BLOGGERIANS

Tuesday, October 30, 2018

Konvo 6 tahun

Hai. Lama tak update kehkeh. Rindu blog ๐Ÿ˜› 

Update sikit lah nanti gambar ni hilang haha. So, 20 Oct hari tu tadika kemas buat konvo di hotel legacy port dickson. Cikgu kata atas permintaan ibu bapa. Sebelum ni buat kat dewan biasa je katanya. Sesiapa yang nak turut serta kena bayar RM30 per seat. Murid tadika je yang tak payah bayar. Gitu.



Besar dah anak anak bujang ibu hehe. Aqeef sekarang kalau ambil gambar suka buat muka macam tu. Dah kenapa entah.



monyok pulak muka tu


 

Boleh bukak ke tak video tu haha. Ada maskot datang anjuran bank rakyat. joget chicken dance ๐Ÿ˜†




dok menyelit kat tengah tengah budak perempuan ๐Ÿ˜…








mewarna dulu sementara tunggu pengarah kemas datang




Ok dapat hadiah beg. Tak payah ibu nak beli dah untuk darjah 1 nanti. Jimat ๐Ÿ˜œ



Ok dah siap 1 entri. Hahaha.

Tuesday, July 3, 2018

18 minggu

Lama tak update sini. Sorry baby ibu  no 3. Hihi. Ada rezeki mengandung lagi weh. So minggu ni adalah 18 minggu. Semalam rutin check up. Check up 2 minggu sekali sebab berat aku turun mendadak dari awal pregnant 58kg terus turun 54.5kg. Check up kali ketiga 54kg. Semalam check up kali keempat alhamdulillah naik 55kg tapi masalah pulak kat HB. Low sangat sampai 8.9. Mendapat la aku kena makan iberet pulak. HB turun sangat tu mungkin sebab aku tak selera makan. Dah la tak selera makan, ubat tak reti pulak nak makan kan. Haha. 


So lepas check up terus la ke farmasi untuk beli iberet. RM25 sekotak. Beli kat farmasi sebab kat klinik panel tu iberet dah habis pulak. A haa, aku buat scan jugak semalam. Saja lah nak tinjau baby kot kot dah boleh nampak gender apa. Hihi. Saja bagi pundi kencing penuh sebab orang kata kalau nak scan baby, pergi time pundi kencing penuh. Senang nampak huhu. So hasil tinjauan semalam, doc kata 90% adalah gegurl. Wah ada jugak geng ibu. Alhamdulillah syukurr ๐Ÿ˜Š ada jugak princess sorang hihi. Bakal jadi kesayangan baba la nampaknya. Sebab 2 ketul boboy boy tu asyik melekap kat ibu๐Ÿคจ  

So lagi 10% doc kata boleh confirmkan in 2 weeks. Balik jemput anak2, terus inform Faiq, dalam perut ibu adik girl. Senyum lebar Faiq. Memang dia nak adik girl. Sebab Aqeef ganas sangat hahah. Dulu masa dapat tahu pregnant, suruh Faiq doa, “ya Allah mintak2 dalam perut ibu sekarang adik girl. Kesian ibu tak ada kawan “ 

๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Nah sekarang Allah dah makbulkan. Mungkin ni hadiah birthday Faiq. Genap 6 tahun hari ni. Alhamdulillah. 

Wednesday, May 23, 2018

Untuk Elak Kaki Melecet

Kisahnya... aku baru tau kewujudan benda alah ni ahahha. Aku suka tengok orang pakai kasut bertutup sebab nampak kemas. Yang aku ni pakai sandal je manjang ๐Ÿ˜€ padahal kasut bersusun bawah meja ofis haha tapi tak boleh nak pakai sebab melecet! Ampunnn stress tau tak haha







Harga RM19. Tak tahu la mahal ke murah hehe







Begini la rupanya bila dipakai.



