BLOGGERIANS

Tuesday, July 4, 2017

Meminta sangat ni?

 Hari ni dah 2 benda yang buat aku jadi kecewa dengan pengasuh anak aku. First dahi Aqeef lebam. 1st day bengkak biasa je. Pengasuh tak mintak maaf. Dan aku buat biasa je sebab aku tengok lebam macam biasa dia jatuh kat rumah. 2nd day naik lebam biru ya amat! Hati aku dah cuak. Pengasuh pun cuak masa ni. Masa ni bulan puasa... aku risau kena ke hospital je... so hari ketiga baru aku bawak ke klinik. Doc kata sebab dah hari ketiga... and Aqeef pun tak muntah or pengsan lepas jatuh... so doc bagi ubat tahan sakit and ubat sapu je.... doc suruh tuam dengan ais dulu untuk surutkan bengkak ... lepas tu baru tuam dengan air suam... bengkak tu nanti akan turun ke mata... darah beku turun ke mata macam orang kena tumbuk.. Seminggu pertama memang kesian betul tengok muka Aqeef...


 1st time aku kecewa dengan pengasuh. Sebab aku rasa dia lalai. Memang Aqeef lasak. Lagi lasak dari abangnya.... aku syak Aqeef jatuh dari tempat tinggi. Sebab teruk sangat lebamnya... tapi since doc cakap ok.. and aku biarkan jela lebam tu surut sendiri....


2nd day



5th day kalau tak silap.. nampak lebam kat mata sebab darah dah turun ke mata...  in real sebenanrnya lagi kesian tengok muka Aqeef

 Tak pela aku maafkan je pengasuh sebab aku sendiri rasa anak aku memang lasak... hmm



Tapi hari ni... baru je jadi.. tengah hari tadi... Faiq tak sampai lagi rumah pengasuh lepas balik dari tadika. Sepatutnya dah sampai rumah pengasuh pukul 1220pm. Tapi 1238pm pengasuh whatsapp kata Faiq tak sampai lagi. Mintak call cikgu cepat. Aku tanya cikgu... Faiq dah keluar naik van macam biasa. Cikgu call van. Van dah hantar macam biasa kat tempat biasa. Tempat biasa tu adalah bus stop kat tengah-tengah area rumah pengasuh. Selalu van akan transit budak kat situ... pengasuh yang kena ambik budak kat situ.

 Tapi pengasuh kata Faiq tak turun Van.
Van pulak kata dah hantar kat bus stop macam biasa

Dalam masa yang sama, kat group whatsapp taman ada orang upload gambar Faiq macam kat bawah ni. Katanya dijumpai kat lorong area rumah aku tu... mintak tolong amik anak. Ya Allah nak gugur jantung aku! 

Hati aku sangat kuat kata pengasuh yang terlepas pandang Faiq turun van... dan Faiq pun memandai-mandai terus jalan balik rumah kami. Sebab rumah kami dekat je... budak cepat kot hafal...








Hati aku kecewa sangat dengan pengasuh. Allah jela yang tahu siapa yang betul. Naluri ibu ni cakap pengasuh tipu. Dan dia sebenarnya terlepas pandang. Tak kan rajin sangat van tu melayan kerenah anak aku tinggalkan Faiq depan rumah kami? Van bukan tahu rumah kami kat mana? Van ada kad insurans yang boleh disaman kalau jadi apa-apa pada anak. 


Aku kecewa. Patut ke bagi peluang kali ketiga? Rasa nak cari pengasuh baru. Mungkin dia dah tak sesuai jaga anak aku. 

Update:- petang semalam lepas balik kerja.. aku terus ke rumah akak yang nampak Faiq menangis-nangis berjalan sorang-sorang tengah panas... akak tu cakap memang Faiq sorang sambil menangis... dia ajak masuk rumah and update dalam group whatsapp... Pengasuh ambil Faiq di rumah akak tu... memang van turunkan di tempat biasa... dan Faiq terus balik rumah jalan kaki... ya Allah... mujur Faiq jumpa orang yang baik-baik...Allah lindung anak aku... kalau tak.. aku tak tahu nak jadi apa? Saman atas kecuaian? Pengasuh sikit pun tak minta maaf. Aku sebagai ibu kecewa. Itu je.

4 comments:

Farhana IezAna said...

Ya Allah sian ny kat awk. mak sy pengasuh jugak, dh bertahun2 ngasuh ramai budak sekali 7-9 orang kadang2.
memang susah nak cari pengasuh yang bertanggung jawab sekarang ni. kalau pengasuh gini better awk tukar je pengasuh lain. sebab dia pun macam xnak mengaku kesalahan dia.

Liyana said...

Xtahu la awk... sejak 2 menjak ni nampak pengasuh mcm smthg wrong je... mcm ada masalah.. sblm ni x macam tu. sbb dia dh 5 tahun jaga anak2 sy...hmm

.:Yana:. said...

Allah..dugaan sungguh la..
semoga anak2 kite dalam tangan org yg bertanggungjawab..
Aminn..

.hasina. said...

Dah lama sgt tak jenguk blog akak & blog sendiri.. sekali baca aduhh duhh jantung sy pun nk berhenti.

First aqeef.. Ya Allah knp jd lebam biru mcm tu. Kesian sgt sy tgk. Kak kena pantau keadaan dia tu ye. Sedoh nengok muka cmtu.

Yg abg tu lg la bederau drh. Budak sebesar tu belum taw apa lg pengasuh boleh plak tecicir dia. Bahaya sgt kak.. ni yg paling tak nak kan.

Semoga Allah lindungi ank2 kita. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...