BLOGGERIANS

Tuesday, June 24, 2014

Besi pagar DIY

Aku kalau balik kampung suka lepak lepak kat luar rumah.
Halaman luas.
Kat belakang rumah kalau letak lagi seketul rumah pun boleh hee.
Abah kan suka berkemas.
I mean halaman rumah kampung tu memang bersih je.. hee


Semua benda dia suka buat sendiri
Kandang kambing dah siap dibuatnya sendiri
Kali ni besi untuk pagar pulak
Nak tempah mahal kot... haa DIY jela
Sebab nak guna banyakkkk


cantik kan besi tu... seketul seketul je... kalau tempah ku tak tahu berapa... abah aku tu jenis dia selagi boleh buat sendiri... dia akan buat. tak mau membazir. gituuu



Wednesday, June 18, 2014

Relax... jangan kecoh kecoh :)

bulan bulan lepas rasanya... dunia FB gempar dengan cerita pasal BASIC H by SHAKLEE
Kecoh kejap kat FB tu... aku mampu senyum je... biarkan...
at least uols tolong promo sekali yer... hehehe


Ceritanya sebab ada SID yang basuh puting anak guna BASIC H walhal ramai yang guna BASIC H untuk cuci toilet bagai so macam tak proper guna untuk BOTOL SUSU ANAK?
Bagi aku tu pendapat masing masing... kalau kau tak nak guna Basic H.. guna jela PUREEN.
Dah tentu memang khas untuk botol susu anak :)


ikut la kan... 
kat botol memang tulis 3 kegunaan je daripada 997.. tak tergamak pulak nak senaraikan semua kat pelekat botol tu :)


pandai pandai la...nak cuci botol ke... sofa ke... kereta ke... lampin ke... yang pasti ia SELAMAT UNTUK ANDA & PLANET ANDA.
bukan aku yang kata.. shaklee yang kata... :D


aku memang guna basic H untuk cuci botol & sayur yang banyak racun tu :)










Kadang kadang aku cuci sinki pakai basic H ni. ala guna 2 titik je wey... 






Tertanggal segala karat marat tuh









tapi kalau rasa was was nak guna BASIC H.. guna jela PUREEN ni haa hehe




Waktu form 5 dulu.... ada eksperimen buat sabun kan... ingat lagi tak? hehehe
cikgu guna minyak kelapa sawit untuk buat sabun tu... 
tapi sabun tu tak la wangi pun... 
tak ada buih
sebab tak ada chemical yang boleh buat dia jadi wangi dan berbuih 
aku dulu dah jadi sabun.. aku buang je sebab tak wangi kan.. lol






dalam shaklee, basic H dibuat menggunakan minyak kelapa dan jagung..... soooooo NATURAL dan sooooooo ORGANIC.....

tapi....
takde FOSFAT
takde SLES
takde NITRATES
takde bahan kimia berbahaya lain


Terpulang la kan... 
tapi disebabkan kecoh kecoh ni la jualan BASIC H mendadak dan OUT OF STOCK! 


Monday, June 16, 2014

Aku seorang secretary

Nama je secretary. .. tapi kadang aku rasa macam tea lady je
Tak pun macam opis boy je wahahaha
Hari tu aku pergi kenduri kawen kawan masa sekolah dulu
Act kawan husband.
Tapi disebabkan kami satu sekolah
Makanya kawan aku jugak lah.. LOL


Jumpa la kawan kawan yang lain jugak.
Kebanyakan dah ada anak sorang.
Ada jugak la seketul dua yang belom kahwin
Masih mencari lettew


So kawan tanya "kau kerja TM lagi ke?"
Aku just jawab "iyo.... mana lagi.."
Kawan tanya lagi "kau kerja secretary? Macam dalam tv tu?"


Muahahah aku nak gelak dalam hati


Hakikatnya kerja aku macam tea lady tak pun opis boy je hahaha
Yela dulu aku bukan study secretarial course.
Aku budak bisnes kot. Haha
Tak payah la nak expect aku boleh jadi macam secretary lain


Sedar tak sedar dah 5 tahun lebih aku jadi secretary seorang lady boss.
Ya, boss yang sama.  Hee


ini spider phone namanya... untuk buat conference call. gituuu :D


bilik meeting kontroversi
untung secretary sekarang tak payah dah bancuh bancuh coffee. beli je kat bawah hehehe
kenduri sabtu lepas. jubah dress adalah pemberian opis mate. tq kak bai :)

Wednesday, June 11, 2014

Mamee chef ni sedap lah!

