BLOGGERIANS

Tuesday, September 12, 2017

Raya Haji 2017

 Raya Haji hari tu cuti panjang jugak kan... ye bersambung-sambung dengan cuti Merdeka lagi. Pening jugak cuti lama-lama ahaha. Jem sebab kepala otak tak jalan. LOL. Selalu weekdays kan hidup aku kelam kabut. AHAKS! Cuti lama dapatlah spend time lama sikit dengan anak-anak. Buat lawan gaduh 😑



 Tahun ni raya haji sebelah keluarga aku sebab mak pak mertua ke Filipina, beraya dengan anak perempuan dorang kat sana. 



 Lets go guys! Lelaki -lelaki kesayangan 💛 Faiq cakap, kesian ibu sorang gegurl. HEHE. Ibu kau Queen. 😏



 Keluarga aku biasa lahhh... setiap kali raya... setiap kali tu la ada lemang. Ahaks! Tapi kali ni lemang tak berapa menjadi, keras sikit di luar lepas tu dalam macam mentah sikit. Ini semua sebab bukan abah yang jaga api lemang. Kalau abah yang jaga api lemang... memang perfect lemang weols 😇


 Uwan pun datang tolong haaa



 Orang sibuk kat luar bakar lemang, mengacau dodol/ penganan. Aku kat dalam masak laaa untuk lunch. Masak dengan adik ipar, sambil bergaduh dengan anak masing- masing. Haha seronok pulak. 


 Konon nak buat tomyam poktek, tapi tak berapa poktek sangat laaaa sebab mana ada seafood! haha belasah je apa ada dalam peti ais hehehehe. Tapi not bad jugak rasa dia hehehehe.



 Mengacau dodol pulak wehhh....





 Setelah beberapa jam.... siap pun! Yang ini rasa dia sedap betul hehe. Sedap dari yang pernah buat sebelum ini 👏





 Orang sibuk kat luar... dak Faiq dengan Muizz p berendam dalam kolam, penuh mainan dorang je... HAHAHA. Berenang-renang je dinasour dalam tu...  hehe




Baby- baby ibu main la berdua ye... macam itik cakap dengan ayam. hehe.
 






 Penat main kejar-kejar... dorang pergi melukis pulak dalam bilik 😆😇




 Alolo budak manja ni 😘



Aku balik sendayan awal sehari sebab nak elak jam. Ko tau jela jalan Kuala Pilah Seremban tu macam mana 😏
 Sempat masak Rendang Ayam. Aku try guna pes rendang brand apa entah. Ya ampun bapak la sedap! Haha. Sori terpuji diri sendiri. Kahkah. Aku tak boleh move on rasa dia yang pergh meletop. KAHKAH.



Daging korban banyak lagi tu... boleh try buat ke daging pulak. Hahahaha.

Sekian.

Tuesday, September 5, 2017

Susu Kambing yang Sedap! Tak Ada Bau Kambing Langsung!

Dulu-dulu masa  mengandungkan Faiq... aku tercari-cari kot susu kambing. Lepas satu-satu brand aku cuba, beli peket kecil jela. Tapi bau nya tu... tak hilang. Lama2 aku fed up, terus minum susu Anmum je haha. 

Yelah orang kata susu kambing ni adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Tapi make sure jangan minum yang fresh ye... cari yang dah diproses. Kalau beli yang fresh, ada 1 bakteria yang susah nak mati, patient kena on antibiotic.  Aku cerita berdasarkan pengalaman adik ipar yang bertugas kat bahagian lab hospital selayang. Dah 2 kes pasal susu kambing fresh.  Ermm... dorang yang bertugas untuk cek kuman tu pun terpaksa on ubat TB untuk prevent dari terjangkit kuman dalam susu kambing. So bila staff on ubat TB, dorang dapat effect jugak macam simptom orang mengandung... dah kesian kat staff pulak hihi. Nanti aku update pasal kuman tu. Mak lupa banyak urat putus khen... LOL😜

Update : Kuman Brucella.


 So hari tu, aku saja2 la nak try susu kambing coklat ni pulak. Saja nak bagi ke Faiq. Dia kuat makan tapi badan keding sangat. Nak kata cacing.... setahun sekali makan ubat cacing. Genetik keding barangkali 😕😅 

Setakat ni, Milo aku dah gantikan Tamar Koko. Dengan aku pun sekali minum Tamar Koko sebab sedap! Lagi sedap dari Milo! Tekak aku laa HEHEHE.


 Soooo, mari kita cuba susu kambing perisa coklat ni. 😋😋


 Konon cantik la tu photoshoot camtu? BAHAHA.




 Terus bancuh segelas. MasyaAllah sedap sangat! Tak ada bau kambing langsung! Selalu kan susu kambing memang ada bau hamis tu, susah nak describe bau hamis tu cane... hehehe tapi tak best la nak minum kalau ada bau hamis 😝 Sedap betul susu Etsumell ni rupanya... rasa susu tepung yang dirindukan. AMBOI! HAHA. Tapi memang sedap. Rugi tak cuba tau.



 MACAM MANA NAK BANCUH?
"Oh senang sangat. Ambil 3 scoops terus bancuh dengan air panas secawan. Agak2 je... aku suka pekat2 sikit. Baru feel macam minum Hot Choc SF. HAHA. "








Nampak scoop comel tu? Haaa, memang disertakan dalam kotak tu ya... 👆👍




Apa kandungan susu Etsumell ni ya sampaikan dia begitu sedap?
  • Susu Kambing
  • DHA 
  • Oat
  • Krimer tanpa Tenusu
  • Serbuk koko
  • Delima
  • Madu
  • Kurma 
  • Gam Arab
  • Habbatus Sauda
  • Kismis
  • Ekstrak Biji Aprikot 
  • Gula Perang

Oat tu penting tau. Patut aku hari tu minum pagi sampai ke tengahari kenyang. Bahaha. Rasa pelik pulak apesal la tak lapar2 perut ni. KAHKAH. Tapi tak ada pulak rasa2 oat dalam susu ni. Kalau tak memang tersekat la kat tekak ni. LOL.








Siapa je yang boleh minum?
Semua boleh minum! Kanak2, wanita hamil atau berpantang, menyusukan anak, remaja, dewasa, warga emas. Pendek kata, sesuai untuk semua golongan 👍😃







 Dan lagi satu, simpan 10 keratan untuk dapat FREE 1 KOTAK. WOW sangat!!





 Jom cuba? Untuk pembelian:
FB: Etsumell Goat Milk HQ
IG: @etsumell_hq
HP : 6011-23451742

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...