BLOGGERIANS

Tuesday, July 2, 2019

Detik Lahirnya Anak Perempuanku

Assalamualaikum hehe. 

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pengalaman aku bersalin anak ketiga. Ya Allah, kejap je rasa. Dah 3 anak aku. Kejap je oi. Aku pun dah 33 tahun ni. Ehem! Sekarang masa untuk fokus kat semua anak2 dan di samping itu nak menambah pendapatan gitu 😎 

Ok lah. Tanpa buang masa. Jom throwback ke tarikh 24.11.2018 (sabtu) di mana anak dara aku dilahirkan hehehe. Aku memang plan tak nak stay lama di kampung sebab anak yang sulong sekolah tadika 6 tahun. So last day sekolah adalah hari Jumaat. Faiq aku pontengkan sebab dah rasa lain macam. Jumaat tengahari 23.11.2018 terus gerak balik kampung. Macam dah boleh rasa baby akan keluar esoknya huhu. Naluri mak2 haha. Sampai kampung, relax2 jap terus pulun kemas bilik. Jarang  balik memang bersawang bilik huhu. Kemas kawkaw. Budak2 mak abah bawak jalan mana entah. Malam sakit pinggang. Amikau mendapat terus. Tak selera makan malam tu. Pukul 3am terjaga macam ada air ketuban ke turun ni? Kalau kencing mesti bau. Air ketuban tak ada bau. Terus call husband. Balik cepat. Husband masa ni kat rumah parents dia. Dekat jela pun dalam 10 minit. Aku ni menggigil dah. Bukan gigil takut beranak. Gigil tak tahu kenapa. 🤔

Husband sampai. Kalut je dia. Tah pape. Anak ketiga dah kot haha. Bawak keperluan terus ke hospital tuanku ampuan najihah. On the way ke hospital, call pm care untuk keluarkan GL haha. Aku ingat GL valid 24jam je. Orang kata dah sakit nak bersalin baru call. So aku apply kan lah. Rupanya valid 3 hari kot? Ke seminggu? Eh lupa 😂 Nanti aku update. Huhu. GL pm care terus fax ke hospital. 4am kot, kaunter kat hospital tak bukak lagi katanya. Terus ke emergency. Jumpa nurse. Check in. Timbang berat, check BP, on CTG kemain lamaaa... pastu ada doctor perempuan india datang nak check bukaan. 1cm pun tak buka lagi puan- kata doktor. Dah la pakai mulut itik. Sakit wey. Aku seriau betul mulut itik tu. Tahu camne rupanya sila google. Doctor sambung lagi - puan tak ada bukaan lagi ni. Tapi kita akan tahan puan, within 24hrs kalau tak bersalin lagi puan boleh balik. 

Krik krik. Bengkek je aku rasa haha. Dah pukul 7am masa tu. Aku tunggu kat luar dengan husband. Setiap 10 minit dah terasa contraction tapi boleh tahan lagi. Tunggu nurse2 siapkan dokumen untuk check in wad. Lamanyaaaa.... Nasib baik hari Sabtu, adik2 semua balik kampung. Dorang tolong tengok kan anak2 yang lain. Dalam pada tunggu nurse siapkan dokumen untuk check in wad, GL pun tak masuk lagi🙄 so aku ditempatkan kat wad 3rd class, hujung sekali, bawah lampu. Mak datokk panassss. Tak boleh nak cakap panasnya. Pukul 8am, nurse datang melawat ada ceramah susu ibu katanya. Aku sebenarnya tak dapat nak turun, terasa macam dah sakit 4 minit sekali. Tapi nurse jeling je. Aku gagahkan turun dengar ceramah. 10 minit je kot. Selesai. Naik katil balik bawah lampu yang panas tu🤧 sakit 2 minit sekali... terus aku tekan button merah panggil nurse. Nurse datang tanya kenapa puan? Aku just jawab sakit. Doktor lelaki datang 😶  Check bukaan omg dah 8cm! Semua terpekik kat situ hahaha. Storm! Storm! Bising kat wad haha. Doc india perempuan yang check bukaan aku masa awal pagi tadi kena marah kat doc lelaki tadi sebab kenapa letak aku kat wad! Aku patut dah berada di LR. Macam lipas kudung dorang tolak aku ke LR. Dah macam flashback masa zaman nak bersalinkan Aqeef. Ya Allah aku sakit sangat. Bagi handphone kat nurse. Nurse siap tanya puan dapat call suami tak? Aku tak leh jawab. Pada aku dah tak kisah la husband dapat teman ke tak, aku nak keluarkan budak ni cepat hahah. 

Sampai kat LR, kena tukar baju. Drip. Ada sorang staff dalam LR tanya "eh, macam kenal la awak ni... pernah bersalin sini ke?" Erkkk, aku tengah sakit.. tak mampu nak borak, haha... sekadar jawab "aah 3 anak saya bersalin di sini" HEHEHE. Doc stand by nak masukkan tiub kencing. Sekali air ketuban pecah kot, bunyi POP! Hahahah. Aku tak pasti kena muka doc ke tak hahaha. Kecoh LR. Adoi ngeri nak ingat semula🤣 2 kali teran kot, lahirlah anak dara aku yang diberi nama Aysara. 3.26kg. Awal 4 hari dari due date. Macam biasa aku delay kan tarikh period 2 hari, patutnya 28 Nov due... tapi aku delaykan 2 hari, so kat buku pink jadi 30 Nov... macam biasa lah aku delay kan sebab aku takut induce. Sara lahir je kemain teriak, kuat betul. Aku nampak staff dalam LR ber passing2 pujuk Sara sementara doc tengah jahit aku😊  sakitnya kena jahit hidup2, tak ada bius🤧 koyak juga  1st degree. Baby diletak dalam bekas tu menghadap aku. Terkebil2 mata dia... terus jatuh cinta tengok anak. Tak pernah termimpi akan ada anak perempuan. Alahai hilang sakit mak tadi. 😍


Dah lepas jahit, nurse bagi minum air milo pakai straw, nak ganti balik tenaga yang hilang lepas meneran huhu. Ditolak ke wad semula. Kelas ketiga. Sebab wad belum proses lagi GL aku huhu. Sabar jela dah la katil hujung betul- betul bawah lampu... kipas kat tengah-tengah.. memang panas dan bahang. Toilet jauh di hujung. Nurse pesan nak apa-apa panggil nurse jangan bangun sendiri, takut pengsan huhu. So aku nak p toilet memang tekan butang merah tu, siap nurse tolong ambilkan spender and pad. Hehe. Bersyukur rasanya dapat nurse yang baik-baik je... aku dah kat toilet pastu kan nurse tersilap ambil spender, haha... siap mintak nurse p tukarkan balik 😹


Dah petang sikit baru dapat tukar ke wad 1st class. sorang2 ye. Dulu masa Aqeef dapat 1st class juga tapi sharing 2 orang.. Ni 1st class yang sorang2, siap ada tv, air cond, kipas, bilik air sendiri, ada sofa juga. tidur berdua malam tu dengan baby. Tak tidur sangat pun, kejap2 kang nurse datang nak cek BP lah, ape lah, macam-macam. Ok, nanti sambung lagi. Macam boring kan cerita tak ada gambar. HEHE.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...