isteri bawa diri ke New York, katanya ada kerja kat sana yang menanti. Anak tinggal dengan Chris. 


 





Bapak sedih time ni. Dorang kena keluar dari apartment, tidur kat motel, lepas tu kena halau pulak dari motel, tak tahu nak tidur mana, dorang melilau kat train station, tidur dalam toilet. Orang ketuk dari luar, mengalir air mata Chris, dengan aku sekali berair mata. Sob sob. 



 Struggle dia nak menjual mesin scanner tulang, dengan berkejar-kejar nak balik ke Gereja untuk dapat tempat tidur free dan makan free untuk homeless tapi kena sebelum pukul 5pm. 



 Momen di mana dia berjaya menempatkan diri sebagai broker saham yang dibayar gaji. Masa ni pun berair mata aku hahaha. Dasar hati tisu hehe.

Dan sekarang Chris dah ada multi-million dollar brokerage firm! Dah ada banyak aset! Berkat kegigihan dan percaya pada impian, usaha yang tak pernah padam walaupun jatuh berkali-kali!

Inspiring sangat-sangat cerita nih. Sob sob.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...