BLOGGERIANS

Wednesday, August 23, 2017

Pursuit of Happiness

Malam tadi aku terlayan cerita Pursuit of Happiness. Laki aku kata dia dah tengok banyak kali. Inspiring story katanya. Based on true story. Aku pun layan lah. 

Sedihnya oi. Lagi la bab anak, duit, etc. 

 Ceritanya bermula bila Chris Gardner ni melabur semua duit simpanan dia untuk beli mesin mudah alih scanner tulang. Kena jual kat doktor-doktor la kiranya. Banyak gila dia beli OK. Aku rasa macam mesin air Hai-O kot yang pernah hot dulu huhuhu. 

So berbalik pada cerita ni, Chris kena jual mesin ni untuk cover balik segala belanja dorang 1 family. Tapi bila tak terjual tu yang tak boleh nak cover financial demands dorang.... duit sewa rumah tak bayar dekat 3 bulan... duit day care anak bayar lambat... bini sorang yang kerja sampai ber shift-shift... lama- lama bini nya fed up... cari kerja kat New York... anak tinggal dengan Chris




Kagum la dengan dia dalam cerita ni, walau macam mana susah pun, anak dia tak tinggal langsung, ke sana sini usung anak, jual mesin scanner tulang tuh. Menitik air mata den tengok anak beranak tido sama-sama berpeluk sambil ternganga dek penat sangat. Sob sob. 


 

Tapi, walau macam mana susah pun, Chris ni angan-angan tinggi. Dia nak kerja sebagai broker saham kat satu company yang besar. Entah macam mana satu hari tu, masa dia nak jual mesin scanner tulang tu, dia terserempak dengan manager kat company yang dia teringin nak kerja situ. Dia cuba untuk impress manager tersebut. Dia cuba selesaikan Rubik Cube. Rubik Cube masa zaman tu tengah hot... dalam tv bagitahu pakar matematik dapat selesaikan dalam masa 30 minit untuk dapat semua color. Tapi Chris dapat selesaikan in less than that! Manager tu impress! 😆



Kagum manager ni tengok rubik cube yang dah lengkap hehe




 

 😢


 Tak mampu nak bayar sewa rumah, kena halau kat tuan rumah, tuan rumah bagi masa seminggu tapi Chris kena cat satu rumah. Huhu. Masa tengah mengecat tulah polis datang ... keluar waran tangkap sebab ada saman parking tickets ke apa entah. Kena bermalam dekat lokap. 930am esoknya baru release. Dah la esoknya pukul 10am ada interview kat syarikat yang dia teringin nak kerja tuh.


 Sudahnya dia pergi jugak dengan comot-comot kena cat, dari lokap, interviewer terkejut tengok penampilan tapi yang bestnya dia diterima sebagai intern kat company tuh. Tapi UNPAID! Selama berapa bulan entah. Yela nak belajar main saham mahal kot bayar, aku pernah tanya laki cik epal dulu RM600. Huhuhu.

 



Isteri dia tak setuju. Intern tapi tak bergaji. Dorang bergaduh besar. Isteri bawa diri ke New York, katanya ada kerja kat sana yang menanti. Anak tinggal dengan Chris. 


 





Bapak sedih time ni. Dorang kena keluar dari apartment, tidur kat motel, lepas tu kena halau pulak dari motel, tak tahu nak tidur mana, dorang melilau kat train station, tidur dalam toilet. Orang ketuk dari luar, mengalir air mata Chris, dengan aku sekali berair mata. Sob sob. 



 Struggle dia nak menjual mesin scanner tulang, dengan berkejar-kejar nak balik ke Gereja untuk dapat tempat tidur free dan makan free untuk homeless tapi kena sebelum pukul 5pm. 



 Momen di mana dia berjaya menempatkan diri sebagai broker saham yang dibayar gaji. Masa ni pun berair mata aku hahaha. Dasar hati tisu hehe.

Dan sekarang Chris dah ada multi-million dollar brokerage firm! Dah ada banyak aset! Berkat kegigihan dan percaya pada impian, usaha yang tak pernah padam walaupun jatuh berkali-kali!

Inspiring sangat-sangat cerita nih. Sob sob.



1 comment:

  1. yes, saya pernah tengok cerita ni, dan malam tadi pun still tengok jugak. cerita ni bagus, very motivated.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...