BLOGGERIANS

Monday, April 16, 2018

Borak Mak dan Anak : Part II

Kenapa Part II?

Sebab sebelum ni pernah tanya Faiq, jawapan dia kebudak-budakan la sebab baru 4 tahun. 



Faiq : ish ibu ni asyik tak dapat duduk je... asyik-asyik tak dapat duduk. Lain kali ibu call la Faiq.. nanti Faiq bertukar jadi superhero.. Faiq datang selamatkan ibu


Sekarang dah 2018, umur dia dah 6 tahun 

Jawapan dia dah dewasa - Kenapa la ibu tak suruh orang depan ibu tu bangun? Ibu suruh la dia bangun bagi ibu duduk. Ibu kan ada baby. Kesian ibu

HAHAHA

Alahai Faiq. :)

Thursday, April 12, 2018

Seram Selebriti

Salam. Ya ampun. Lamanya tak jenguk blog sendiri haha. Rindu oi ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ช

Siapa tengok Seram Selebriti malam tadi? Malam tadi selebritinya adalah Liza Hanim. Oii aku seram sampai terbayang-bayang. Maklumla aku penghuni asrama juga selama 5 tahun; 1999 - 2003๐Ÿ˜†

Malas pulak nak taip kat sini. Korang cari jela kat youtube ada kot haha. Bagi aku, ada 2 kisah seram selebriti yang agak creepy dan scary. Izzue Islam dan Liza Hanim. Yang part Izzue Islam tu sampai aku terbayang-bayang ada sesuatu depan aku masa nak solat๐Ÿ˜ญ

Eh ok la bye. Macam entah apa-ap je post ni kahkah. ๐Ÿ˜ฌ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...