BLOGGERIANS

Monday, August 28, 2017

Kalam dan Bacalah Anakku

Minggu lepas Faiq cakap dengan aku

Faiq: Ibu, kawan-kawan Faiq dah dapat buku Kalam 3 yang baru dah. Faiq tak dapat lagi pun. Faiq kena pergi kelas cikgu lain. 

Terdiam kejap aku. Aku check balik buku Kalam dia, memang setiap page cikgu akan letak date, kalau date tu ada banyak je memang anak belum berapa mahir la gayanya,..


Kalam 1 - kenal abjad



Dah hancur bukunya 😔







OMG! Aku rasa macam terlepas pandang nak ajar Faiq baca buku bila kat rumah. Maksud aku, aku tak duduk ajar dia dengan betul. Aku just buat ulangkaji gitu-gitu je. Asal boleh. 

Terus aku p beli buku Bacalah Anakku. RM35 kat kedai buku kat ofis. Sampai rumah aku terus tunjuk kat Faiq. Faiq blur dan aku pun blur sekali. HAHAHA. 

Contoh blur tu bila :

n________a

kalau ikut fonetik kena sebut NEH untuk abjad (n)

Faiq eja macam biasa cikgu ajar. 
na, ne, ni, no, nu

 ibu yang cuak lelebih kot. Nak sangat anak pandai baca cepat. 😝

Aku rasa Faiq tak boleh follow buku Bacalah Anakku. Kena buat ulangkaji jela dari buku Kalam itu. 
 

Wednesday, August 23, 2017

Perabot in the making

Sebagai isteri, kena la support minat suami. Disebabkan ada modal sikit... untung buat upah design rumah, kami laburkan buat beli mesin. Aku tak tahu nama mesin ni apa, tapi bapak mahal. HEHE. Yang penting bukan duit loan. 


Kilang pun tak ada weh, menumpang surau lama yang dah tak guna... pelan-pelan lah kan. Sampai bila nak makan gaji. Makan gaji tu penting untuk back up. Kami laki bini masih bekerja tetap tapi adalah tidak cukup untuk menampung keperluan dan kehendak kami. Eh? KEHENDAK pun? HEHEHEHE. Eh mestilah, hidup mesti ada angan-angan dan impian. Kita kena USAHA. Jangan putus asa walaupun entah berapa ratus kali terjatuh tergolek-golek.😞😢



 





Mohon doa dari semua. Amin.... cita-cita aku besar. Semoga tahun 2021 nanti tercapai. Amin. 💪

Pursuit of Happiness

Malam tadi aku terlayan cerita Pursuit of Happiness. Laki aku kata dia dah tengok banyak kali. Inspiring story katanya. Based on true story. Aku pun layan lah. 

Sedihnya oi. Lagi la bab anak, duit, etc. 

 Ceritanya bermula bila Chris Gardner ni melabur semua duit simpanan dia untuk beli mesin mudah alih scanner tulang. Kena jual kat doktor-doktor la kiranya. Banyak gila dia beli OK. Aku rasa macam mesin air Hai-O kot yang pernah hot dulu huhuhu. 

So berbalik pada cerita ni, Chris kena jual mesin ni untuk cover balik segala belanja dorang 1 family. Tapi bila tak terjual tu yang tak boleh nak cover financial demands dorang.... duit sewa rumah tak bayar dekat 3 bulan... duit day care anak bayar lambat... bini sorang yang kerja sampai ber shift-shift... lama- lama bini nya fed up... cari kerja kat New York... anak tinggal dengan Chris




Kagum la dengan dia dalam cerita ni, walau macam mana susah pun, anak dia tak tinggal langsung, ke sana sini usung anak, jual mesin scanner tulang tuh. Menitik air mata den tengok anak beranak tido sama-sama berpeluk sambil ternganga dek penat sangat. Sob sob. 


 

Tapi, walau macam mana susah pun, Chris ni angan-angan tinggi. Dia nak kerja sebagai broker saham kat satu company yang besar. Entah macam mana satu hari tu, masa dia nak jual mesin scanner tulang tu, dia terserempak dengan manager kat company yang dia teringin nak kerja situ. Dia cuba untuk impress manager tersebut. Dia cuba selesaikan Rubik Cube. Rubik Cube masa zaman tu tengah hot... dalam tv bagitahu pakar matematik dapat selesaikan dalam masa 30 minit untuk dapat semua color. Tapi Chris dapat selesaikan in less than that! Manager tu impress! 😆



Kagum manager ni tengok rubik cube yang dah lengkap hehe




 

 😢


 Tak mampu nak bayar sewa rumah, kena halau kat tuan rumah, tuan rumah bagi masa seminggu tapi Chris kena cat satu rumah. Huhu. Masa tengah mengecat tulah polis datang ... keluar waran tangkap sebab ada saman parking tickets ke apa entah. Kena bermalam dekat lokap. 930am esoknya baru release. Dah la esoknya pukul 10am ada interview kat syarikat yang dia teringin nak kerja tuh.