Ada glue tau dalam dia so takdela licin. Glue ke apa entah, aku tak sure hahaha. Tapi dia memegang la kaki kau dalam keadaan baik gituuu.




Hoh! hahaha. 



Ok baii๐Ÿ˜Š

Monday, May 21, 2018

Sedikit Update

Aku rasa aku dah hilang skill menulis LOL. Rindu blog. Lama betul tak merapu sini ๐Ÿ˜… 
Dah 5 hari kita puasa kan. Salam Ramadhan korang! Hari ni aku tak puasa sebab aku dah rasa menggigil turun komuter pagi tadi. Aku tak dapat duduk oi! Bapak ramai orang dalam komuter pagi tadi ๐Ÿ˜” Mentang-mentang perut aku tak nampak lagi... makanya tak dapat la duduk. Hmmm bertabahla weyy. Eh aku tengah mengndung lagi. No 3 pulak on the way. Baru nak masuk 12 minggu. Hahah rezeki katanya. Ingat cukup dah 2. Rupanya Allah nak bagi 3. Eh dah la cukup 3. Sikit lagi ibu nak bertukar jadi rimau ๐Ÿ˜ต


 Btw, proses loan rumah aku sekarang dah tahap last. Mungkin sebelum raya dah release semua. InsyaAllah.... mohon doakan huhu.


 Mudah-mudahan tak ada masalah kat lawyer kedua. Menyesal sebenarnya pilih lawyer firm tu. Kemain susah nak bekerjasama. Kerek kemain. Acuh tak acuh je melayan kita. Harap aku tak kan bekerjasama lagi dengan Azra & Associates untuk next property. Hari-hari aku baca pasal hartanah. Aku tak nampak jalan lain nak buat duit pencen dah. Masa tengah bekerja ni la kena kumpul aset. Aku target by 40 aku dah ada 3 rumah. Perghh berangann. Deposit kau nak cekau mana? Hahaha




 Semalam aku buat tauhu bunga ni. Isi dalam dia belasah je apa ada, hahaha eh sedap jugak! Not bad! haha. Buat sepuluh ketul je pun. Aku makan 2 je, husband telan 8 ๐Ÿ˜ถ

Kuah cili tu aku hentam je, haha. Blend bawang putih, lada merah besar, cili kering sikit, garam, gula, perah limau nipis sikit. Eh sedappp! Hahaha.





 
 Ni pun aku hentam je buat. Puding roti. Fav sangat! Aku pakai roti butterscotch.



 Ni laki masak. Aku tak kacau. Siap rendam daging dalam pewarna merah tu yang tak tahan tu hahaha.


Alhamdulillah untuk semuanya. Syukur je dengan apa yang ada. Banyak- banyak bersyukur nanti Allah tambah lagi rezeki aminnn yra. ๐Ÿ˜™



Hari ni plan nak masak gulai udang campur kacang buncis, letak daun limau purut bagi wangiii. Wahh terliur sudahh.

Monday, April 16, 2018

Borak Mak dan Anak : Part II

Kenapa Part II?

Sebab sebelum ni pernah tanya Faiq, jawapan dia kebudak-budakan la sebab baru 4 tahun. 



Faiq : ish ibu ni asyik tak dapat duduk je... asyik-asyik tak dapat duduk. Lain kali ibu call la Faiq.. nanti Faiq bertukar jadi superhero.. Faiq datang selamatkan ibu


Sekarang dah 2018, umur dia dah 6 tahun 

Jawapan dia dah dewasa - Kenapa la ibu tak suruh orang depan ibu tu bangun? Ibu suruh la dia bangun bagi ibu duduk. Ibu kan ada baby. Kesian ibu

HAHAHA

Alahai Faiq. :)

Thursday, April 12, 2018

Seram Selebriti

Salam. Ya ampun. Lamanya tak jenguk blog sendiri haha. Rindu oi ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ช

