BLOGGERIANS

Monday, May 19, 2014

Istiadat Ulangan Penghulu-Penghulu Luak Mengadap

Entri ini ada banyakkkk gambar. hehe


Sabtu lepas ikut MIL ke Seri Menanti. Biasa lah orang KEMAS kan banyak aktiviti macam ni = D So weols anak beranak follow je. sekadar isi masa terluang. mana tahu ada yang menarik nanti hewhew  :)


Sebenarnya mil cakap nak tunjuk muka je pastu balik. sekali ada kerja kaw. herher
terpaksa la bertahan sampai sudah hehe



adik ipar. pregnant doh ni... 3 bulan dah alolo  :)







Masa kitorang sampai tu dalam 930am... bas banyak berderet... ish event apa pun ku tak faham hewhew...  .. budak2 sekolah beratur sepanjang jalan.... siap pegang bendera .. alolo... Faiq berdukung je time tu.. tak nak pulak kat baba dia.. lenguh iols



Sekali bunyi meriam (kot) 2 ke 3 das. haha. tanjat titew.... pastu lalu la hulubalang berbaju hitam ni...
nak meraikan dorang la ni...









Husband tolong amek gambar. dia cakap pakcik2 ni semua dok mengeluh je 'ayolah paneh eh... ponek eh... bilo lah nak sampai ni" kahkah





tu dia... tuanku muhriz



time ni semua kena berdiri nyanyi lagu kebesaran negeri sembilan. dah lama tak nyanyi lagu ni sejak tinggalkan sekolah haha








cantik jugak kawasan istana ni... banyak kolam....





lepas acara tu ada jamuan makan untuk rakyat. Lupa nak snap gambar khemah khas tuh hihi
lauk pauk dari deen catering... sedap boleh tahan 4/5 bintang herher



faiq pun sedap mamam. ikan tu disebut nya NANAY  -_-'



Lepas makan MIL ajak jalan2 sekitar istana.... tengok gerai2 n booth yang ada....



cap ibu dan anak kuikui







Dikatakan istana lama seri menanti ni tak menggunakan sebarang paku besi.. .tapi paku nya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. tak boleh amik gambar dalam ni... nak naik atas pun kemain curam tangga tu.. hoi seram mak.... renung lama2 katil2 dorang pun ku seram haha


Dulu istana lama ni tempat kediaman rasmi yang dipertuan besar sekitar tahun 1900an... sekarang dah ada istana baru dah.... so istana lama ni jadi muzium...



bahagian bawah istana lama... bersih je kan... 






Istana lama ni ada 4 tingkat. MIL cakap tingkat atas sekali  (dulu dulu la... sekarang tak tahu sebab tak naik atas) ada simpan sehelai rambut sebatil. Sebatil tu maksudnya sebekas. means rambut tu sehelai tapi panjang giler digulung2 diletak dalam 1 bekas... huhu












tu jela ceritanya.. sepanjang hari kuikuikui

on the way balik MIL tunjuk kubur lama... kubur tu beratap... tapi busut tinggi...  katanya dulu arwah atok cerita tu kubur raja perempuan.... tetek dia labuh sangat ... kalau anak dia nak menyusu.. dilemparnya tetek ke belakang.. haha penat daku imagine



2 comments:

  1. hahahah macam hantu kopek agaknya :)

    ReplyDelete
  2. macam best je! ermm pasal tetek tu, penat gak nak imagine hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...