 Sudahnya dia pergi jugak dengan comot-comot kena cat, dari lokap, interviewer terkejut tengok penampilan tapi yang bestnya dia diterima sebagai intern kat company tuh. Tapi UNPAID! Selama berapa bulan entah. Yela nak belajar main saham mahal kot bayar, aku pernah tanya laki cik epal dulu RM600. Huhuhu.

 



Isteri dia tak setuju. Intern tapi tak bergaji. Dorang bergaduh besar. Isteri bawa diri ke New York, katanya ada kerja kat sana yang menanti. Anak tinggal dengan Chris. 


 





Bapak sedih time ni. Dorang kena keluar dari apartment, tidur kat motel, lepas tu kena halau pulak dari motel, tak tahu nak tidur mana, dorang melilau kat train station, tidur dalam toilet. Orang ketuk dari luar, mengalir air mata Chris, dengan aku sekali berair mata. Sob sob. 



 Struggle dia nak menjual mesin scanner tulang, dengan berkejar-kejar nak balik ke Gereja untuk dapat tempat tidur free dan makan free untuk homeless tapi kena sebelum pukul 5pm. 



 Momen di mana dia berjaya menempatkan diri sebagai broker saham yang dibayar gaji. Masa ni pun berair mata aku hahaha. Dasar hati tisu hehe.

Dan sekarang Chris dah ada multi-million dollar brokerage firm! Dah ada banyak aset! Berkat kegigihan dan percaya pada impian, usaha yang tak pernah padam walaupun jatuh berkali-kali!

Inspiring sangat-sangat cerita nih. Sob sob.



Thursday, August 10, 2017

cara transfer video dari pc ke iphone paling mudah

Tiba-tiba nak buat tutorial pulak kan... hahaha
Kisahnya, aku dah berminggu-minggu dok google and try cara nak pindahkan video dari PC ke iPhone. 
Selagi tak bejaya, selagi tu la dok mencuba... hehe

Akhirnya, tadi aku jumpa pun cara transfer video ke iPhone paling senang!!
Excited OK! 
Ampun kalau over. 
So nak share la tutorial kat sini
Untuk rujukan diri sendiri jugak la... maklumla dah ketuaan ni... pelupa ya amat!

Aku try guna yang sync masuk kat video terus. Tapi tak boleh read kat iPhone... huwaaa tak tahu la kenapa 😭😭


So, aku jumpa cara senang.

Langkah pertama, sila install apps VLC di iPhone
 
 

Langkah kedua,  bukak itunes kat PC - ada simbol gambar handphone kecik je kat bahagian atas - APPS -  scroll ke bawah - FILE SHARING - VLC - ADD FILE - amik video yang korang nak - done



Tunggu dia COPY kejap




Tadaaaa! Dah boleh buka video tadi kat iPhone korang.



Sekian, bai.

Saturday, August 5, 2017

Balik kampung

Entri lama. Saja jela nak letak sini untuk tatapan hari tua. Gituuu 😜




Paling suka tengok anak tido gini, rasa nak kunyah-kunyah. Tapi bila bangun, pening pulak hiruk pikuk hahaha



Abang pun tido. Ni sebenarnya kitorang on the way nak ke kenduri kahwin sepupu sebelah husband. Lama sangat perjalanan. Tu yang terlentok terus dua-dua. Celik je mata masing-masing mengamuk sebab tak sampai- sampai. HAHAHA





Makan lolipop dari goodies budak-budak. Nasib baik la aku memang stand by wet tissue banyak-banyak dalam hand bag 😌




Begitu la selebetnya muka sebab tak mampu dah nak tahan sakit kepala hehe. Berdenyut- denyut kepala den sebab panas sangat! Tapi kenduri kat sini memang meriah. Best! Dengan karaoke, caklempong, bersilat kanak-kanak, cabutan bertuah, dj pun best. Sporting sangat family pengantin ni 👏👍





Depan aku dengan anak- anak duduk tu..  ada la 2 orang polis makan sekali... mungkin sedang bertugas... so dorang datang makan dengan pakaian seragam dorang... yang aku tak tahan mulut si Faiq haha... boleh pulak dia tanya, ibu kenapa ada polis pulak datang kenduri ni... polis mana boleh datang sini... aduh tebal muka aku, dengan harapan polis buat-buat tak dengar jela ye. HEHEHE.


Lepas kenduri terus la balik kampung aku. Dekat je pun.


Adik muizz dah besar! Nampak gegurl dah haa :)



Alolo... itu baju ayong bagi kan? Hehehe

Anak2 buah panggil aku AYONG instead of MAKLONG. Ayong pun ayong la... haha




Hai anak manja ibu. Banyak akal budak ni




Si gomok ni pun sama. Budak2 balik, hilang la kucing ni, takut kena kejar lettew. Hahaha.




Nak main kat luar, uwan pakaikan selipar :)




 Empangan tutup. Eh ke bukak? Confuse dah. Adik aku menjala. Fuh rezeki dapat ikan banyak giler. Sampai berjual kat orang. Ikan sungai besar2. Nyam nyam sodap buat gulai campur daun kunyit.




Video haruk boboi boy kuasa tiga. Layankan je :D


Sekian 😎



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...