Siapa tengok Seram Selebriti malam tadi? Malam tadi selebritinya adalah Liza Hanim. Oii aku seram sampai terbayang-bayang. Maklumla aku penghuni asrama juga selama 5 tahun; 1999 - 2003๐Ÿ˜†

Malas pulak nak taip kat sini. Korang cari jela kat youtube ada kot haha. Bagi aku, ada 2 kisah seram selebriti yang agak creepy dan scary. Izzue Islam dan Liza Hanim. Yang part Izzue Islam tu sampai aku terbayang-bayang ada sesuatu depan aku masa nak solat๐Ÿ˜ญ

Eh ok la bye. Macam entah apa-ap je post ni kahkah. ๐Ÿ˜ฌ

Wednesday, February 28, 2018

Tengok Dinasour

Hello? Eh, lamanya tak buka blog sendiri. Rindu oiii. Rindu nak membebel dalam ni. Hehe. 

Buka blog pun sebab nak update yang kitorang pergi tengok Dinasour kat Hillpark Seremban. Dulu pernah nak pergi, sekali sesat LOL. Berabad dok Seremban pun sesat ๐Ÿ˜‘

Ok kali ni tak sesat sebab kita guna waze. Kehkeh. Unexpected plan sebab pagi tu tetiba je apak eh cakap jom la kita breakfast kat luar, pastu jalan jela mana-mana. Kejap nak p Melaka, kejap nak p Farm In The City. Both tak jadi hahaha. Dah la bateri fon tak bercaj. Kitorang pulak memang jarang sangat makan luar. Aku prefer masak kat rumah sebab anak-anak buas dan tak makan banyak pun bila kat kedai. Membazir. Baiklah ibu masak walaupun penyakit M tu tebal lagi. ๐Ÿ˜ kofkof

Ahad pagi tu breakfast kat luar. Then pusing-pusing cuci kereta, p ambil stroller kat Senawang, masuk Jusco Seremban 2. Bawak budak-budak main kat Kidzoona. Pastu balik. Lama betul tunggu anak-anak main dalam tu sampai aku terlelap haha. 

Petang baru kitorang gerak ke Hillpark Seremban. Tu pun puas pujuk apak eh. Ikut hati tak mau dia bawak hahaha. 

Oh tips nak datang sini kena bawak air kosong banyak ye. Tak ada jual apa-apa kat atas bukit tu hahaha. Bukit tinggi maka pakai lah kasut yang sesuai. Kalau boleh bawak ler stroller
 
si manja ibu yang gedik dan gomok ๐Ÿ˜›  entah mana pergi kasut dia. ko pakai la kasut sekolah abang tu dik hahaha.



 
sila bawa stroller sebab anak-anak confirm penat. haha





 Sebenarnya jip ni ibu dengan baba pun naik sekali sebelum kena prit prit kat guard hahaha. Yela tengok bapak bapak lain naik relax je kahkah





Pening hoi naik cawan pusing ni hahah. apak eh pun kena prit prit jugak kat guard hahha.




Tempat dinasour kat bahagian belakang sikit.

 Yang paling excited sekali of course la Aqeef hahaha. Dipegangnya handphone ibu sebab nak ambil gambar dinasour heheheh.




Memang selfie jela kerja budak ni ๐Ÿ˜Ž





Antara gambar dinasour yang Aqeef captured. Ada 7 ekor dinasour. Ok la kannn. Anak dinasour dalam telur pun ado. tak ambil gambar pulak. Eh dinasour bertelur ke beranak? Hmmm.



Dalam pukul 7pm kitorang balik. Ada je yang baru nak naik hehe. Oi maghrib lahh  kihkih



Sunset. Banyak taman perumahan baru nak naik.



Rumah orang kaya kat atas ni huhu.


Aku tak kisah nak datang sini tiap minggu pun hahaha sebab banyak keluar peluh mendaki bukit haha. Orang pun tak ramai sangat. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...