Hari ni aku tak lunch sebab pagi tadi aku breakfast nasi bubur.
Lambat pulak tu aku breakfast
So perut masih kenyang lagi


Pukul 4pm baru terasa lapar
Dok merayap kat kedai bawah mencari apa apa yang boleh dimakan heee
Tergerak hati nak try mamee chef ni
Sebab hari tu tengok iklan kat tv ada udang dalam nya..
Teruja nak tengok beso mana udangnya tu huhu




Kedai Bakit kat opis ni jual RM3 je. Tempat lain tak sure pulaks






udang dia kenit je... tapi sedap hoi tomyam ni.... aku amek perisa tomyam thai... fuh.. dah hujung hujung baru terasa kepedasannya... hehe



ok lah.. nanti nak beli banyak banyak buat stok kat rumah :D

Thursday, June 5, 2014

mak abah dan vivix :)

Assalamualaikum. Saja jela nak share.... dah hampir 2 bulan aku bagi mak abah aku VIVIX. Supplement paling mahal dalam shaklee. Selalu customer aku beli untuk mak bapak kat kampung. 


Supplement ni memang mahal. cecah RM400 jugak... aku tak overclaim.. tapi alhamdulillah kesihatan mak abah aku makin bagus.... syukur ya Allah aku ditemukan dengan produk shaklee. 




latest gambar mak abah yg terpaling ku sayang. takde yang lebih bernilai selain dari kesihatan mak n abah sobb


mak abah aku memang tak amik dah ubat hospital. Adik ipar kerja kat farmasi hospital bagitahu yang ubat hospital ni makan kena kawal... and effect jangka masa panjang ke jantung... bahaya.... SANGAT. kalau boleh cuba elakkan makan ubat... tapi please consume makan supplements, jaga makan n bersenam jugak. abah aku hari hari jogging lepas subuh 10 minit. alhamdulillah tekanan darah dah back to normal. mak aku tak larat nak ikut abah jogging. haha. dia jaga makan je...  ni VIVIX dorang dah nak habis... tinggal suku botol je.. sibuk tanya bila nak belikan lagi? muahaha... jumaat ni akak bawa balik ye mak abah.... 






salah satu kebaikan vivix shaklee ialah PERBAIKI DNA. setiap hari badan kita akan mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat!!! sentap tak? haha. 



Vivix ni membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. insyaAllah...  sebab tu orang lepas chemo ramai consume vivix ni... vivix membantu renew dead cell. anti oksida sangat tinggi so preggy n ibu menyusu tak boleh consume yer... aku pernah try sesudu.. teringin katanya... terus faiq tak nak menyusu. pahit ke susu aku? lol



kalau nak try boleh roger aku keh.... mana lah tahu nak hadiahkan supplement untuk mak ayah ke... :) 


10 orang terawal akan dapat FREE GIFT Omega Guard! oemgee.... Omega ni bernilai RM136 okeh... perghh tak nak ke? haha

kbai ^_^

Wednesday, June 4, 2014

short trip to Melaka - day 2 (cont.)

Lepas dua dua budak kenit tu bangun... kitorang gerak ke Bandar Hilir.... jalan jalan aje.... cuci mata... memang berjalan dari hotel ke bandar hilir.  Jauh jugak wey.... adik aku punya plan... lepas ni memang tak kan la buat lagi sebab sian kat mak abah aku hehe. kalau kita kita je tak pe... tapi mak abah aku OK katanya (amek hati anak anak lettew) haha. 





penat jalan berhenti la kejap..... sini pun dah dekat dengan Jonker Walk... ingat nak pergi jugak... tapi memikirkan masing masing dah penat... hehe ok la next time :D

Tengok muka Faiq dah toye je tu... penat lettew herher





Muizz sedap je mentido dalam stroller... kemain lama tido.. hihi




ini PEACE! hehe








Dah puas berjalan kat Bandar Hilir... adik cakap terus jela makan kat Seoul Garden.... Seoul Garden ni kat dalam Mahkota Parade je... aku pergi hari tu untuk 8 orang makan... total RM380... mahal giler kan? tapi puas hati! food sangat sedap. kuah dia sedap. boleh grill. macam2 pilihan ado... tapi aku paling banyak topup sayur, haha. geram aku tengok sayur fresh2 tuh... oemgeeee :D


http://melaka.home.net.my/sites/melaka.home.net.my/files/u237/seol.jpg

http://www.danjumbuck.com/2011/11/food-review-seoul-garden-restaurant.html
best giler lepak sini lama lama... boleh lepak sampai 1030pm. makan la kau sampai buntang... haha









Balik hotel semua pengsan. hahaha. kemain penat wey berjalan seharian :D

Bersambung lagi day 3 pulak... hahaha

Tuesday, June 3, 2014

short trip to Melaka - Day 2

memulakan awal pagi dengan sarapan dulu.... RM23 satu kepala kalau tak silap aku laa... food dia OK. Mi goreng sedap... teh tarik sedap... tapi nasi lemak dia tak sedap haha. abah aku 2 kali mengulang amek teh tarik haha.



gunakan monopod untuk selfie :) ni jela family kecik iols.





