BLOGGERIANS

Wednesday, February 28, 2018

Tengok Dinasour

Hello? Eh, lamanya tak buka blog sendiri. Rindu oiii. Rindu nak membebel dalam ni. Hehe. 

Buka blog pun sebab nak update yang kitorang pergi tengok Dinasour kat Hillpark Seremban. Dulu pernah nak pergi, sekali sesat LOL. Berabad dok Seremban pun sesat ๐Ÿ˜‘

Ok kali ni tak sesat sebab kita guna waze. Kehkeh. Unexpected plan sebab pagi tu tetiba je apak eh cakap jom la kita breakfast kat luar, pastu jalan jela mana-mana. Kejap nak p Melaka, kejap nak p Farm In The City. Both tak jadi hahaha. Dah la bateri fon tak bercaj. Kitorang pulak memang jarang sangat makan luar. Aku prefer masak kat rumah sebab anak-anak buas dan tak makan banyak pun bila kat kedai. Membazir. Baiklah ibu masak walaupun penyakit M tu tebal lagi. ๐Ÿ˜ kofkof

Ahad pagi tu breakfast kat luar. Then pusing-pusing cuci kereta, p ambil stroller kat Senawang, masuk Jusco Seremban 2. Bawak budak-budak main kat Kidzoona. Pastu balik. Lama betul tunggu anak-anak main dalam tu sampai aku terlelap haha. 

Petang baru kitorang gerak ke Hillpark Seremban. Tu pun puas pujuk apak eh. Ikut hati tak mau dia bawak hahaha. 

Oh tips nak datang sini kena bawak air kosong banyak ye. Tak ada jual apa-apa kat atas bukit tu hahaha. Bukit tinggi maka pakai lah kasut yang sesuai. Kalau boleh bawak ler stroller
 
si manja ibu yang gedik dan gomok ๐Ÿ˜›  entah mana pergi kasut dia. ko pakai la kasut sekolah abang tu dik hahaha.



 
sila bawa stroller sebab anak-anak confirm penat. haha





 Sebenarnya jip ni ibu dengan baba pun naik sekali sebelum kena prit prit kat guard hahaha. Yela tengok bapak bapak lain naik relax je kahkah





Pening hoi naik cawan pusing ni hahah. apak eh pun kena prit prit jugak kat guard hahha.




Tempat dinasour kat bahagian belakang sikit.

 Yang paling excited sekali of course la Aqeef hahaha. Dipegangnya handphone ibu sebab nak ambil gambar dinasour heheheh.




Memang selfie jela kerja budak ni ๐Ÿ˜Ž





Antara gambar dinasour yang Aqeef captured. Ada 7 ekor dinasour. Ok la kannn. Anak dinasour dalam telur pun ado. tak ambil gambar pulak. Eh dinasour bertelur ke beranak? Hmmm.



Dalam pukul 7pm kitorang balik. Ada je yang baru nak naik hehe. Oi maghrib lahh  kihkih



Sunset. Banyak taman perumahan baru nak naik.



Rumah orang kaya kat atas ni huhu.


Aku tak kisah nak datang sini tiap minggu pun hahaha sebab banyak keluar peluh mendaki bukit haha. Orang pun tak ramai sangat. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...