BLOGGERIANS

Thursday, August 10, 2017

cara transfer video dari pc ke iphone paling mudah

Tiba-tiba nak buat tutorial pulak kan... hahaha
Kisahnya, aku dah berminggu-minggu dok google and try cara nak pindahkan video dari PC ke iPhone. 
Selagi tak bejaya, selagi tu la dok mencuba... hehe

Akhirnya, tadi aku jumpa pun cara transfer video ke iPhone paling senang!!
Excited OK! 
Ampun kalau over. 
So nak share la tutorial kat sini
Untuk rujukan diri sendiri jugak la... maklumla dah ketuaan ni... pelupa ya amat!

Aku try guna yang sync masuk kat video terus. Tapi tak boleh read kat iPhone... huwaaa tak tahu la kenapa 😭😭


So, aku jumpa cara senang.

Langkah pertama, sila install apps VLC di iPhone
 
 

Langkah kedua,  bukak itunes kat PC - ada simbol gambar handphone kecik je kat bahagian atas - APPS -  scroll ke bawah - FILE SHARING - VLC - ADD FILE - amik video yang korang nak - done



Tunggu dia COPY kejap




Tadaaaa! Dah boleh buka video tadi kat iPhone korang.



Sekian, bai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...