Lepas makan kitorang g kolam... ada anak kecik ni best la bawak mandi kolam. sampai tak nak naik kau anak aku haha. kolam dia best... tapi kena pakai baju renang k... ada 2 orang guard tu berkawal je... tugas dia menghalau orang yang tak pakai baju renang. kahkah



tapi kat tempat air pancut tu takpe kalau tak pakai swimming suit -_-'

faiq beria ia ajak ibu terjun sama... sorry sayang... next time kita mandi sama sama ok :)

dak muizz yang comel sangat :)

sukanya anak ibu... beratus kali naik gelongsor tu bahaha. letih pakngah n baba melayan






balik hotel mandi nenen pengsan haha... 


tunggu dua dua budak kecik tu bangun jap.. pastu kitorang gerak ke Bandar Hilir :)

short trip to Melaka - Day 1

Assalamualaikum. Hari ni baru start kerja. Semalam daku EL. Nak balik jalan jam gilos. Dari kuil kat kuala pilah tu sampai terachi... giler nak pengsan bertapa dalam kereta. sudahnya weols pusing balik.... balik rumah mak.. terus terlelap... and decide nak EL je. tapi husband kerja. daku je EL haha.



Jumaat last week aku cuti. konon konon buat family trip ke melaka je... melaka je pongg... tapi ini adalah first trip dalam family aku hihi. family aku biasa biasa je... tak meriah macam family orang lain.. aku 2 beradik je yang baru bekerja and stabil sikit... so disebabkan TM bagi bonus hari tu makanya kami 2 beradik decide nak bawak mak abah jalan jalan... ala jalan jalan dekat dekat je... intro dulu... hehehe... tahun depan bonus insyaallah bertambah kitorang bawak mak abah jauh sikit... hihi... lagipun kami 2 beradik je baru kahwin... lagi 2 orang tu single mingle lagi... hee



so... hari jumaat tu kitorang gerak pukul 4pm.. sebab tunggu husband iols tetiba ada kerja pulak.. nak kena present something... maklum la buat job luar... interior design... design butik sorang datin.. and yes dapat close deal.. haha. 


kitorang ikut jalan dalam je.... check in pukul 2pm patutnya... check in kat Mahkota Hotel. Sebab adik aku cakap nak apartment.. so aku cari yang ada 3 bilik... 1 untuk mak abah... 1 untuk aku anak beranak.. 1 lagi untuk family adik. adik yang single lagi 2 orang tu pandai2 la.. haha kejam pulak... 



sampai hotel dalam pukul 7pm gitu... aku booking lama dah.. 2 bulan sebelum tarikh... hotel bagi harga RM1060 nett. sebab aku share dengan adik.. so aku bajet dalam RM530 sorang.... sampai hotel check in rupanya ada diskaun untuk 2nd night stay... dapat 50 percent... so total RM900 termasuk breakfast 2 hari untuk 8 orang... OK la kan? hihi...  diskaun ni sampai 30 june je kalau tak silap laa.. yang kitorang amek ni apartment rooms.. sesuai la untuk yang nak bajet2 je... hihi 




Apartment ni kat tingkat 8. wing berapa ku tak ingat... besar betul la hotel tu... masuk masuk je macam biasa cek semua bilik... toilet... dapur.... personally aku rasa toilet dia tak sebersih toilet hotel. standard toilet kat rumah je... hoho.... tv dia tv zaman tok kaduk kot...dapat channel biasa je... and tak clear pulak tu... kitchen area dia ada la tempat masak bagai tapi tak boleh guna haha. bilik dia ok ok jela.... tak macam yang aku harapkan haha. bagi aku kalau beramai2 1 family ok la... next time memang aku tak amek kot hotel ni.. hihi. dah la lif dia problem. ada 2 lif je.... 1 lif tu tak boleh tekan BUTTON G. dah tu macam mana nak turun lobi? kena pulak pergi wing sebelah sana. tak ke menyusahkan orang? -.-'




siap kejap lepaskan maghrib dulu... then kitorang gerak nak g cari makan malam pulak. adik aku cakap nak p umbai tapi takut ramai orang pulak... so weols g kat ikan bakar haji nasir ni je :)


bagi aku food kat sini OK. harga reasonable... total RM220 untuk 8 orang makan... so sorang dalam RM110 jela. banyak kot kitorang amek... ketam sampai 4 ekor... ikan siakap... sotong besar besar... ikan cencaru... udang....banyakkk lagi... air sampai 3 jag besar...servis cepat. tip top. tapi tempat tak menarik sangat. next time maybe nak pergi jugak umbai hihi


Lepas makan je... macam biasa faiq tak boleh duduk diam hehe. letih daku kejar n jerit jerit... haha


Ok la bersambung untuk next entri Day 2. hahaha


............Total burn Day 1 - minyak RM70, hotel RM450, ikan bakar RM110. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...