BLOGGERIANS

Monday, May 21, 2018

Sedikit Update

Aku rasa aku dah hilang skill menulis LOL. Rindu blog. Lama betul tak merapu sini 😅 
Dah 5 hari kita puasa kan. Salam Ramadhan korang! Hari ni aku tak puasa sebab aku dah rasa menggigil turun komuter pagi tadi. Aku tak dapat duduk oi! Bapak ramai orang dalam komuter pagi tadi 😔 Mentang-mentang perut aku tak nampak lagi... makanya tak dapat la duduk. Hmmm bertabahla weyy. Eh aku tengah mengndung lagi. No 3 pulak on the way. Baru nak masuk 12 minggu. Hahah rezeki katanya. Ingat cukup dah 2. Rupanya Allah nak bagi 3. Eh dah la cukup 3. Sikit lagi ibu nak bertukar jadi rimau 😵


 Btw, proses loan rumah aku sekarang dah tahap last. Mungkin sebelum raya dah release semua. InsyaAllah.... mohon doakan huhu.


 Mudah-mudahan tak ada masalah kat lawyer kedua. Menyesal sebenarnya pilih lawyer firm tu. Kemain susah nak bekerjasama. Kerek kemain. Acuh tak acuh je melayan kita. Harap aku tak kan bekerjasama lagi dengan Azra & Associates untuk next property. Hari-hari aku baca pasal hartanah. Aku tak nampak jalan lain nak buat duit pencen dah. Masa tengah bekerja ni la kena kumpul aset. Aku target by 40 aku dah ada 3 rumah. Perghh berangann. Deposit kau nak cekau mana? Hahaha




 Semalam aku buat tauhu bunga ni. Isi dalam dia belasah je apa ada, hahaha eh sedap jugak! Not bad! haha. Buat sepuluh ketul je pun. Aku makan 2 je, husband telan 8 😶

Kuah cili tu aku hentam je, haha. Blend bawang putih, lada merah besar, cili kering sikit, garam, gula, perah limau nipis sikit. Eh sedappp! Hahaha.





 
 Ni pun aku hentam je buat. Puding roti. Fav sangat! Aku pakai roti butterscotch.



 Ni laki masak. Aku tak kacau. Siap rendam daging dalam pewarna merah tu yang tak tahan tu hahaha.


Alhamdulillah untuk semuanya. Syukur je dengan apa yang ada. Banyak- banyak bersyukur nanti Allah tambah lagi rezeki aminnn yra. 😙



Hari ni plan nak masak gulai udang campur kacang buncis, letak daun limau purut bagi wangiii. Wahh terliur sudahh.

4 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki. Semua nampak mudah.
    Nasib baik baca blog ni waktu malam. Takde la rasa terliur sgt tgk puding roti tu .. alah sedapnya. Lama x makan.

    K take care.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak je mudah awak... yg melalui je yg tahu huhu. TQ dear :)

      Delete
  2. Lama tak baca blog akak sbb blog sy pun ntahh ke mana haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok ni kelaka. akk pun ikut mood je nak menulis hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...