BLOGGERIANS

Tuesday, July 3, 2018

18 minggu

Lama tak update sini. Sorry baby ibu  no 3. Hihi. Ada rezeki mengandung lagi weh. So minggu ni adalah 18 minggu. Semalam rutin check up. Check up 2 minggu sekali sebab berat aku turun mendadak dari awal pregnant 58kg terus turun 54.5kg. Check up kali ketiga 54kg. Semalam check up kali keempat alhamdulillah naik 55kg tapi masalah pulak kat HB. Low sangat sampai 8.9. Mendapat la aku kena makan iberet pulak. HB turun sangat tu mungkin sebab aku tak selera makan. Dah la tak selera makan, ubat tak reti pulak nak makan kan. Haha. 


So lepas check up terus la ke farmasi untuk beli iberet. RM25 sekotak. Beli kat farmasi sebab kat klinik panel tu iberet dah habis pulak. A haa, aku buat scan jugak semalam. Saja lah nak tinjau baby kot kot dah boleh nampak gender apa. Hihi. Saja bagi pundi kencing penuh sebab orang kata kalau nak scan baby, pergi time pundi kencing penuh. Senang nampak huhu. So hasil tinjauan semalam, doc kata 90% adalah gegurl. Wah ada jugak geng ibu. Alhamdulillah syukurr ๐Ÿ˜Š ada jugak princess sorang hihi. Bakal jadi kesayangan baba la nampaknya. Sebab 2 ketul boboy boy tu asyik melekap kat ibu๐Ÿคจ  

So lagi 10% doc kata boleh confirmkan in 2 weeks. Balik jemput anak2, terus inform Faiq, dalam perut ibu adik girl. Senyum lebar Faiq. Memang dia nak adik girl. Sebab Aqeef ganas sangat hahah. Dulu masa dapat tahu pregnant, suruh Faiq doa, “ya Allah mintak2 dalam perut ibu sekarang adik girl. Kesian ibu tak ada kawan “ 

๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Nah sekarang Allah dah makbulkan. Mungkin ni hadiah birthday Faiq. Genap 6 tahun hari ni. Alhamdulillah. 

2 comments:

  1. hepi belated beday faiq..
    wahh..bestnya bakal dapat baby girl...
    u take care tau...jaga kesihatan okeyyy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...