BLOGGERIANS

Wednesday, July 26, 2017

Tukar pengasuh

Lanjutan dari kejadian Faiq hilang lepas turun van, dekat 2 minggu hati aku tak tenang, berfikir- fikir je.. patut ke aku bagi peluang ketiga kat pengasuh? READ : peluang ketiga ok.  Anak aku hilang kot? Bengkak2 tu aku boleh la tutup sebelah mata lagi... ni dah hilang pulak, memang tak boleh nak duduk diam dah aku.

Slow-slow aku mencari pengasuh sekitar taman. Aku cari taska... 

So sekarang budak2 dalam jagaan pengasuh baru iaitu sepupu aku sendiri. Tidak lah aku rapat dengan beliau. Tapi boleh lah asalkan anak aku terjaga dan selamat. 

Aku kalau boleh memang nak elakkan anak2 dijaga oleh kaum keluarga. Bukan apa, cepat busuk😌 Pernah ada pengalaman kannn.. huhu😒 tapiii  terpaksa 😫😩 Yang penting aku yakin anak aku terjaga. Aqeef pun elok je tinggal masa 1st day dengan pengasuh baru. Tak nangis pun. Elok je dia babai. Sampai sekarang pun masih ok. Sampai rumah mama (pengasuh baru) terus masuk rumah je. Tak babai ibu pun 😇 Rumah pengasuh baru pun nampak lebih bersih... 

Kejam ke aku bagi short notice kat pengasuh lama? Kadang rasa kesian dengan pengasuh lama. Tapi tu la, dia tak minta maaf pun lepas dari kejadian Faiq hilang tu. Lepas aku slow talk dengan dia yang aku kecewa dengan dia, baru dia minta maaf tu pun  ego sangat tak mengaku salah dia. Tak pela jadikan pengajaran. Jangan ambil mudah semua benda. Jangan jaga anak orang sambil lewa. 

Pengajaran kat aku jugak, buat baik dengan orang berpada- pada. 🙂☝️

Dan aku harap, pengasuh baru bersikap profesional, tak campur aduk urusan keluarga dengan kerja😊

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...